BAB 9

3.4K 101 0
                                    



Eddie terduduk lemah di sebuah bangku berjauhan dengan Eliya dan Zafril.Hatinya sungguh kecewa , sedih dan cemburu.Semua dalam satu.Dia meraup wajahnya berkali-kali. 'kenapa semua ni jadi?..kenapa mesti saat Liya sudah mula boleh terima aku?..dan kenapa aku mesti jadi penyebab kepada semua masalah ni?..'hati Eddie bermonolog.Maria duduk di sebelah Eddie hanya memerhati setiap pergerakkan lelaki itu dari hujung matanya.
"Eddie..I'm really sorry..I didn't know that you are in serious relationship with Eliya..I didn't know that you love her that much..I thought you treat her just like sister.."ujar Maria perlahan dalam kesayuan.
"no..it's not your fault..it's my fault..I tak jalankan tanggungjawab I sebagai.."Eddie menghentikan ayatnya lalu mengeluh.Dia teringat pesanan Eliya agar merahsiakan perkahwinan mereka berdua.
"sebagai apa?"tanya Maria.
"sebagai orang yang mencintai dia..I sepatutnya jaga perasaan dia kalau I betul cintakan dia..tapi I dah permainkan cinta I dan juga perasaan dia..sebab tu semua ni terjadi..I betul-betul buntu Maria."ujar Eddie kecewa.Maria mengusap lengan Eddie perlahan.
"you should've tell me so I jaga la kelakuan I sedikit masa Eliya ada..maybe dia dah salah faham dengan apa yang terjadi..bagi kita yang dah rapat dan biasa tinggal di Amerika..benda macam ni biasa...tapi Liya lain..dia masih terlalu muda untuk terima semua ni.."
"tapi semua ni dah jadi..dan I think you know..Zafril tu kekasih Liya..pasti dia akan lebih memilih Zafril dari I.."ujar Eddie.Maria terdiam sejenak.
"bab Zafril..I memang tak dapat nak membantu..Zafril tak rapat dengan I sebagaimana you dan Eliya..dia dan I duduk berjauhan sejak kecil..jadi memang susah I nak tegur or cakap dengan dia..ni pun syukur sebab dia sudi nak teman I pergi bercuti..kalau tak..I memang tak bercakap sangat dengan dia..my relationship with him is quite awkward.." balas Maria.
Eddie memandang kearah laut.Dia teringat setiap detik dia bersama Eliya.Setiap sentuhan yang Eliya berikan.Hatinya kembali sakit. 'Liya..maafkan abang..abang harap Liya tak akan tinggalkan abang..abang tak nak kehilangan Liya..Liya cinta pertama dan terakhir abang..Maria Cuma seorang wanita yang hadir sekejap dalam hidup abang..namun cinta sejati abang adalah Liya..don't leave me like this,Liya..'hati Eddie merintih sayu.

Eliya termenung kearah laut luas yang terbentang dihadapannya.Zafril juga turut memandang kearah yang sama.Dia serba salah ingin menanyakan mengenai sebab kekasihnya itu menangis.Dia agak terkejut juga apabila melihat Eliya begitu.
"Anna..dah la..jangan la difikirkan lagi masalah Anna..walaupun Ril tak tahu kenapa Anna menangis tapi satu je pesan Ril..jangan terlampau bersedih..nanti Anna yang sakit..dan Ril tak sanggup tengok keadaan Anna macam ni..sebagai kekasih dan abang angkat Anna..Ril tak nak Anna bersedih macam ni..kalau Ril tau Anna menangis sebab siapa..pasti Ril akan belasah dia separuh mati sebab dah buat kekasih Ril menangis macam ni.."ujar Zafril sambil mengenggam penumbuknya.Eliya menelan liurnya.Walau dia geram terhadap Eddie tapi tak sanggup juga dia melihat Eddie dibelasah oleh Zafril.
"eh..tak ada la Ril..Anna nangis sebab teringatkan atuk..atuk Anna baru meninggal..dan sebab tak nak Anna sedih ibubapa Anna hantar Anna pergi bercuti dan suruh Eddie temankan.."balas Eliya sambil tersenyum tawar.
"inalillah wa inailaihirajium..sabarlah Anna..maafkan Ril sebab buat Anna teringatkan arwah atuk Anna.."balas Zafril serba salah.
"erm..tak apa..yang dah pergi tak akan boleh kembali walau kita meratap atau menangisi mereka..semoga roh atuk Anna tu ditempatkan dikalangan orang beriman..amin.."
"amin.."balas Zafril.
"Ril.."
"erm.."
"Anna sebenarnya dah kebulur la..jom kita pergi cari makan.."
"la..kesian awek Ril ni..jom..Ril belanja..Ril tau Anna tak bawa purse kan?"ujar Zafril sambil tersenyum.Eliya menyeluk poketnya ternyata apa yang dikatakan Zafril benar belaka.Eliya memandang kearah Zafril lalu tersenyum gaya Garlfield.Zafril mengeleng lalu menarik tangan Eliya berjalan menuju kearah gerai-gerai yang terdapat disepanjang jalan.Zafril singgah ke kedai ais krim dan membeli dua ais krim berperisa vanilla untuk mereka berdua.Buat seketika Eliya lupa akan masalah rumah tangganya.Zafril menyewa sebuah motosikal dan mereka bersiar-siar di sekitar pulau.

