bab2(GreenWitch Town)

135 10 0
                                    

"Emm... Jangan risau, saya pasti rindukan awak dan saya pasti akan balik."Dipeluk erat rumah yang kecil itu oleh Mino yang pendek itu juga.

"Waa..?."Mioko yang ternampak perlakuan Mino yang menjengkelkan itu memberi pandangan yang pelik.

Lalu Mioko menarik hood Mino itu dengan kasar. "Hey! Hey! Cepat laa! Jangan berasrama dana kat sini...!"

"O.. Oh! M.. Maaf! "Mino yang seakan hendak terjatuh ke tanah disambut oleh Mioko.

Mioko yang berjaya menyambut Mino itu mendukung dia dan meletakkan dia diatas kuda kesayangan Mioko.

Seakan tidak percaya gadis biasa seperti Mioko sangat kuat untuk mengangkat Mino.

"Uwaa.! Kuatnya awak. "Mino sangat terpegun dengan kekuatan Mioko itu.

Tetapi,Mioko cuma memberi pandangan kosong ke arah Mino.
Sudah biasa bagi dia mendengar orang berkata yang dia itu kuat.

"Dah laa.. Lambat pula nanti. "Mioko terus naik keatas kuda kesayangannya itu.

     
        ( • ̀ω•́ )✧( • ̀ω•́ )✧( • ̀ω•́ )✧

"Ah! Senyap laa sikit perut kau tu pendek!!! "Herdik Mioko kepada Mino.

"M.. Maaf, s.. Saya lapar sedikit. "💦Mino yang duduk dibelakang Mioko.

Selepas beberapa jam dalam perjalanan, akhirnya dua gadis itu berhenti di suatu tempat.
Tempat tersebut kelihatan telah ramai orang telah melaluinya.

Mino melihat kawasan itu. Kepalanya didongakkan diatas. Tidak banyak pokok besar pun ditanam.Malah panas terkena matahari yang terik.

"Em.. Mengapa kita berhenti? "Mino yang kebingungan.

Mioko hanya memandang Mino sambil menggeleng. "Ais.. Kau tak sedar lagi ke? "

"Uh...Sedar apa? "Mino yang tersengih itu menggaru pipinya yang tidak gatal itu.

Makin menyampah Mioko dengan soalan Mino.Lalu diturun dari tunggangannya dan ditarik tali kudanya. Mino yang tiba-tiba senyap itu melihat saja perlakuan Mioko.

Dalam beberapa minit di dalam dunia yang sunyi sepi, akhirnya Mioko pun bersuara. "Here we are, my favourite town. "

Mino yang hampir tertidur itu, tersedar. "Uh? "

Matanya Mino menjadi bulat besar kerana terpegun melihat suasana bandar yang mesra itu.

Bangunan-bangunan besar yang gayanya seperi bandar lama perancis,kedai-kedai dan gerai-gerai yang dipenuhi dengan ramai penduduk dan, lebih-lebih lagi kedengaran bunyi loceng-loceng di menara yang tinggi.

"Wahai Mino Si Gadis pelik, selamat datang ke GreenWitch Town. Di mana semua penduduk hidup aman dan harmoni. "Kata Mioko sambil menghulurkan tangannya kepada Mino. (Sesuai untuk lelaki. (×_×; ))

"Waaaahh~~~inikah yang dipanggil 'bandar'? "Mino membalas huluran Mioko dan turun dari kuda.

"Ye, wahai si gadis pe-"belum sempat Mioko menghabiskan kata-katanya, Mino sudah pun berlari anak kearah seorang perempuan tua yang menjual kek cawan di tepi kolam.

"MINO!!! JANGAN LARI JAUH SANGAT, BANDAR NI BESAR KOT!! "terjerit Mioko dengan perlakuan Mino seperti kebudak-budakan.

Namun, jeritan Mioko yang kuat itu membuatkan perempuan tua itu melihat Mioko dengan penuh terkejut.
Mioko segera datang ke sana. Perempuan tua seakan ingin melihat rupa Mioko itu.

"Eh! Mioko. "Perempuan tua itu menyapa Mioko.

