Bab 14

31.1K 1.9K 137
                                    

" Awak sudah lah tu . Iqbal tak sengaja kot. Lagipun tadi saya nak jatuh sebab tu dia tolong saya . " kata Aliya cuba memperbaikkan keadaan.

Iqbal tersenyum sinis apabila Aliya memback up nya. Huzairie memandang tajam ke arah Aliya. Terbit rasa tidak puas hati apabila Aliya mempertahankan Iqbal yang jelas - jelas Huzairie tahu bagaimana sifat Iqbal yang sebenarnya.

" Tengok isteri kau pun kata aku nak tolong dia kan ? " kata Iqbal ingin menyakitkan lagi hati Huzairie.

Aliya ? Kau tak nampak ke yang playboy ni nak kacau kau ? Kau masih boleh back up dia ? 😤 Aku sebagai suami cuba protect kau tapi kau malah back up lelaki lain ? 😣

" Sudah lah jangan la gaduh lagi . Nanti kalau ayahnda , bonda ngan nenda nampak kang tak pasal - pasal jadi benda lain. " pujuk Aliya lagi.

Huzairie diam dan tiba - tiba dia terus melanggar bahu Iqbal dan berlalu keluar dari rumah.

" Huzairie " panggil Aliya.

Huzairie tidak menoleh terus meneruskan langkahnya.

Aliya memandang tepat ke arah Iqbal yang hanya membuat muka rilex 😒

" Iqbal awak tolong jangan buat macam tu lagi. Saya tak suka ! Dan tolong hormat saya sebagai isteri sepupu awak ! Saya tak suka lah tengok awak bergaduh dengan Huzairie lagi. " jelas Aliya lalu  beredar meninggalkan Iqbal untuk mencari Huzairie.

Iqbal hanya tersenyum sinis.

" Aku sengaja nak uji setakat mana kau sayangkan Aliya , Aery . " desis hati Iqbal.





Angin sepoi - sepoi bahasa tidak mampu menyejukkan hati yang sedang membara dengan api kemarahan dan kecewaaan.

" Kenapa aku nak kena jelous macam ni bila Aliya back up Iqbal ? Dah kenapa dengan aku ? Tangkap cintan dengan Aliya ke ? Perasaan ni aku pernah rasa masa aku dengan Afanin. Sekarang Aliya pulak ? " monolog hati Huzairie.

Huzairie duduk seorang diri di sebuah teratak di halaman rumah mewahnya.

Meow .. meow ...

Huzairie memandang Rieya di sebelahnya.

" Rieya .. " Huzairie mengangkat seekor kucing berwarna putih dan berbulu lebat. Anak matanya yang berwarna biru lebih terlihat comel kucing itu. Mesti semua mengingat kucing itu belian Huzairie beribu - ribu ringgit kan ? Tak ! Ada sejarah lain disebalik kucing yang bernama " Rieya " . Dalam diam Huzairie adalah pencinta kucing. Rieya adalah peneman Huzairie dari umurnya  berusia 5 tahun.

Meow .... meow ...

" Rieya ... Aery buntu dengan perasaan sendiri. Hmm betul ke Aery cintakan dia ? " tanya Huzairie kepada Rieya seakan - akan kucing itu boleh menjawab soalannya.

" Huzairie ! Kat sini rupanya awak ! " laung Aliya yang tercungap - cungap mencari Huzairie di sekeliling rumah.

Huzairie tidak menyahut. Muncul perasaan cemburunya tadi. Tangannya masih membelai - belai bulu lebat Rieya. Seketika Aliya mendekati Huzairie .

" Wah ada kucing lah. Kucing awak ke ? " tanya Aliya teruja.

Tiba - tiba Rieya menerpa ke arah Aliya. Terlepas Rieya dari pegangan Huzairie. Rieya menggeselkan tubuhnya yang berbulu lebat dikeliling kaki Aliya. Aliya hanya tersenyum melihat telatah Rieya.

Huzairie pelik. Selama ni Rieya susah sikit nak bergaul dengan orang baru. Setakat ni Rieya cuma jinak dan baik dengan ayahnda ,  bonda , nenda dan Kuzaimie sahaja selain dia. Ini lain pula apabila bertemu Aliya.

Seketika Aliya memandang Huzairie. Pandangan mereka bertembung apabila ketika itu memang Huzairie sedang memandang Aliya yang sedang bermain dengan Rieya. Terus cepat - cepat Huzairie memandang ke arah lain.

Mr. Sweet Tu Aku Punya !Where stories live. Discover now