Setelah jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam,mereka pulang ke chalet.Zafril menghantar Eliya sehingga depan pintu chalet kemudian dia beredar menuju ke chaletnya.Eliya masuk ke dalam chaletnya.Sejurus dia menutup pintu,kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya duduk di sofa yang berada di ruang tamu chalet tersebut.Eliya tidak mengendahkan Eddie lalu segera masuk ke bilik mereka berdua,mengambil pakaiannya sebelum masuk ke bilik berasingan dan menutup pintu biliknya itu.Eddie geram melihat Eliya lalu segera menolak pintu bilik Eliya.
"Liya ni kenapa?..balik lewat..abang call beribu kali rupanya tinggalkan handphone kat bilik..tahu tak betapa risaunya abang?"ujar Eddie dengan muka tidak puas hati.
"oh..risau..abang rasa kenapa agaknya dengan Liya ek?.."sinis sekali jawapan Eliya.
"ok..fine..Liya marah dengan apa yang Liya Nampak tadi..tapi tak bermakna Liya boleh buat abang macam ni.."
"habis tu..abang je yang boleh buat?..dah la abang..Liya malas nak gaduh dengan abang..abang buat la apa yang abang suka..tapi jangan halang Liya..sebab kalau abang halang..it's not fair..Liya pun tak akan ganggu hidup abang lagi..kita Cuma suami isteri dalam surat nikah je..menyesal Liya percaya bulat-bulat setiap yang abang katakana sebelum ni..huh..lelaki..suka menanam tebu di tepi bibir.."ujar Eliya sinis menaikkan lagi kemarahan Eddie.Eddie geram lalu menolak Eliya ke atas katil lalu menindih gadis itu.Eliya sudah mengalirkan air mata.Eddie mengenggam kedua tangan Eliya dan mendekatkan wajahnya.Eliya memejam matanya rapat.
"Liya sakit hati dengan abang sebab layan perempuan lain kan?..jadi malam ni Liya kena jadi isteri sebenar untuk abang..dengan cara tu boleh la abang tunjuk tahap cinta abang pada Liya supaya Liya percaya..ini yang Liya nak,kan?.."ujar Eddie kasar bagai dirasuk.Akibat cemburu dan marah,Eddie sudah tidak seperti dirinya lagi.
"lepas la..sakit..abang!..tolong la.."Eliya meronta-ronta mita dilepaskan.Namun cengkaman tangan Eddie makin kuat.Air mata Eliya makin deras.
"kita berpisah!"akhirnya ayat itu yang keluar dari mulut Eliya.Eddie segera melepaskan genggaman tangannya lalu segera duduk tegak.Eliya juga begitu.Dia mengusap pergelangan tangannya yang sudah merah.
"abang kejam..abang sangat kejam..Liya benci abang!..keluar sekarang!.."bentak Eliya sambil teresak-esak.Eddie cuba menghampiri Eliya namun Eliya segera menjauhkan diri.Dia merapatkan badannya ke lutut.Eliya sudah ketakutan dan menggigil.Dia memandang Eddie dengan wajah yang penuh ketakutan bagai memandang binatang buas yang cuba mencederakannya.Eddie dengan wajah sedih keluar dari bilik tersebut.Eliya menangis sepuas-puasnya.Eddie melangkah longlai menuju ke biliknya.Dia menutup pintu bilik lemah lalu terduduk belakang pintu.Dia meraup wajahnya.Perlahan air mata lelakinya mengalir perlahan dan bersandar di belakang pintu. 'ya allah..dugaan apa ini?..dugaan apa yang telah kau berikan untuk aku?..sekarang Eliya sudah membenciku..pandangannya tadi bagai memandang binatang yang cuba mencederakannya..kenapa aku jadi begini?..kenapa aku tak dapat kawal diri aku?..'hati Eddie berkata sayu.Hatinya bagai berkecai apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya sebentar tadi.
"kita berpisah!" " Liya benci abang!.."dua ayat yang terngiang-ngiang ditelinganya.
"arrgghh!.."Eddie menjerit.Eliya yang mendengar jeritan kecewa Eddie turut merasa sedih.Dia amat sedih kerana Eddie yang pernah dikenalinya dari kecil sudah berubah.Eddie tidak pernah berkasar dengannya.Eddie yang dikenalinya dulu lebih bersopan santun dan memahami.Namun kini..Eddie bagai berubah sepenuhnya.Dan kekasaran yang Eddie lakukan padanya tadi amat menakutkannya.Eliya menarik selimut menutup seluruh badannya yang masih menggigil.