Rupa-rupanya perempuan tua itu mengenali Mioko. Mioko semakin dekat dengan kawasan tersebut lalu, menarik hood Mino dengan lebih kasar. "A... Ah!"Mino seolah-olah hampir terjatuh.

"Lain kali jangan lari sangat bila dah jakun tu. "Mioko yang seperti kepenatan melayan kerenah Mino.

"Maaf ,saya terlampau kagum sampai tidak ingat orang. "(;ω;)
Jawab Mino sambil tertunduk-tunduk macam orang jepun.

Perempuan tua tersenyum melihat gelagat Mino. Lalu ditanyanya soalan."Kamu dari mana? "

"Owh... Dari.. Hutan.. 'Greynight.'"
Mino membalas soalan perempuan tua itu dengan sopan.

Perempuan itu seakan terkejut dengan jawapan Mino itu. "Awak buat apa disana? "

Mino yang seakan teruja melihat kolam dibelakang mak cik itu, membalas balik dengan spontan.
"Saya tinggal di situ. "

Sekali lagi jawapan Mino itu membuatkan perempuan tua itu terkejut. "T.. Tak baha-"
Belum sempat perempuan tua itu menyoal Mioko pun mencelah. "Owh yeah.. Saya jumpa dia ni kat hutan tu.... Maklum laa dia ni anak buangan. "

"Eh? "Mino yang sedang melihat kek cawan itu terkejut.

"Jadi saya bawak dia kesini... Dan saya mesti bawa dia balik... Kesian dia lapar. "Mioko mencelah dengan lebih panjang.

Mino memandang Mioko dengan pelik. "S.. Saya bukan anak buang-"
Belum sempat Mino menghabiskan kata-katanya Mioko menutup mulutnya.

Perempuan tua itu pelik dengan perlakuan dua gadis itu. Tapi, baik bersangka baik jadi, perempuan tua itu hanya mengangguk. "B.. Baik laa kalau begitu. "

"Eeeeehhh...! " <(゜ロ゜;)>Mino seakan tidak sangka perempuan tua itu percaya dengan kata-kata Mioko.

Mioko tersenyum sinis kearah Mino. Lalu diusap kepalanya dengan lembut.

Apabila perempuan tua itu mendengar kata-kata Mioko itu, dia menghulurkan kek cawan yang dibuatnya sendiri. "Nah. Mesti awak lapar kan? "

"B.. Betul? Terima kasih. "Terus hilang rasa marah kepada Mioko. Mino mengambil kek cawan itu dan menikmatinya.

"Wut...? "Mioko seperti tidak percaya yang Mino boleh sahaja lupa tentang perkara tadi.

Perempuan tua itu tersenyum kerana gembira melihat Mino menikmati kek cawannya.

Pada masa yang sama, Mioko menghulurkan beberapa syiling emas kepada perempuan tua itu.

"Eh? Kenapa kau bagi duit pula ni? "
Perempuan tua tersebut pelik.

"Hais... Ni duit untuk kek cawan tula, Miss White. "Jawab Mioko seperti memaksa Miss White mengambilnya.

"Eh, tak payah laa. Mak cik tak kisah pun. "miss White menolak dengan lemah lembut. Lalu Miss White memandang kearah Mino yang masih menikmati kek cawan itu.

"Mioko, kau tak rasa ke.. Gadis ini....rupa dia seperti anak Lauriene? "Miss White memerhati Mino dengan lebih teliti.

Terbeliak mata Mioko mendengar soalan Miss White itu. Lalu dia memandang Miss White dengan serius.

"Miss White, saya tak rasa rupa dia sama dengan.... 'Gadis tu'. "Mioko menjawab dengan cukup sopan.

"Ey, mana tau dia tu....'gadis tu'. "Miss White seakan cuba mempengaruhi Mioko.

Apabila Mioko terdengar kata-kata Miss White itu, mahu sahaja dia menjerit di depan Miss White.
Mioko menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan.

"Tolong jangan samakan dia ni dengan gadis tu.Kalau boleh..... Saya tak nak apa-apa yang terjadi.. Pada dia. "

        .·´¯'(>▂<)´¯'·..·´¯'(>▂<)´¯'·.

Pls dont mind the typo.. ..⊙︿⊙

Secret Story[Dragon Tale]Where stories live. Discover now