Dua tahun kemudian..
Eliya tunggu di hadapan dewan sekolah Eddie..Eddie memegang tangan Eliya..
"Liya..Eddie takut la..macam mana kalau result Eddie teruk?,"ujar Eddie kepada Eliya.
"Laa..apa nak takut Eddie kan dah jawab dah soalan SPM tu..tanggung je la kalau gagal pun,"balas Eliya selamba.
Sebenarnya dia yakin bahawa Eddie bakal memperolehi keputusan yang baik namun sengaja dia mengusik Eddie dengan berkata begitu.
"Liya ni..Eddie potong lidah tu karang baru tahu,"ujar Eddie geram kerana dia amat mengharapkan kata-kata semangat dari Eliya namun lain yang didengarinya.
Ketika Eddie sibuk bercakap dengan Eliya,beberapa orang rakan Eddie datang lalu menepuk bahu Eddie lembut.
"Eh..Ed..Awek kau eh ni?.."usik Joe rakan Eddie.
"Tak la..Ni sepupu merangkap adik aku..Kenapa?"tanya Eddie kepada Joe.
"Laa ye ke?..Baru ingat nak ngorat..Dah kau kata adik kau..Cancel la,"ujar Zoey.Eddie,Joe dan Zoey merupakan rakan karib sejak Eddie belajar di tingkatan 3 lagi namun mereka tidak pernah mengenali Eliya kerana Eliya bersekolah di sekolah rendah manakala Eddie pula di sekolah menengah.
"Adik kau nama siapa?"tanya mereka berminat.
"Nama dia Eliya Rihanna..Baru masuk tingkatan 1..Takkan kau minat kot,"ujar Eddie.Bukan dia tak tahu rakannya berdua ini memang sudah mendapat cap iaitu 'play boy'terkenal di seluruh sekolah sehingga pernah sekali mereka tertangkap berdating dengan cikgu praktikal di sekolah mereka.
Mujurlah cikgu itu bertanggungjawab atas segala kesalahan jika tak pasti mereka akan dihukum.Beberapa minit kemudian nama Eddie dipanggil untuk penyerahan slip peperiksaan SPM. Ternyata sangkaan Eliya tidak meleset sama sekali kerana Eddie berjaya memperoleh kejayaan dalam SPM..
"Eddie tahniah..Awak memperolehi kejayaan dengan cemerlang dalam SPM,"ujar guru Eddie yang gembira. Eddie sangat gembira lalu memeluk Eliya.
"Liya..Eddie dapat result 'superb' ,"ujar Eddie.Eliya juga turut gembira.Eddie kemudiannya melepaskan pelukan lalu menarik Eliya keluar dari dewan.
"E'eh..Nak pergi mana ni.Inform la dulu kat mumy and umi yang Eddie nak bawak Liya jalan-jalan,"ujar Eliya.
"Tak pe..Nanti Eddie call diorang..Buat masa sekarang.. Jom..Eddie bawak Liya makan..biar Eddie yang belanja," ujar Eddie senang. Eliya mengangkat ibu jarinya tanda setuju lalu mereka menaiki teksi untuk ke destinasi mereka.
Selepas selesai makan tengah hari,mereka pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan Eliya hanya mendiamkan diri. Eddie perasan akan perubahan Eliya.
"Liya..Kenapa ni?..Liya tak happy ke Eddie dapat result bagus?.."tanya Eddie.
"Liya happy sangat Eddie..Tapi masalahnya.."
"Masalahnya apa?.."
"Kalau Eddie dapat tawaran pergi luar negara macam mana?..Siapa nak jaga Liya macam Eddie jaga Liya time sekolah dulu?..Siapa nak tolong Liya kalau Liya kena marah dengan umi,mumy atau cikgu?..Liya tak nak Eddie tinggalkan Liya..Eddie la satu-satunya abang Liya,"ujar Eliya yang sudah mula sebak.
"Liya..Jangan la macam ni..Kalau Liya rasa macam tu..Liya kena la belajar pandai-pandai..Mana tahu Liya dapat belajar kat luar negara dengan Eddie.."
"Erm..Doakan Liya ye Eddie..Kalau Eddie pergi mana-mana pun Liya tetap sayang Eddie sebab Eddie la abang yang paling baik dan lembut sangat..Sama macam gula kapas.."ujar Eliya sambil tersenyum.
