Mino"Huh? Apakah ini? "Kelihatan banyak cebisan-cebisan pasu yang bertaburan di lantai. Mino mendekati ke kawasan itu. Nampak sedikit bersepah.
Mino melihat cebisan-cebisan dan lalu mengutipnya. Mino memang seorang pengemas. Nampak saja bende bersepah kemas saja walaupun bukan miliknya.
Sebaik sahaja dia mengutip kaca itu, dia ternampak sesuatu yang berkilau.Kelihatan ada 3 crystal. Ia juga sperti rantai yang sangat sama dengan rantai yang dipakai Mino.
Mino mengambil tiga rantai itu. Dibeleknya dengan penuh teruja. "Uwaah, cantiknya walaupun ia sama dengan saya punya. "Crystal pada rantai yang di beleknya itu mempunyai tiga warna iaitu biru laut, kuning dan merah. Manakala crystal di rantai Mino berwarna cyan.
'Dum!Dum!'Sedang dia berseronok, tiba-tiba dia terdengar seperti bunyi pintu ditendang. Apabila dia dengar saja bunyi pintu tersebut, terus terbangun.
DUM! DUM! semakin lama bunyi tendangan itu menjadi kuat. Mino pula mulai rasa takut. Dengan segera dia melihat kawasan sekelilingnya untuk mencari tempat bersembunyi.
Well, nasib dia cukup baik kerana, terdapat sebuah almari lama ditepi rak buku itu. Dengan segera Mino menyorok di dalam almari itu dan dibawanya 3 rantai crystal itu.
DUM! Akhirnya pintu itu dibuka dengan dengan tendangan seseorang yang kuat. Mino yang berada didalam almari itu, gerun mendengarnya.∑(゜□゜;Rasa seperti raksasa yang masuk kedalam rumah ni.
Lalu, Mino cuba melihat siapa gerangannya melalui lubang-lubang yang terdapat pada almari itu. Biasa laa almari kayu lama.. Kene makan anai-anai.
"Huh! "Mino terkejut kerana dia ternampak yang sangat cerah dibilik itu. Eh, bukan bilik tapi.... Macam lain daripada bilik... (I should stop)
Dia memerhatikan dengan lebih teliti. Kalau boleh hendak saja dia meluaskan lubang di almari itu. Tertanya juga pada dirinya kenapa bilik itu cukup bercahaya. Sedangkan sekarang ni waktu malam, malah hujan pula tu.
Dan apa yang lebih terkejut, dia ternampak tiga orang lelaki. Apa yang diorang buat kat tempat macam ni? Buat party ke? (K)
Dengan senyap, Mino cuba melihat dengan lebih teliti. Seorang daripada mereka menghampiri ke kawasan yang dimana pecahnya pasu itu. Tetapi, dia macam cemas bila melihatnya. Atau...... Diorang cari Crystal tu?
"Wei! Korang tengok laa sini! "Lelaki berkulit cerah, berambut hitam dan mata berwarna biru laut itu memanggil rakannya itu.
Dua orang lelaki tersebut menghampiri dia dengan segera.
"M... Mana crystal kita? "Seorang lelaki bertopeng menanyanya."A.. Aku tak tahu. Aku datang sini je.. Tiba-tiba pasu tu pecah.. And.. Crystal tu hilang. "Lelaki bermata biru laut itu menjawab dengan cemas.
Sebaik sahaja Mino terdengar mereka menyebut 'crystal'dia terasa gerun. Digenggam crystal itu dengan erat.'Mereka ingin mencari Crystal ini. Perlukah saya berikannya?'Desis hati Mino. Dia cuba berfikir panjang dengan keputusannya.
Perbualan mereka masih lagi berterusan. Kini seorang lagi lelaki menghampiri mereka. Lelaki itu juga berkulit cerah dan mempunyai rambut hitam tetapi........ Bermata merah?! Dan rupa dia juga seakan tiada perasaan. "Kau pasti kau letak kat sini? "Lelaki itu hanya menyoal dengan selamba.
"Y.. Ye! "Rakannya itu mengangguk. Lelaki bertopeng itu pula mula mengeluh. "Serius laa Grey...? Kenapa kau sorok kat sini? "
"Grey? "Tiba-tiba Mino terdengar seakan satu nama seseorang. Mungkin lelaki mata berwana biru laut itu yang dia maksudkan. Mino cuba menumpukkan perhatiannya.
YOU ARE READING
Secret Story[Dragon Tale]
FantasíaMengisahkan seorang gadis iaitu Mino,yang tinggal didalam hutan dan ingin pergi ke bandar. Tetapi sesuatu berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis bandar iaitu Mioko. Mino telah pun diculik oleh tiga orang pemuda dan membawanya ke dunia lai...