Prolog

235 15 0
                                    

"Kau rasa....nak tinggalkan rumah ni macam tu je..? "Seorang lelaki yang serba pakaiannya yang berlumuran darah.

"Hmmm...ya... Amat bahaya jika kita tinggal disini lama-lama. "Seorang gadis muda dan berhood berada di sebelahnya tersenyum dengan manis.

"B.. Baik lah kalau macam tu........
Tuan muda.... "

Lalu gadis itu masuk kedalam kereta kuda yang disediakan oleh lelaki itu. Hujan turun dengan renyai-renyai.

Lelaki itu naik dan mula bergerak.

Waktu malam yang sunyi sepi seakan tiada sesiapa. Cuma kendengaran bunyi kuda sedang berjalan.

Gadis di dalam kereta kuda itu terdiam sahaja.

Mereka meneruskan perjalanannya. Sehinggalah kereta kuda mereka tiba-tiba berhenti.

"K.. Kenapa? "Gadis seakan bimbang.

"Maaf tuan muda, kita tak dapat nak lalu sini. "Lelaki itu cuba untuk mencari akal.

"J.. Jadi macam mana? "Gadis tersebut semakin bimbang.

Lalu mereka berdua patah balik.
Hujan sudah pun turun dengan lebat.
.
.
.

'Shii Shii ' kedengaran bunyi semak samun yang bergerak.

Gadis itu terdenngar lalu melihat kearah bunyi tersebut."Uhhh.. Siapa tu. "Gadis itu semakin risau.

Lelaki itu cuma berdiam diri sahaja. Tetapi dia cuba menghiraukannya.
Semakin lama kereta kudanya bergerak dengan laju.

Tiba-tiba kereta kudanya berhenti dengan secara mengejut. 'BUM! 'Lelaki itu tercampak jauh.

Gadis didalam itu terduduk didalam kereta kuda itu. Lalu gadis itu keluar dari kereta kuda itu.

"A.....awak tak apa-apa ke? "Gadis itu seakan risau dengan lelaki tersebut.

Lelaki itu bangun dengan segera dan menarik tangan gadis itu.
"Mari! "

Gadis itu hanya terikut sahaja lelaki itu. "M.. Mengapa kita berlari? "

Lelaki itu hanya menghirau sahaja kata gadis itu. Dia menarik tangannya dengan kuat.

Lelaki tersebut terasa yang diri mereka diekori. Semakin lama semakin dekat.

Lalu secara mengejut,seorang perempuan tua didepannya sambil memegang kapak.

Perempuan tua itu tersenyum.

Lelaki itu cuba melindungi gadis itu. "K.. Kau nak apa lagi dari dia. "

Gadis itu memegang baju lelaki itu dengan erat.

"Eheheheh~~~Senang.. Kau berikan gadis itu... Dan kau boleh pergi. "Perempuan tua menunjukkan kearah gadis itu.

"Tak. Aku tak benarkan. "Lelaki tersebut mempertahankan gadis itu. Mereka berdua melangkah kebelakang dengan perlahan.

"Ehehe.. Kau memang saja cari maut. "Perempuan tua seakan marah. Lalu dihayunkan kapak itu kearah lelaki itu.

"AAARRGH! "kapak itu mengenai badan lelaki itu. Darah yang berada dibajunya itu telah ditambah lagi dengan darah badannya.
Lelaki itu terduduk menahan kesakitan.

"A.. AWAK OK!? "Gadis tersebut memegang lengan lelaki itu. Air matanya mengalir dipipi.

Perempuan tua itu datang dengan dekat. Sambil itu dia tersenyum sinis. "Ehehehe,sungguh menyedihkan. "

Lalu,perempuan tua itu menghayunkan tanganya ketepi.

Secara tiba-tiba lelaki itu ditarik ketepi dan terkena pada pokok yang besar.

Perempuan tua itu datang dekat kearah gadis itu. Diusap pipi gadis itu dengan lembut. "Ehehehe.... Cantik.. Sesuai untuk dijadikan sebagai uji kaji......ehehehe~~~. "

"Jangan.. Kau..... Sentuh.... Di.. Dia.. "Lelaki itu cuba menghalang perempuan tua itu.Tetapi dia kelihatan lemah.

Perempuan itu menarik tangan gadis itu. "Ehehe.. Mari... "

"T.. Tak! Jangan..! "Gadis itu cuba melepaskan diri.Tetapi tidak berdaya.

"JANGAN! "Lelaki itu menjerit ke arah perempuan tua itu. Dia cuba untuk bangun.

Namun, secara tiba-tiba perempuan itu hilang dipandangnya bersama gadis itu. Tetapi kelihatan dua serigala hitam sedang mendekati lelaki itu. Lelaki itu cuba untuk melarikan diri tetapi, tidak berdaya.

Akhirnya lelaki itu jatuh dan semuannya menjadi gelap.


Pls dont mind about me being the typo person....

(Congratulations you just finished the prolog...~~~~ btw.... aku akan cuba untuk siapkan cerita ni.fuhuhuhu~~~(ಥ_ಥ)

It's my first time writing the story....

Secret Story[Dragon Tale]Where stories live. Discover now