Special Edition ( Part 14 )

14.6K 858 52
                                    

Huzairie seakan - akan tidak mahu melepaskan Aliya dari pelukannya. Entah la dia rasa sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Hmmm tak sedap hati lah macam mana nak buat ni ?

" Ayie sampai bila nak peluk Al ni ? Cepat lah pergi outstation tu. Sampai lambat kang nanti. " bebel Aliya dalam pelukan.

" Kejap lah..Ayie nak peluk puas - puas ni. Hmmm nanti rindu..." rengek Huzairie. Entah la dia rasa berat nak tinggalkan Aliya. Dia teramat sayangkan Aliya. Dia selalu berdoa selepas setiap solatnya. Dia berdoa agar hubungan dia dan Aliya kekal hingga ke syurga Allah ❤

Akhirnya Aliya hanya membiarkan itu sahaja. Seketika Aliya mengusap lembut belakang Huzairie seperti mengusap anak kecil.

" Ayie..." kata Aliya.

" Hmmm " sahut Huzairie.

" Terima kaseh..." kata Aliya.

" Terima kaseh untuk apa ? "

" Terima kaseh untuk segalanya.."

Huzairie terdiam.

" Terima kaseh sebab jaga Al dengan baik. Terima kaseh sebab jadi suami yang baik , penyayang dan sweet..heee " luah Aliya.

Huzairie tersenyum kecil.

" Terima kaseh juga jadi ayahnda yang baik untuk Adam, Adwa dan Humaiera..." kata Aliya lagi.

Huzairie mengangguk kecil.

Tok ! Tok !

Tiba - tiba pelukan dilepaskan. Mereka berdua memandang ke arah pintu bilik mereka.

" Ayahnda ! Cepat lah ! Pakcik driver dah tunggu lama tu ! " teriak Humaiera dari luar.

Huzairie memandang Aliya begitu juga Aliya memandang Huzairie. Akhirnya mereka ketawa sendiri. Punya duk berpelukan lama sangat.

Keesokan harinya, Aliya tiba - tiba tidak sihat. Entah lah asyik muntah aje. Pastu kejap demam kejap okay. Sebenarnya, Aliya rasa tak sihat sejak sebelum Huzairie pergi outstation lagi, namun tidak lah seteruk hari ini. Aliya gagahkan diri juga menghantar anak - anaknya ke sekolah. Namun masa dalam perjalanan, si kecil Humaiera ada bertanya.

" Bonda...kenapa muka bonda nampak pucat ? Bonda tak sihat ke ? " tanya Humaiera prihatin.

" Tak ada lah bonda okay aje cuma demam sikit aje.." kata Aliya.

" Hahahaa bonda demam sebab rindu ayahnda ea ? " usik Adwa pulak..

Aliya hanya ketawa kecil. Eleh memandai aje anaknya si Adwa ni. Apa kata si abang Adam ? Well macam biasa dia tetap berdiam diri dan hanya memandang ke luar tingkap..

Seketika sampai lah mereka ke tadika. Setelah selesai menghantar anak - anak. Aliya terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan ada juga Feeya pemandu peribadi Aliya bertanya ingin ke hospital atau klinik ke untuk check kesihatan Aliya ? Namun Aliya menolak. Dia malas nk memanjangkan cerita nak pergi ke hospital lah apa la.

Feeya hanya akur lalu terus pulang ke rumah mewah Huzairie.

Di rumah Aliya hanya melangkah lemah. Entah lah dia pun tak tau kenapa dia rasa tak bermaya sangat pastu asyik nak muntah aje haish. Sesampainya di hadapan pintu masuk, baru sahaja Aliya nak melangkah masuk ke dalam rumah tiba - tiba pandangannya kabur dan berputar - putar seketika. Akhirnya Aliya jatuh pengsan di hadapan pintu tersebut.

********

Beberapa jam kemudian, Aliya terjaga dari pengsannya. Kelihatan Aliya berada di atas katil di biliknya. Aliya juga melihat wajah bonda dan nenda dalam biliknya. Eh kenapa bonda dengan nenda ada kat sini ?

Mr. Sweet Tu Aku Punya !Where stories live. Discover now