Joker Makeup [PSYC]

140 8 2
                                    

Aku Adda, aku suka sesuatu yang 'menyeronokkan' seperti membunuh. Tapi kalau bunuh sahaja tak cukup mengujakan. Aku teringin sesuatu yang baru. "Hey, aku nak cuba lah buat makeup joker kau tahu tak macam mana nak buat?" Tanya Shang Mi kepada Ziu Lee. "Aku tak pandai lah dalam makeup ni, kau ingat aku suka ke?" Kata Ziu Lee. Kesian dia, aku rasa aku nak 'tolong' Shang Mi untuk 'makeup' muka dia menjadi 'joker' yang sebenar.

"Shang Mi, aku pandai buat makeup joker, dan kalau kau tengok cermin memang nampak serupa" kataku meyakinkan dia. "Betul ke Adda?! Ahh.. bila kita boleh jumpa?" Tanya Shang Mi. "Malam ni tepat pukul 10 malam, kau datang sahaja rumah aku" kataku berserta senyumanku. Orang kata senyumamku mengerikan tapi bagi aku ianya adalah 'sesuatu' benda yang manis di pandangan aku.

"Ahh.. baiklah, aku akan datang! Pastikan bila aku datang semua alatan solek kau sudah sediakan" kata Shang Mi. "Aku akan sediakan 'alatan' itu dengan lebih awal sebelum kau datang" kataku berserta senyuman. Balik sahaja rumah aku ambil 'alatan' untuk 'makeup' dan letak di atas meja, tak lupa juga benang kait untuk menjahit bibirnya. Aku naik ke bilikku dan mengambil kot berwarna ungu yang sudah lusuh.

Alatan yang aku sediakan tadi aku asah sehingga tajam. Aku akan buat matanya berlingkar berwarna hitam dengan tanganku sendiri. Tak lupa aku akan buat mukanya yang nampak hidup itu tidak bernyawa menggunakan alatan milikku. Aku pergi ke arah basement. Pintu rahsia pada basement itu aku buka dan banyak 'jus' yang terletak pada keliling makmal rahsia milikku. Tak lupa juga alatan milikku yang tergantung di keliling rak 'jus' itu.

Satu daripada 'jus' yang aku ada aku ambil. Jus tetrodotoxin jenis pertama(the blue-ringed octopus) aku ambil bersama picagari. Picagari itu aku cucuk pada penutup botol dan tarik belakangnya untuk mengisi picagari itu dengan jus tetrodotoxin. Selesai sahaja, aku simpan picagari itu di dalam poketku. "Apa lagi ya?" Tanya diriku sendiri.

Ah! Rambut! Aku memerhati segenap ruang makmal rahsia milikku, dan apabila aku ternampak tin berwarna hijau daun aku pergi ke arah itu. Aku akan pastikan rambutnya betul-betul hijau menggunakan cat hakisan kulit ini. Bukak sahaja tin itu baunya menusuk ke dalam hidungku dengan pantas sekali. Aku ambil kayu yang berada di tepi tin itu dan mengacau cat itu supaya menjadi sebati dan tidak menampakkan yang ianya beracun.

Tak lupa juga aku mengambil jus arsenic untuk menjadikkan mukanya pucat tanpa seberang darah sekalipun.

10.00 malam

Aku menunggu Shang Mi untuk datang bersama Ziu Lee. 'Tok tok tok' aku pergi ke arah pintu dengan sebilah pisau. "Adda. Aku ni Shang Mi. Kau kata nak makeup kan aku. Aku datang sorang ni. Ziu tak nak ikut" kata Shang Mi yang berada di luar rumahku. "Ya aku datang ni.. kejap ya" kataku aku menyimpan pisau itu di dalam poket kecil pada bajuku. Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan.

"Adda? Kau sorang je ke dekat rumah?" Tanya Shang Mi. "Daddy aku out station, mummy aku pun sama, nak buat macam mana" tipuku. Haha, mummy aku dah lama 'tidur' sejak aku 13 tahun lagi. Itu salah dia sebab tak memberi aku 'patung' kepadaku. Jadi apa salahnya aku bermain dengan 'patung' sebenar yang sudah tidur? Daddy aku duduk di luar negara kerana arahan aku. Setiap bulan dia akan memberikan aku duit. Itu kehendak dia kerana tidak mahu 'tidur' bersama mummy.