Pagi-pagi lagi Eliya sudah keluar bersama Zafril.Sekeping kertas diletakkan di atas meja makan yang terletak di chalet tersebut.

Liya keluar..mungkin balik lambat..jangan tunggu Liya..Liya izinkan abang keluar dengan sesiapa yang abang nak..izinkan Liya juga..Liya perlu ruang untuk diri sendiri setelah apa yang dah jadi malam tadi..

Sebaris ayat yang cukup menyentap tangkai jantung Eddie.Dia meraup wajahnya.
"kenapa Liya seksa abang macam ni Liya?..hanya Liya yang abang cinta..kenapa Liya masih tak Nampak lagi?.."Eddie berkata-kata sendirian.Dia melangkah longlai menuju ke biliknya lalu mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada seseorang.

Maria..I need your help..I really need someone to advise me..meet me at lobby at 10 a.m..

Beberapa saat kemudian telefon Eddie bergetar tanda ada pesanan masuk.

anything for you..

Setengah jam kemudian Eddie berjalan menuju ke lobby dan terlihat Maria sedang menunggunya di sofa yang terletak di lobby tersebut.Eddie berjalan menghampiri Maria dengan wajah bagai menanggung beban yang besar.
"hi..kenapa ni?..pagi-pagi muka dah ketat semacam ni.."soal Maria kepada Eddie.
"nanti la I cerita..sekarang ni..jom ikut I..kita breakfast dulu.."ujar Eddie.
Mereka berdua menaiki teksi menuju ke sebuah restoran berdekatan.

Eliya termenung menghadap laut.Entah kenapa hatinya begitu kecewa dengan apa yang dilakukan Eddie semalam..padahal setahu dia,dia tidak mencintai Eddie.Namun perasaan cemburu dan kecewa hadir dalam hatinya.Dia juga binggung.Adakah dia sudah jatuh cinta pada suaminya itu?.Perasaannya pada Zafril juga tidak semekar selalu.
"Anna..sudah..sudah la termenung tu..tak elok tau anak dara termenung..kan Anna ada Ril kat sini buat apa nak tenung laut..tenung la Ril ni..sedap juga hati Ril ni.."ujar Zafril sambil tersenyum.Eliya memandang senyuman Zafril.Sedikit sebanyak senyuman diwajah si kacak itu boleh menenangkan sedikit hatinya yang bergelora.Zafril memegang perutnya sambil mengerutkan dahi.
"eh..Ril..kenapa ni?.."tanya Eliya.
"lapar la..kita ni kan belum sarapan..Anna nak Ril bungkus ke atau makan di kedai?"tanya Zafril.
"bungkus je la..Anna tak ada mood la nak pergi makan kat restoran.."balas Eliya.Zafril meninggalkan Eliya sejurus selepas mengambil pesanan dari gadis itu.Eliya memejam mata sambil menghirup udara segar dengan harapan agar udara dipersekitarannya yang tenang dapat sedikit sebanyak meredakan perasaannya yang sedang bercelaru itu.Tiba-tiba seseorang duduk disebelahnya dan memegang tangan Eliya.
"Liya..Liya maafkan abang.."Eliya bagai terdengar suara Eddie didalam fikirannya.Sentuhan ditangannya juga bagaikan sentuhan sebenar.Eliya pantas membuka matanya namun dia berasa hampa kerana ternyata ianya bukan Eddie seperti yang dibayangkannya.Air mata Eliya kembali mengalir perlahan dipipinya.Bayangan tentang kejadian semalam kembali bermain difikirannya.Dia bagai terlihat kembali apa yang terjadi..tentang bagaimana Eddie memeluk bahu Maria yang sedang menangis.Akhirnya Eliya teresak kecil diiringi deruan ombak yang memukul pantai.

Eddie dan Maria berjalan beriringan bagi menenangkan perasaan masing-masing.Sedang asyik berjalan dia terlihat kelibat Eliya yang sedang duduk di persisiran pantai bersendirian sambil menangis.Hati Eddie bagai disiat-siat.Eddie berjalan pantas kearah Eliya namun kakinya terhenti selepas melihat kelibat Zafril yang memegang bungkusan makanan menuju kearah Eliya.Maria hanya memendam rasa disebelah Eddie.Sesungguhnya masih ada sekelumit rasa cinta buat bekas kekasihnya itu namun apakan daya.Dia lebih memilih untuk melihat lelaki itu bahagia berbanding membiarkan lelaki itu sengsara semata-mata untuk bersamanya.