"Ada pula samakan Eddie dengan gula kapas.."
"Hahaha..mestilah..Eddie macam tak tahu yang gula-gula kapas tu adalah gula-gula kegemaran Liya..Dan bila Liya gembira atau sedih gula kapas je yang boleh membantu Liya..sama macam Eddie, " ujar Eliya sambil menepuk bahu Eddie. Eddie terharu dengan ayat Eliya lalu mengusap rambutnya.
"Eddie sayang sangat adik Eddie ni..Liya nanti selalu-selalu la lawat Eddie ya? "ujar Eddie. Eliya tersenyum lalu menangkat ibu jarinya tanda 'beres'.
Hari ini merupakan hari perpisahan Eddie dan Eliya kerana Eddie bakal mengikuti Latihan Khidmat Negara selama beberapa bulan.Eliya amat sedih kerana mimpi buruknya sudah bermula iaitu berpisah dengan abang tersayang.
"Mumy..Umi..Mesti ke Eddie pergi PLKN tu?.."tanya Eliya ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menghantar Eddie.
Puan Marina hanya mengusap rambut Eliya yang panjang sehingga paras pinggang itu manakala Puan Naimah memeluk bahu anak gadis kesayangannya itu. Sebagai ibu,mereka juga turut merasa sedih melihat keadaan anak mereka yang terpaksa berpisah itu.
Eliya menitiskan air matanya kembali.Encik Harun yang memandu serta Encik Farid yang berada di sebelahnya juga turut bersimpati dengan keadaan Eliya yang masih belum matang fikirannya.
"Sabar ya Liya sayang..Abang kamu Eddie tu pergi sekejap je..Nanti pejam celik..Pejam celik dah balik,"pujuk Encik Farid.Eliya hanya mengangguk lemah.
Tangisan Eliya sudah reda. Dia terimbas kembali saat perpisahannya dengan Eddie sebentar tadi.
Eddie memegang tangan Eliya sambil tersenyum saat Eliya menitiskan air matanya..
"Hey..Kenapa adik abang nangis ni? " tanya Eddie sambil menampar pipi Eliya perlahan. Memang begitulah cara mereka memujuk satu sama lain. Kasar tapi lembut..Pelikkan ayat itu? Tetapi begitu la yang mereka lakukan untuk menenangkan hati masing-masing.
Eliya hanya tersenyum kelat..
"Eddie..Mesti ke Eddie pergi? " tanya Eliya.
"Ye la..Liya nak Eddie kena denda ke sebab tak hadir latihan ni? "
"Laa..Abis tu Liya macam mana?..Eddie tak pernah pisah dengan Liya sejak Liya lahir..Macam mana kalau Liya kena buli ke , kena kacau ke..Siapa nak lindungi Liya lagi macam selalu?"
"laa..Liya punya macam keras dan kasar macam ni masih ada orang nak kacau ke?..Bukan ke Eddie dah turunkan semua ilmu mempertahankan diri kat Liya beberapa bulan lepas..Takkan dah terhantuk pintu pulak kot.."
"Hisy..Abang ni jahat la.."
"E'eh..Abang kebende?..Geli Eddie..Jangan panggil abang..Tak macho tau..Kita kan adik beradik yang macho..Betul tak..Jom kita buat symbol kita,"ujar Eddie lalu mereka berdua menyilangkan tangan mereka lalu melaungkan ayat yang mereka cipta sendiri iaitu 'cross E.R sibling'.
Mereka tergelak kuat kerana ramai yang memandang kearah mereka yang seperti orang dari Tanjung Rambutan yang sesat. Ibubapa mereka hanya mengelengkan kepala dari jauh melihat aksi anak mereka yang seperti orang gila itu namun hanya itulah yang merapatkan mereka berdua iaitu sama tahap pemikiran yang agak gila-gila itu.
"Bang..Tengok anak kita tu..Dah macam senget pun ada juga saya tengok," ujar Puan Naimah.
Puan Marina hanya tergelak bersama Encik Harun.
"Eleh..Awak pun sama juga macam tu dulu..100% ikut perangai awak tu," usik Encik Farid.