"Jom lah masuk. Sebelum itu kita minum dulu 'basahkan' tekak sedikit" kataku berserta senyuman. Dia mengangguk dan duduk di ruang tamu. Ruang tamuku yang seluruh perabotnya berwarna hitam membuatkan dia memandang sekeliling rumah agamku. Aku berjalan ke dapur. 'Teh' yang bercampur dengan jus arsenic dan tetrodotoxin aku berikan padanya. "Thanks, besar rumah kau" katanya lalu menghirup 'teh' yang aku berikan.

Aku mula nampak kesan daripada 'Teh' yang dia minum. Bibirku mengukirkan senyuman yang paling 'manis' kepadanya yang kelihatan menahan kesakitan. "Kau okey? Kalau kau nak rehat, 'tidur' lah dulu, nanti kau 'bangun' aku makeup kau" kataku. Dia mengangguk. "Kalau macam tu aku tidur rumah kau lah, esok aku balik rumah aku" kata Shang Mi. "Aku pasti kau akan sampai 'rumah' kau dengan makeup joker yang paling menarik" kataku perlahan.

Tutup sahaja matanya. Aku keluarkan picagari tadi dan cucuk pada lengannya. Aku tolak belakang picagari dan 'jus' tetrodotoxin tadi selamat masuk dalam badannya. Mukanya menjadi pucat serta merta. Badannya kaku. Tiada lagi pernafasan dari hidungnya. "'Selamat malam' Shang Mi, mimpi 'indah'" kataku.

Pisau yang berada dalam poketku diambil lalu aku menghalakan pisauku pada mulutnya. Aku toreh mulutnya menjadi satu senyuman yang 'manis' pada pandanganku. Benang kait yang berada bawah meja aku ambil. Aku mula menjahit mulutnya yang sudah diselaputi darah akibat torehan milikku. Siap menjahit mulutnya matanya aku calitkan dengan dakwat berwarna hitam. Cat berasid yang aku ambil dari makmal aku curah pada rambutnya.

Aku sarungkan kot lusuh berwarna ungu pada badannya. Siap dengan semua itu matanya aku tumbuk dengan tanganku. "Sekarang aku akan hantar kau dekat 'rumah' kau Shang Mi" kataku sambil mengukirkan senyuman 'manis' pada Shang Mi yang sudah nyenyak 'tidur' di hadapanku. Badannya aku angkat. Dalam keadaan sekarang yang sudah pukul 12.00 malam aku hantar dia ke rumah Ziu Lee. Aku baringkan dia di hadapan pintu sebelum balik semula ke rumahku.

Ziu Lee
7.30 Pagi
Aku berada di hadapan pintu ingin keluar. Keluar sahaja ada satu tubuh terbaring dengan bau yang busuk. Aku alihkan helaian rambutnya yang keras dari mukanya. Alangkah terkejutnya bahawa yang berada di hadapanku merupakan Shang Mi! Mulutnya dijahit dan mukanya pucat seperti mayat.

Badanya tak bergerak mahupun bernafas. Aku agak. Ini angkara Adda. Aku tahu yang dia psycho. Nasib aku tak pergi sekali. Mungkin aku akan jadi seperti Shang Mi jika aku ikut dia pergi rumah Adda. Badan Shang Mi aku tendang dengan kuat.

"Kau Shang Mi bodoh! Aku dah pesan! Kau tetap pergi! Kenapa kau tak mati dalam tangan aku sahaja! Kenapa kau mesti mati dalam tangan Adda! Sepatutnya aku yang bunuh kau! Bukan dia!" Berkali-kali aku tendang dia sebelum aku memasukkan dia dalam plastik hitam dan buang tubuh Shang Mi di dalam sebuah tasik. Aku mengelap tanganku yang mempunyai darah Shang Mi. Tak guna ada kawan yang macam tu. Tapi aku suka uruskan mangsa Adda. Aku pun psycho juga.

End

Random StoriesWhere stories live. Discover now