Zafril memeluk bahu Eliya yang sedang menangis sendirian di persisiran pantai.Eliya mengangkat muka untuk memandang gerangan yang memeluk bahunya namun ternyata lain yang dibayangkan lain pula yang muncul.Eliya baru tersedar tentang sesuatu.Dia harus menghadapi realiti bahawa Eddie hanya suaminya atas kertas namun kehidupan sebenar..Eddie berhak memilih haluannya sendiri.Eliya memandang kearah Zafril sambil tersenyum kelat sebelum mengesat saki baki air mata yang mengalir dipipinya.Dia mengambil tangan Zafril dan mengenggam tangan tersebut.
"Ril..baru Anna tahu..menghadapi realiti adalah sangat perit..tapi apakan daya..kehidupan itu adalah realiti bukan fantasi seperti yang selalu kita bayangkan.."ujar Eliya kepada Zafril.Memang pahit untuk dia menerima semua ini namun itu adalah realiti..Zafril hanya tersenyum.Dia tahu Eliya sudah dapat menerima kenyataan.Bukan dia tidak perasan tentang perasaan cinta Eliya terhadap Eddie namun sengaja dia membutakan matanya kerana dia amat menyintai Eliya dan tidak dapat menerima kenyataan jika Eliya meninggalkannya.
'ya Anna..realiti memang pedih..perit..menyeksakan..macam tu la yang Ril rasa bila tengok cahaya cinta Anna yang memancar pada pandangan yang Anna berikan pada Eddie...'hati Zafril berkata-kata.Zafril mengosok belakang Eliya.
"tahu pun..jadi Anna kena hadapi..Anna kena kuat..dan kena tahu sesuatu.."ujar Zafril.
"tahu apa?"
"Anna kena ada disisi Ril sampai kita kahwin nanti..okay?..Ril cintakan Anna sangat-sangat..jangan pernah Anna tinggalkan Ril..janji?"
Eliya terdiam mendengar apa yang baru dikatakan oleh Zafril.Semakin hatinya menjadi serba salah mendengarkan setiap apa yang dikatakan Zafril sebentar tadi. 'Maafkan Anna,Ril..maafkan Liya,Eddie..tapi Liya tahu Eddie mungkin tak cintakan Liya..mungkin Eddie lebih memilih Maria berbanding Liya..Liya sedar apa kedudukan Liya,Eddie...'hati Eliya berkata-kata.Serta merta dia merasa sebak.Akhirnya dia mengangguk perlahan kepada Zafril.Zafril tersenyum gembira lalu mendakap Eliya.

Eddie mengepal penumbuknya.Setitis air mata kecewanya menitis.Tidak dia sangka Eliya semudah itu melupakan apa yang telah terjadi diantara mereka dan yang paling menyakitkan hatinya adalah Eliya tidak menolak apabila Zafril mendakapnya.Eddie berjalan laju menuju kearah Zafril dan Eliya.Kolar baju Zafril dicekaknya lalu sebiji penumbuk mengena pipi Zafril.Eliya bagai tersedar dari mimpi segera menghalang.Maria juga cuba menghalang pergaduhan diantara kedua-dua lelaki itu.Eddie ingin menumbuk Zafril buat kali kedua.
"Eddie!!..apa ni?!..malu la..orang tengok tu.."jerit Eliya cuba menghentikan pergelutan tersebut.
"hey..Liya..kau sedarlah sikit..lelaki yang mudah sentuh kau ni..kau masih nak pertahankan..kau memang tak ada maruah ke?!"ujar Eliya sambil mengepal penumbuknya dan menumbuk perut Zafril.Eliya menangis namun masih menarik lengan Eddie namun tidak semena tangan Eddie menampar pipi Eliya.Maria sudah tergamam melihat drama yang terjadi dihadapan matanya.Bibir Zafril sudah berdarah.Zafril juga masih terkejut dengan apa yang terjadi.Eliya memegang pipinya yang sedikit merah.Dia segera menarik tangan Zafril dan berjalan pantas menuju ke chalet mereka.Eddie yang baru tersedar akan ketelanjurannya segera menarik lengan Eliya.
"Liya..ab..aba..abang..min..minta maaf..ab..abang tak sengaja.."ujar Eddie sedikit gagap.Eliya tidak memandang kearah Eddie lalu segera merentap lengannya dan berlalu dari situ.Beberapa mata yang memandang sudah tidak diendahkan lagi.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now