Rasa hina bila teringat dosa lampau.
Dosa semalam boleh jadi igauan mimpi ngeri yang tak mampu kau hapus sedetik pun.
Diri yang dulu kau agung akhirnya jatuh tertunduk dengan nafsu sendiri.
Memang luka itu tak nampak, tapi rasa yang kau alami perit tersiat-siat perlahan tanpa henti.
Drama novela ada yang benar, tambah bila tahu pengakhirannya pedih sedih terhiris.
Kau sama sekali tak mahu demikian, tapi kau tetap aku akui kejijikan yang pernah kau lakukan dan pura-pura kuat untuk lalui setiap detik yang datang.
Dosa kau tak mampu dipadam apatah lagi dibuang. Tetap terus menjadi tatapan untuk kau hadap dan rasai nikmat sakitnya.
Allahu. Tuhan itu benar. Balasan itu datang. Aib itu dihadang. Dan kau tetap akan teruskan hidup dengan kesalan yang tak pernah padam.
![](https://img.wattpad.com/cover/66930710-288-k0269ea.jpg)
YOU ARE READING
Cakap sorang-sorang bukan gila
RandomPerkara yang berlaku tiba-tiba, tanpa sempat fikir.