Menu 12 : Kopi hitam?

978 132 6
                                    

Kling!

"Selamat datang ke Arjuma Cafe..." Rasif menyambut para tetamu dengan senyuman yang penuh budiman.

"Terima kasih..." ujar salah seorang pelanggan.

"Encik Barista..berikan saya secawan kopi krim..." kata seorang lagi pelanggan.

"Baiklah sebentar ya.." jawab Rasif.

"Hmm? Ouh..kamu juga sudah menjual kek ya?" Soal pelanggan itu.

"Apa? Ouh..itu? Ya..tapi hanya pada masa sebelah petang.. sahaja..." ujar Rasif tersenyum sambil tangannya mengisar buah kopi.

"Ouh...tapi kenapa ya?" Soal pelanggan itu lagi.

"Ini kerana pembuat keknya adalah seorang pelajar sekolah tinggi.." jawab Rasif selesai menyediakan air kopi.

"Ini kopinya tuan..." kata Rasif menghulurkan secawan kopi pada pelanggan itu.

"Terima kasih...emm sedap seperti biasa..." puji pelanggan itu.

"Terima kasih tuan.." jawab Rasif pula menunduk hormat.

"Hachiu!" Hana yang berada di dalam kelas terbersin secara tak sengaja.

"Eh Hana...awak tak apa-apa?" Soal Lily sambil memberikan tisu.

"Terima kasih...saya okay.." ujar Hana sambil mengelap hidungnya.

"Ada orang cerita pasal awak agaknya.." kata seorang lagi rakan sekelasnya.

"Rasanya....kot..hehe.." ujar Hana tersenyum malu.

"Maybe senior kot..." usik Lily.

"Senior? Tahun berapa?" Soal rakan sekelasnya pula.

"Lily!..." Hana mula geram.

"Ehehe....dia bukan kat sekolah ni..tapi orang luar.." jawab Lily pada rakannya seorang lagi itu.

"Uu....mesti kacak bukan?" Soal rakannya.

"Lily stop that..." Hana merayu.

"Of course la...tengok muka Hana yang comel ni..hehe.." ujar Lily lagi.

"Siapa namanya?" Soal rakannya.

"Maaf sampai situ je..yang selebihnya R.A.H.S.I.A...hehe..." ujar Lily tersenyum sinis.

"Alaa..." kata rakannya kecewa.

"Hachiu!!.." Hairil yang sedang memasak itu terbersin secara tidak sengaja.

"Wooo..!! Kau bawa virus la..tengah memasak kan?" Soal Arjuma terkejut dan mengangkat dulangnya.

"Mana la saya sengaja...! Tiba-tiba je terbersin!" Kata Hairil mempertahankan dirinya.

Suasana bising dari dapur jelas kedengaran dari kaunter barista,Rasif yang sedang melayani pelanggan sekadar tersenyum kelat.

"Mereka berdua memang rapat ya?" Soal satu suara dan Rasif menoleh lalu terkejut.

"Putera Reezal...." Rasif yang terkejut itu terus terlepas gelas dalam genggamannya.

Rasif cuba menangkap namun tidak sempat,dia cuma mampu pasrah dan memejamkan matanya mendengar bunyi gelas kaca yang bakal pecah berderai. Tetapi tiada dan sedikit demi sedikit,matanya dibuka dan terkejut apabila gelas itu terapung.

Reezal menghalakan tangannya ke arah gelas itu,nasib baik dengan bantuan Reezal gelas itu berjaya diselamatkan. Reezal mengapungkan gelas itu naik kembali ke permukaan meja kaunter,Rasif sekadar tersengih malu kerana kelakuannya.

"Safe..." ujar Reezal.

"Waa...abang Reezal,lama tak turun busy dengan hal askar eh.." sapa Laira.

Laira pada hari ini mengikut abangnya ke kafe,bersama Chloe dan gadis musang itu ditenung oleh Reezal. Laira mula risau jika Reezal tidak suka Spirit Animal berada di hadapannya,Reezal sedar reaksi Laira dia sekadar tersenyum dan mengusap kepala gadis itu.

"Jangan risau..saya cuma datang nak pastikan keselamatan gadis musang itu.." ujar Reezal.

"Terima kasih abang..." ujar Laira tersenyum.

Laira memang rapat dengan para putera dan puteri negara Mentari,dia selalu datang ke istana ketika abangnya masih lagi seorang tentera. Dia sering bergaul dengan Iris,dan juga Aswandy sebelum putera sulung dilantik menjadi pemerintah negara Rembulan.

"Putera Reezal..its been a while? Are you alone?" Soal Arjuma yang keluar dari dapur.

"Aku temankan kak Razeedah kau,dia shopping la tu..kan kafe kau depan shopping mall...jadi aku singgah la sini,tak kuasa aku nak ikut.." jelas Reezal panjang lebar.

"Ayat orang pemalas..." serentak Laira dan Arjuma berkata.

"Jadi kak Razeedah sorang je ke?" Soal Arjuma.

"Ouh Intan ada sekali..jangan risau.." jawab Reezal sambil mengambil surat khabar.

"Luqman? Aminudden?" Soal Arjuma lagi.

"Entah...tadi ada..mana pula dua ekor tu pergi..." jelas Reezal.

"Minum tuan putera?" Rasif mencelah.

"Kopi mambang hitam satu.." ujar Reezal selamba,Arjuma tersenyum menahan ketawa.

"Hoh? K-kopi mambang h-hitam?" Rasif terpinga-pinga dan Reezal tidak menjawab,dan membaca surat khabar.

"Sif..." panggil Arjuma dan Rasif menoleh ke arahnya.

"Ya?..." Rasif menoleh ke arah majikannya.

"Plain americano..." kata Arjuma.

"Ouh...." Rasif mengangguk faham.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now