Menu 1 : Dua Remaja

1.8K 196 75
                                    

Green City antara bandar yang termaju di antara dunia,mendapat tempat kedua dan juga di mana para kafe terkemuka berada. Seorang pemuda berpakaian jaket coklat gelap,mengenakan cermin mata hitam. Seluar kulit agak ketat dan kasut safety boot,dia berjalan sekitar bandar.

Dia memikul beg besar separuh badannya,dia berjalan menyusuri kaki lima dan orang awam memandangnya. Ada yang kehairanan dan ada yang terpikat,kebanyakan para gadis dan pemuda itu ambil endah tidak endah. Jam menunjukkan waktu enam pagi,dia menggeliat kesedapan dan menyambung perjalanannya.

Green City kebiasaan sekitar pagi jam lima setengah,sudah sibuk dan pemerintah kerajaan negara Mentari meminta supaya lebih gunakan kenderaan awam. Pemuda itu berjalan menuju ke arah sebuah kafe,dia membuka kunci pintu dan papan tanda berbunyi.

<Arjuma Cafe>

Kling!

Bunyi loceng kedengaran dan suasana kafe yang gelap diperhatikan,kemudian dia berjalan menuju ke arah kaunter pembayaran. Suis ditekan satu persatu dan kedengaran bunyi loceng,pemuda itu menoleh ke belakang. Seorang remaja berusia 18 tahun berdiri tersengih,pemuda itu kehairanan dan tertanya-tanya apa kena mamat ni? Tersengih macam orang gila apahal?

"Encik Arjuma Syah Al'Hisyam?..." soal remaja itu dan pemuda itu kehairanan.

"Yeah....siapa awak.." soal pemuda bernama Arjuma itu kembali.

"Nama saya Hairil....Hairil Al'Syam...cita-cita saya ingin menjadi tukang masak professional satu hari nanti..jadi sebabkan itu saya mintak awak beri tunjuk ajar!!" kata remaja bernama Hairil memberi pengenalan diri.

"Sure tapi kau kena kerja dengan aku sekali..." jawab Arjuma.

"Alright sure! Eh?..." Hairil tersengih.

"Sekejap....nah.." ujar Arjuma mengambil sehelai kertas.

"Kau sain sini...." kata Arjuma menghulurkan sekeping kertas tersebut.

Hairil tanpa memahami apa maksud Arjuma hanya menandatangai kertas tersebut,Arjuma tersengih melihat Hairil mengangguk memeriksa surat perjanjian tersebut. Hairil masih kehairanan melihat gelagat Arjuma.kemudian remaja itu melihat Arjuma pergi masuk ke dalam dapur.

"Baiklah encik Hairil mulai saat ini,awak adalah pekerja Arjuma Cafe yang baru...jadi awak ambil ni...pergi salin kat atas..." ujar Arjuma.

"Huh?...." Hairil sekali lagi tergamam.

"Kenapa muka macam tu? Bukan ke awak nak belajar jadi tukang masak? Minta saya ajarkan awak?" soal Arjuma.

"Saya ingat awak akan tolak atau berikan ujian ke pe..." jelas Hairil.

"Hello ni bukan anime genre masakan...yang nak bertapa ke bawah air terjun bagai..." jelas Arjuma mengangkat sebelah kening.

"Ouh......macam tu...."

"Nanti ada budak interview...saya akan ajar dulu macam mana cara kerja.." kata Arjuma.

"Tapi saya kan tukang masak?" soal Hairil.

"Yup tapi kita kena belajar basic..." balas Arjuma pula.

"Eh...." Hairil mengangguk sahaja.

"Biarpun kita adalah tukang masak sebuah restaurant...tapi kita bantu melayan pelanggan jika pekerja tidak mencukupi...lagipun kebanyakan pekerja saya semuanya part-time mereka student universiti dekat sini..." jelas Arjuma.

Hairil hanya mengangguk mendengar penjelasan daripada Arjuma,kemudian kedengaran bunyi loceng dari pintu utama dan Arjuma memandang ke arah bunyi tersebut. Seorang gadis dan seperti malu-malu,air mukanya sedikit merah.

"Selamat datang...." ujar Arjuma.

"Saya Azareena Al'Hussein....err saya yang call awak semalam..." kata gadis itu malu-malu.

"Ouh....cik Nina ye? Selamat datang...awak nak mulakan kerja part-time ke tetap?" soal Arjuma.

"Tetap....boleh?" soal Azareen atau Nina menundukkan wajahnya.

Arjuma dan Hairil terkejut kemudian Arjuma tersenyum,lalu menepuk tangannya dan tersengih. Nina dan Hairil terkejut dengan tindakan Arjuma,namun hanya menunggu kata-kata Arjuma seterusnya.

"Get ready you guys...lepas jam 7,akan sibuk gila-gila..." ujar Arjuma tersengih dan Hairil serta Nina menelan air liur.

"Heheh...jangan risau sekarang cuti sem,akan ada pekerja part-time masuk jam lapan nanti..." jelas Arjuma dan remaja dua orang itu menghela nafas pendek.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now