8:30Pagi , Selasa
Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 Nara tinggal di rumah agam itu. Hari ini Nara bangun awal pula. Biasanya dia bangun pada pukul 10 pagi dek penangan dari lelaki tak guna tu. Nara membuka sedikit mata dan melihat lelaki tu sedang membetulkan tie bajunya didepan cermin. Lalu lelaki tu memusingkan kepalanya ke arah Nara. Nasib baik Nara hanya membuka sedikit mata sahaja. Dia mendekati Nara dan berbisik...
Lelaki tu- Sayang, abang pergi kerja dulu ye..
Kerja? Ada kerja juga tak guna ni. Sambil dia berleter dalam hati,Nara sempat melihat tag namanya. Ia tertulis Tuan Mikael. Tuan? Berpangkat lah ni? Hm tak hairanlah rumah dia besar macam ni, bebelnya . Lelaki tu berkata lagi..
Lelaki tu- kejap lagi saya balik ye sayang, saya ke pejabat untuk ambil barang sahaja, nanti mak piah hantar nasi, tunggu saya suapkan ye.. bye..
Lelaki tu sempat lagi mencium pipi Nara dan keluar dari bilik tu. Ew .. Nara cepat-cepat mengesat pipinya di tilam. Dalam dia sedang mengesat dia mendapati tali ditangannya longgar lalu dia menarik dengan sepenuh hatinya lalu terbukalah ikatan ditangannya. Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka, dengan pantas, Nara berpura-pura tidur. Dia menyangkakan ianya Tuan mikael tetapi seorang wanita 50-an masuk membawa dulang. Rasanya inilah Mak piah..soal Nara. Dia cuba untuk menahan wanita tua itu. Apabila wanita tersebut mendekati Nara, dia meletakkan dulang yang berisi sepinggan nasi lemak dan teh o itu di meja bersebelahan dengan Nara. Dengan secara tiba-tiba, Nara menggenggam dan menarik tangan wanita itu sehingga menyebabkan wanita tersebut terjatuh dan membuatkan dia tidak boleh bangun. Perasaan simpati timbul sedikit dihati Nara, tetapi dia sedang berada dalam keadaan yang terdesak yang membuat dirinya ingin melakukannya.
Wanita tu- aduuhh, sakit kaki aku...
Nara- Ya Allah, Saya minta maaf makcik, saya terdesak makcik, tolong saya makcik tolong.....
Wanita tu- Maafkan mak piah juga, makcik memang tak boleh tolong awak nak. Maafkan mak piah ye.
Nara- tolonglah mak piah, kenapa tuan mikael panggil saya sayang ?Lalu wanita yang menggelarkan dirinya itu Mak piah memegang wajah Nara yang sedang menangis itu. Lalu berkata...
Mak piah- wajah kau serupa dengan puan Arnia. Memang serupa.
Nara- Puan Arnia? Siapa tu? Isteri Tuan Mikael ke?
Mak piah- Ya, dia meninggal dunia pada 1 tahun yang lepas dalam keadaan mengandung. Dan mungkin disebabkan itulah tuan mikael sedih dan mengalami sedikit masalah mental rasanya. Dia tak dapat menerima pemergian puan Arnia. Ini bukan kali yang pertama dia membawa balik seorang perempuan yang berwajah serupa dengan puan Arnia, awak kali kedua nak.
Nara- mana dia sekarang?
Mak piah- dia melarikan diri semasa dikurung dibilik ini juga tetapi tidak diikat seperti ini. Tapi tidak lama kemudian dia meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk dikepala dek dilanggar oleh lori semasa melarikan diri. Tuan mikael masih menganggap dia melarikan diri dan akhirnya dia jumpa kamu nak.
Nara- kenapa mak piah tak tolong dia atau saya keluar dari rumah ni?
Mak piah- Tuan mikael upah orang untuk bunuh anak dan cucu-cucu saya jika saya tolong sesiapa sahaja keluar dari rumah ni. Orang upahan dia memang memerhati mereka dari pagi sampailah ke petang. Susah hati mak piah.
Nara- ....... ha! Mak piah ada fon tak?
Mak piah- ha ada. Kenapa?
Nara- petang nanti, mak piah telefon anak mak piah bagitau dia untuk pergi ke rumah orang lain malam ni. Esok saya akan cuba lepaskan diri dari rumah ni.
Mak piah-baiklah nak, hati-hati yeDalam perbincangan itu, mereka terdengar pintu dari tingkat bawah ditutup dan itu mengingatkan mak piah bahawa tuan mikael sudah balik dari pejabat. Lalu mak piah bergegas ke pintu dan pergi dari situ.
YOU ARE READING
Ye, aku menang
Mystery / Thriller- kenapa kau culik aku bodoh!! - Lepaskanlah saya sayang.. - Nanti bila awak dah keluar penjara, kita pergi paris sama-sama eh?