"Erm ye la..Tapi tang 'cross' tu awak yang ciptakan untuk mereka kan masa kecil-kecil dulu"
Akhirnya mereka tergelak melihat telatah anak-anak mereka.Agaknya tanpa Eddie dan Eliya pasti rumah itu ibarat padang yang kemarau tanpa sekelumit pun kegembiraan.Eliya teringat ayat terakhir Eddie adalah..
"Liya..Liya kena janji dengan Eddie..Tak kira apa jadi..Liya kena jaga mak ayah dan atuk..Jagakan diorang bagi pihak abang ye..Dan janji Liya akan selalu lawat abang..Eddie sayang Liya..Liya satu-satunya adik Eddie," ujar Eddie sebelum mereka berpisah sebentar tadi. Eliya kembali menangis mengingati ayat itu. Eliya menangis sehingga dia tidak perasan dia sudah tertidur di pangkuan ibunya Puan Marina.
Seminggu kemudian..
"Ayah..Papa..Jom la kita lawat Eddie..Liya rindu la kat abang Eddie tu..Tolong la..Please..Please..Please.." Pujuk Eliya sambil memeluk bahu kedua-dua lelaki itu sehingga hampir tidak bernafas.
"Hey..Kamu ni..Kalau nak paksa pun jangan la sampai membunuh,"ujar Encik Harun.
"Alaa..Kalau papa dengan ayah tak nak bawak Liya biar Liya pergi naik bas sendri je,"rajuk Eliya.
"Ala..Ayah kerja la," ujar Encik Farid
"Papa pun.." Sambung Encik Harun
"Alaa..."Eliya sudah bergenang air mata.
"Dah..Dah..Cucu atuk ni..tu pun nak nangis..Sejak Eddie tak ada kamu ni kerap je menangis," pujuk atuk Samad sambil memeluk bahu cucu kesayangannya itu.
"Tu..p..papa..dengan..ay..ayah tu tak nak bawa Liya,"ujar Eliya teresak-esak.
"La..jangan la nangis..atuk kan ada..jom atuk bawa Liya ya.."
Eliya mengesat air matanya segera lalu masuk ke bilik selepas tiga minit dia sudah keluar berpakaian kemas.
"Wah..cepatnya.."ujar atuk Samad sambil melihat jam tangannya.
"Mestilah..nak jumpa abang tersayang ni.."
Eliya kemudiannya menarik tangan atuk Samad menuju ke arah kereta yang tersadai di luar.Mujurlah atuk Samad pandai memandu jika tidak jenuh jugalah untuk Eliya menahan teksi di simpang yang terletak kira-kira 10 minit dari rumah mereka itu.
Mereka tiba di kem latihan tersebut selepas 3 jam perjalanan.Walaupun penat namun Eliya amat gembira kerana akhirnya kerinduannya terubat.Eliya berlari kearah Eddie sejurus melihat kelibat jejaka itu.Badan Eddie kelihatan agak susut.
"Eddie..kenapa Eddie macam mangsa kebuluran ni?.."tanya Eliya yang membawa maksud mengapakah tubuh Eddie kelihatan susut.
"Tu la..Eddie kebuluran kat sini..Liya tak masakkan apa-apa untuk Eddie ke?"tanya Eddie kembali.
"Ada..tu dengan atuk..Liya masakkan makanan kegemaran Eddie nasi goreng Liya special.."ujar Eliya yang menunjuk kearah atuknya yang berjalan perlahan menuju kearah mereka.
"Liya..Liya ada ke patut biar atuk jalan sorang..atuk kan kaki tak kuat.."tegur Eddie lalu mereka berdua membantu atuk Samad berjalan menuju ke sebuah pondok berdekatan.Eddie bersalam dengan atuk Samad.
"Tuk..atuk apa khabar?..Eddie rindu sangat kat semua..terutama ni..si besi keluli ni..dia nangis tak tuk sepanjang Eddie kat sini?.."tanya Eddie mengusik.
"Biasa la Eddie..adik manja..dia nangis macam kematian suami je atuk tengok..duk termenung..pastu kadang-kadang orang tak buat apa-apa pun dia nangis..takut atuk tengok.."adu atuk Samad.
