Snow Man
Cast: Minhyun (Nu'est)
Yura (Girl's Day)2005
Apa korang fikir pasal musim salji? Perayaan, bola salji, tarian ski, hoki ice dan.. Snowman. "Yura!" Panggilan daripada rakanku membuatkan aku mengalihkan pandangan daripada orang salji yang berada di hadapanku. Pap! Sebiji bola salji kena tepat pada mukaku. "Sojin!!" Aku mengumpulkan salji di lantai tanah lalu membaling ke arahnya.Tapi sasaranku sama sekali tidak kena pada dia dan memusnahkan orang salji yang telah dibina oleh seorang namja. "Omo!!" Aku menekup mulutku. Namja tadi memalingkan wajahnya menghadapku. "Omo, Mi.. Minhyun-ssi. Jinja mianhae" aku memerhati tangannya. Jangan cakap yang dia nak baling aku dengan bola salji sebesar bantal itu. "Minhyun, ha.. Hajimaa.." Aku mengundur ke belakang.
"Ani, andwae. Awak kena dapat pengajaran sebab musnahkan orang salji saya" katanya berserta senyum jahat lalu dia mengangkat bola salji itu bersedia untuk baling padaku. Dengan langkah yang berhati-hati aku lari daripadanya. "Kejar lah saya kalau dapat Hwang Minhyun!!!" Aku berlari jauh daripadanya. Kami berdua berkejaran.
"Yah! Sini lah!" Dia memanggilku. Tapi pantas aku lari. Aku memandang belakang. Alamak dia makin dekat. Badanku terus terlanggar sesuatu yang cukup sejuk membuatkan aku menggigil. Aku membuka mata. "Ahh.. orang salji saya" aku menunduk. Minhyun yang datang ke arahku berhenti.
"Yura?" Aku memandang dia dengan mata yang berair. "Jom buat orang salji sama-sama?" Dia menghulurkan tangannya. Aku menyambut dengan senang hati.
2013
Perayaan hari natal sudah habis. Dan tunggu masa sahaja untuk bertemu musim bunga. Aku akan rindu musim sejuk ini. Aku menghela nafas. Sedang kereta aku berhenti di lampu isyarat mataku tertumpu ke arah taman yang terdapat pasangan yang sedang berpelukan. Seketika yeoja itu menampar muka namja itu. Nampak sahaja muka namja itu aku tergamam.Itu.. Minhyun! Pin!! Pin!! Bunyi hon kereta dari belakang mematikan lamunanku. Pantas aku menggerakkan gear dan memandu dengan laju ke office. Haih, dah nak malam pun bos boleh panggil aku buat kerja. Dia kata hal syarikat yang berkerjasama. Disebabkan aku yang arrange data keluar masuk syarikat yang bersama memajukan aku perlu lah datang.
Sampai sahaja aku masuk ke pejabat Ceo Lee. "Annyeonghaseyo" aku menunduk hormat. "Yura-ssi, come" dia menyuruhku berdiri sebelahnya. Aku menurut. Tak nak kena buang kerja lah katakan. "Yura, saya.. dah lama minat dekat awak. Kebetulan pula eomma saya minta saya cari calon menantu. Would you be my wife?" Mataku membulat ketika Ceo Lee melutut menghadapku.
Aku tarik nafas dalam. Aku memegang bahunya. "Encik Lee, saya tak berniat nak kecewakan hati Encik, tapi saya tak mampu nak terima lamaran Encik" aku hanya menundukkan muka. "Yura, awak dah ada namjachingu ke?" Tanya Ceo Lee. Aku tersenyum. "Ada yang tunggu saya di luar sana. Saya pasti Encik pun ada yang menunggu. Tunggu masa sahaja" aku menepuk bahunya yang lebar.
"Saya faham. Apa pun gomawo" kata Ceo Lee. "Cheonmaneyo" aku tersenyum. "Oh tentang panggilan mengenai syarikat yang berkerjasama, bagi saya arrangement file dana yang diberi daripada syarikat textile dari China. Dan pastikan file tu sampai pada saya esok pagi lepas mesyuarat bersama pegawai atasan" aku mencatat segala pesanannya dalam iPhone milikku. "Baik Encik Lee. Ada apa-apa lagi?" Tanyaku.
"You may dismiss Miss Yura" kata Ceo Lee. Aku menunduk hormat sebelum keluar dari pejabat miliknya. Sebelum balik aku mengambil beberapa file untuk dikemas kini dan untuk dihantar esok. Siap semua aku bawa file-file tersebut dan keluar ke kereta.
Aku memandu laju ke arah taman. Fikiranku penuh dengan bayangan namja yang telah menambat hati aku dahulu. Hwang Minhyun. Mataku memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan keretaku. Pantas aku menekan pedal break. Aku nampak namja itu jatuh. Keluar sahaja kereta aku menapak ke arah namja itu.
YOU ARE READING
Random Stories
FanfictionLove story, psychopath story, sad story, friendship story, etc. 1# in Nu'est 22# in kpop 33# in horror 33# in psycho 5# in teens