Bab 47

2.5K 81 2
                                    

    Bahu Eliya terhenjut-henjut akibat menangis.Tiba-tiba bahunya disentuh.Ries menghulurkan telefon bimbit Eliya lalu duduk disamping wanita itu sambil memandang kearah tasik yang terbentang dihadapan mereka.
"Ries..I dah tak tahan lagi dengan perangai dia..I nak cerai Ries..I betul-betul nak cerai.."ujar Eliya teresak-esak.Ries menghela nafas panjang.
"sabarlah Liya..you pasti ke pasal ni?hal ni melibatkan banyak orang..you kena ingat, you ada anak-anak dan ada family..you kena jaga hati diorang juga.."
"habis tu hati I siapa nak jaga?..Eddie tak pernah fikir itu semua..I tahu jodoh itu bukanlah setakat sampai lepas beranak and then tak ada jodoh lagi..tapi I terlalu terseksa Ries..cuba you bayangkan,ini baru seminggu dia nikah dengan perempuan tu..kalau sebulan? Setahun? Silap-silap Eddie dah tak mengaku si kembar tu anaknya lagi.. I dah fade up,I tak kira..I nak bercerai juga dengan dia tak kira apa jadi..I tahu si kembar tu akan sedih tetapi I tak tahan lagi..suatu hari nanti mereka akan faham juga kenapa I buat ini semua dan tentang keluarga kami,I rasa mereka semua faham kenapa I ambil keputusan macam ni.."
"Liya..jangan buat keputusan terburu-buru..I rasa apa yang you patut buat sekarang adalah berdepan dengan Eddie.Bincanglah dengan dia secara baik-baik.."pujuk Ries. Ya,Eliya harus berdepan dengan suaminya itu.Itu adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan sekarang.Eliya mengangguk mengiakan kata-kata Ries.
"betul cakap you..I kena jumpa dia depan-depan dan bincangkan pasal benda ni..I tak boleh tangguh lagi.."balas Eliya.
"I kena call Encik Osman dan memaklumkan dia yang I kena balik Malaysia lebih awal dari yang dijangkakan.."sambung Eliya.Ries hanya mendiamkan diri.Dia juga tidak tahu apa lagi yang harus dia nasihati kepada Eliya.Hati wanita itu sangat terluka dengan perlakuan Eddie.

Tiga hari kemudian..
Eddie sedang duduk diruangan pejabatnya.Mengikut perancangannya,dia akan bertolak ke Sydney kerana telah berjanji kepada Eliya untuk kembali ke sana selepas dua minggu setelah kembali ke Malaysia tetapi entah kenapa dia rasa berjauh hati untuk kembali.Dia tahu wanita itu tidak mungkin akan melayaninya seperti sedia kala.Dia juga rasa serba salah kepada Eliya setelah mendengar apa yang dikatakan Ries tempoh hari.Tiba-tiba telefon bimbit Eddie bergetar tanda ada pesanan masuk.

Liya nak jumpa abang dan Intan waktu lunch ni..

Sebaris ayat itu membuatkan Eddie terkaku. 'Liya dah balik dari Sydney?..kenapa aku tak tahu pun?..'.Hatinya tertanya-tanya.Memang sejak dia bernikah dengan Intan,dia sudah tidak pulang ke rumah ibubapanya lagi kerana dia tahu ibubapanya tidak dapat menerima Intan sebagai menantu mereka.Dia juga merasakan dia patut luangkan sedikit masa bersama Intan sementara Eliya pulang dari Sydney.

Okay..meet me at Secret Recipe at 12pm..

Balas Eddie ringkas.Interkomnya segera ditekan.
"yes,Ed.."kedengaran suara lembut Intan.
"lunch ni Eliya nak jumpa dengan kita berdua..kita lunch bertiga boleh kan?.."soal Eddie.Dia risau jika Intan tidak selesa dengan kehadiran Eliya.Setiap hari memang mereka berdua akan makan tengah hari bersama-sama.
"err..boleh ke?..I takut la,Ed..kalau dia serang I macam mana?.."soal Intan dalam nada risau yang dibuat-buat.
"hey...I sebagai suami dan ketua keluarga,takkan I nak berdiam diri kalau dia buat hal.."jawapan Eddie itu cukup untuk memberi kekuatan kepada Intan kerana dia tahu suaminya itu pasti akan berpihak kepadanya berbanding Eliya. 'Siaplah kau,Liya!'hati jahat Intan sudah mula merencanakan sesuatu.