"Laa..adik abang ni nangis..eee..macam budak kecik.."ujar Eddie sambil menolak kepala Eliya perlahan.Eliya hanya mengusap kepalanya lagak seperti tidak bersalah.
"Mana ada nangis..air mata ni duk keluar sebab sepanjang Eddie tak ada kat rumah..asyik-asyik habuk masuk mata je.."ujar Eliya membuatkan atuk Samad dan Eddie geli hati.
"Banyak la kamu punya habuk.."balas atuk Samad.Eliya memegang tangan Eddie.
"Abang..bile abang boleh balik?.."tanya Eliya.
"Alamak atuk..kenapa dengan Liya ni tiba-tiba je jadi baik..tak pernah-pernah dia panggil Eddie abang selama ni.."usik Eddie.Eddie tahu bahawa adiknya itu cuba bermanja dengannya kerana memang dia sudah masak dengan perangai adiknya yang seorang itu.
"Ala..sekali sekala..betul tak tuk?.."
"Betul..nanti pun kamu kena panggil dia abang juga.."ujar atuk Samad perlahan.
"Kenapa pulak tuk?.."tanya mereka serentak.
"Hah?..tak ada apa-apalah..cuma atuk suka dengar kamu panggil Eddie abang..barulah macam satu keluarga."
"Oh..tapi apa-apa pun Eddie tetap abang Liya dunia akhirat..betul tak Eddie?"
Eddie menangguk lalu mengusap lembut kepala Eliya.Beberapa minit kemudian masa lawat sudah tamat.Seperti biasa Eliya akan menangis.Eddie tersenyum lalu berkata.
"Hey..habuk masuk mata lagi ke?.."usik Eddie.
"Jahatlah Eddie ni.."
Atuk Samad hanya tersenyum melihat kegembiraan itu.Sepanjang perjalanan Eliya hanya termenung.Atuk Samad melihat kearah cucunya itu lalu bertanya..
"Liya..kenapa Liya sedih sangat?..kalau abang Eddie kamu tu pergi belajar luar negara macam mana?.."tanya atuk Samad.Eliya memandang atuknya lalu menjawab.
"Tu la yang paling Liya takut..Liya tak nak pisah lagi dengan Eddie..rasa macam tak sempurna hari Liya tanpa ada usikkan Eddie.."ujar Eliya sambil tersenyum mengingati detik-detik dia bersama Eddie.Hampir setiap pagi Eddie yang akan mengejutnya kerana hanya Eddie yang dapat bersabar dengan kerenahnya yang akan merengek apabila dikejut.
"Eleh..geli atuk dengar..mengalahkan boypren kamu je.."
"Apa tuk?..bukan boypren la tapi boyfriend atuk..boyfriend.."ujar Eliya sambil tergelak.
"Ah..lantak la,,boypren ke boy kebende yang kamu sebut tadi asalkan bunyi sama.."ujar atuk Samad.
"Bagi Liya..Liya sayang Eddie sebagai abang..tak pernah ada sekelumit pun rasa cinta ke apa-apa..yang ada cuma sayang kepada abang..kenapa atuk rasa macam tu?."tanya Eliya.
"Tak ada apa-apa..atuk saja je..hobi baru nak usik cucu..takkan tak boleh kot.."balas atuk Samad.Eliya hanya tersengih lalu kembali termenung tanpa dia sedari dia sudah terlena bersama memori bersama Eddie.
Sepanjang Eddie mengikuti kem PLKN..Eliya kerap melawat abangnya itu.Kadang kala apabila ibubapa dan atuknya sibuk serta tidak dapat menghantar Eliya melawat Eddie..dia akan menaiki bas untuk pergi berjumpa Eddie.Pernah sekali cuaca agak teruk akibat hujan sehingga menyebabkan Eliya tidak dapat melawat Eddie namun dia tetap akan mengirim surat buat abangnya yang tersayang
YOU ARE READING
Love You 1000 Times (Wattpad Version)
Roman d'amourTajuk asal : Jangan Itu Suamiku.. ************* Eddie Ryqarl dan Eliya Rihanna, sepasang adik beradik yang saling memerlukan satu sama lain.Tanpa mereka ketahui,ternyata ada sebuah rahsia disebalik cerita silam yang sering diceritakan oleh datuk mer...