Kasar, itu yang aku boleh described dia. Dia lah perempuan paling kasar dan tough pernah aku jumpa. Kadang-kadang bila dia layan aku ni macam member dia, terasa jugak lah aku. Macam ya ke dia ni girlfriend aku? Kenapa aku rasa macam bukan? Arghh!!! Serabut lah!!! Kawan-kawan aku semua suruh aku cari lain je sebab dia kata girlfriend aku tu dah macam lelaki. Tapi, aku tahu dalam hati dia mesti dia lembut macam perempuan lain.
Kringgg... Kringgg...
Aku mengangkat panggilan daripada girlfriend terchenta. Hahaha! Dah dekat sebulan relay aku dengan dia. Semua kata aku dengan dia macam langit dengan bumi dan mereka yang katakan begitu, suruh aku break dengan kesayangan aku. Haih, memang sakit hati dengan dia tapi aku percaya dia sayangkan aku. "Sayang~" aku memanggilnya manja. "Kau dah kenapa? Kata nak jumpa kat cafeteria, aku dah sampai cafeteria ni mana batang hidung kau?" Aku mengeluh."Sorry lambat, aku tengah on the way ni. Kejap lagi sampai" aku mematikan panggilan dan masuk ke dalam cafeteria. Ya nampak sahaja kelibat perempuan mamakai hoodie biru dan terdapat gitar di sebelahnya membuatkan aku tersenyum. Aku menuju ke arahnya dengan perlahan lalu aku menutup matanya. Ya aku tahu dia ada tindakan drastik. Sesiapa sahaja yang buat dia terkejut dia akan kunci kepala. Macam apa yang terjadi pada aku.
"Argh!!! Arghh!! Ni aku lah! Aku!" Dia memandang aku. "Ahhh, boyfriend manja aku rupanya" dia melepaskan aku. "Apa kau panggil aku tadi? Cuba ulang balik?" Dia mengangkat sebelah keningnya. "Choi Mingi. Kita dah bincang kan? No sweet activities" Aku dah agak. "Mianhae. It's like habits" aku menggaru kepala sambil tersengih. Dia menggelengkan kepala. Matanya pantas memerhatikan laptop yang berada di hadapannya. Aku pun duduk sebelahnya. Melihat dia lakukan kerja.
"Lusa white day, kau ada cadangan nak pergi mana-mana?" Dia hanya mengelengkan kepalanya. "Petang ni pergi arcade jom? Kau belanja" aku memandang Choyeon. "Aku ingat nak date kat tempat yang tak bising" Choyeon diam. "Kalau macam tu kita date kat perpustakaan lah" aku tercengang. "Arrasseo, arrasseo. Kita pergi arcade" Choyeon tersenyum. "Goodboy!" Dia mengusap rambutku kasar. Aku mengeluh perlahan. Laptop berada di dalam beg aku keluarkan dan dihidupkan.
Kringgg... Kringgg...
Bunyi telifon berbunyi. "Yeoboseyo" aku cuba curi dengar perbualan Choyeon. "Eo? Oppa? Wae?" Oppa.. Tapi, dia mana ada abang. "Lusa? Yeon sibuklah oppa. Wae?" Orang yang dia panggil oppa tu nak ajak dia pergi mana masa white day? "Eh? Date?"Aku menahan marah. "Hajima" suara dia sangat lembut. Aku dah tak boleh nak tahan. Laptop aku pantas matikan dan menutupnya dengan kasar lalu memasukkan dalam beg. Aku zip beg lalu merangkul sebelah tangan dan pantas berlalu pergi menuju ke dorm. Ya aku tahu aku dan dia tak romantik. Tapi perlu ke dia layan orang lain lebih manis berbanding aku yang merupakan boyfriend dia sendiri.
Kim Choyeon
Aku mematikan panggilan dengan abang sepupu aku dan pantas mengemas barang aku sebelum mengejar langkah Mingi. Kenapa tiba-tiba sahaja dia buat perangai? Bukan tadi dia setuju ke nak pergi arcade sama-sama? Argh!! Serabut lah!!!Kringgg... Kringgg...
"Yeoboseyo, Han" aku menjawab panggilan sambil mencari langkah Mingi. "Wey kau dekat mana?" Aku berhenti melangkah dan cuba mencari bayang Mingi setelah aku tidak lagi nampak kelibatnya."Aku kat luar cafeteria. Kenapa?" Aku berpusing di sekitar mencari Mingi. "Kau lupa kita ada rehearsal vocal sekarang?" Aku pandang jam. "Oh shot! Weh sorry! Aku on the way ni tau!" Tapi, Mingi.. Ahh! Nanti aku selesaikan, sekarang ni aku dah lambatt! Aku pantas merangkul beg gitar milikku dan pergi ke studio rakaman. Maaf Mingi, aku bukan tak nak pujuk kau, tapi aku ada perkara yang perlu diselesaikan dan ianya lebih penting!
Kaki pantas sahaja masuk ke dalam studio. "Sorry guys!" Mereka memandang tajam. "Ya aku tahu kau baru jumpa boyfriend kau, tapi baru sekejap jumpa dah lupa pasal ni dah kenapa?" Aku cuma tersengih memandang Han. "Dah sini cepat!" Aku pantas sahaja menuju ke arah mereka.
YOU ARE READING
Random Stories
FanfictionLove story, psychopath story, sad story, friendship story, etc. 1# in Nu'est 22# in kpop 33# in horror 33# in psycho 5# in teens