Eliya duduk meja yang agak tersorok agar dia dapat berbincang dengan Intan dan Eddie dengan lebih selesa.Eliya mengacau air ice lemon tea yang dipesannya buat seketika.Jam tangannya dilihat buat kesekian kalinya.Sudah hampir setengah jam dia menunggu disitu namun kelibat Intan dan Eddie masih tidak kelihatan.Tiba-tiba dia ternampak Intan dan Eddie berjalan beriringan menuju kearah restoran.Dan ketika mereka ingin melintas jalan,Eddie mengenggam tangan Intan kemas.Mereka berdua masih lagi berpegangan tangan sehingga masuk ke dalam restoran.Eliya melarikan pandangannya.Panas pula dirasakannya ketika itu walaupun restoran itu telah dilengkapi dengan penghawa dingin.
"Hi,Liya..dah lama ke tunggu kitaorang?..maaflah I sakit perut tadi..tu yang Eddie terpaksa tunggu I tu.."ujar Intan sambil tersenyum.Eddie hanya mendiamkan diri lalu mereka berdua duduk menghadap Eliya yang tidak sedikit pun memandang kearah mereka berdua.
"so how's marriage?.."soal Eliya sambil memandang kearah mereka berdua sambil tersenyum sinis.
"great!.."jawab Intan dengan senyuman teruja.Sengaja dia ingin memanaskan keadaan dengan berlakon seperti tidak bersalah.
"so,apa yang Liya nak bincangkan dengan abang dan Intan?.."soal Eddie serius. 'wah..sejak nikah ni,isteri nak jumpa pun dah tak boleh?..sedikit pun nak melenting?..Eddie..Eddie cepat betul kau berubah,ya?..'.
"Siapa dalang disebalik kes khalwat both of you?..dah upah orang siasat?.."soal Eliya selamba.Macam dia tidak tahu bahawa Intan sudah tersentak mendengar soalannya itu.Sengaja Eliya berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"belum..abang akan upah penyiasat dalam masa terdekat.."
"okay,straight to the point aje la,ya?..Liya nak pindah rumah..every week end abang boleh jumpa anak-anak kita..Liya akan hantar mereka kepada umi di rumah lama kita..Abang boleh jumpa diorang kat sana..Liya nak settlekan hal kita di mahkamah selepas Liya bersalin..which is another five month from now.."ujar Eliya tanpa memandang kearah Eddie.Dia rasa sangat muak dengan pasangan dihadapannya itu.
"kenapa ambil keputusan terburu-buru?..sejak bila pandai buat keputusan tanpa berbincang dengan abang ni?.."soal Eddie sinis.
"err..sejak abang mula abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak Liya.."jawab Eliya selamba.Eddie memandang Eliya dengan pandangan tajam.
"sejak bila Liya dah pandai kurang ajar dengan abang ni,eh?"
"entah..abang ada jawapannya kot..tak perlu la Liya nak asyik-asyik ulang aje..rasanya abang dah cukup bijak kot untuk fikir.."
"ehh..jangan nak biadap sangat boleh tak?.."Eddie sudah menghentak meja.Intan segera mengusap lengan lelaki disebelahnya.
"Liya..tak baik cakap macam tu pada Ed..I rasa semakin serba salah pula tengok rumah tangga you jadi macam ini semata-mata sebab I.."ujar Intan sayu.Eliya tergelak sinis.
"bukan memang ini ke yang kau nak?..kau ingat aku bodoh?..aku tak sebodoh kau la perampas,aku tahu kau dalang disebalik semua ni.."ujar Eliya sinis.Intan Nurhuda sudah menundukkan wajahnya.Air matanya sudah menitis perlahan.
"Liya!..jangan kurang ajar sangat boleh tak?!"Eddie sudah bersuara tegang.Wajahnya sudah merah akibat kemarahan.
"kenapa abang nak jaga sangat hati betina ni,hah?..kenapa?..entah-entah dia dah guna-gunakan abang.."Eddie bangun lalu menarik tangan Intan.Gelas yang berisi air mineral diangkatnya lalu sekelip mata wajah Eliya basah akibat dicurah air oleh Eddie.
"aku benci dengan perangai biadap kau ni,faham tak?!..kau nak aku ceraikan kau sangat,kan?..okay..aku akan tunaikan permintaan kau tu..mulai hari ini aku ceraikan kau dengan talak satu..kau tunggulah surat dari mahkamah..ini balasan sebab menjadi isteri yang menderhaka kepada suami.."ujar Eddie sinis sebelum beredar.Eliya tergamam.Ya Allah,betul ke apa yang baru terjadi ini?.Sekelip mata dia sudah diceraikan semata-mata sebab perempuan yang telah merampas suaminya itu.Dimanakah Eddie Ryqarl yang pernah dikenalinya dahulu?.Dimanakah lelaki yang selalu melindunginya suatu ketika dahulu?.Dimanakah sepupu angkatnya yang pernah dia banggakan dulu?.Eliya bagai berada diawang-awangan.
"Ya Allah,Liya!..apa yang dah jadi ni?.."tiba-tiba terdengar suara Ries yang mengambil tempat disisi wanita itu.Segera tisu diambil dan ditekap perlahan ke wajah Eliya yang basah.Tiba-tiba air mata Eliya mengalir deras.Segala pandangan dari pelanggan direstoran itu sudah tidak dihiraukan.Ries segera membawa Eliya keluar dari restoran itu dan berjalan menuju ke kereta yang dipandunya.
"dia dah ceraikan I,Ries...dia dah jatuhkan talak semata-mata sebab nak bela perempuan tu,Ries..I sakit Ries..sakit sangat kat sini.."ujar Eliya sambil memegang dadanya.Dia menangis semahu-mahunya disamping Ries.Ries juga terasa sedih dengan keadaan Eliya itu.Hatinya berkecai saat melihat Eliya menangis kekecewaan seperti itu.Perlahan Ries menarik Eliya kedalam dakapannya.
"sabarlah Liya..maafkan I...I terlambat untuk selamatkan you dari dihina oleh Eddie tadi.."ujar Ries lemah.Air matanya juga bergenang melihat bagaimana wanita yang sangat dicintainya itu dihina sebegitu sekali.Pada awalnya Ries hanya menghantar Eliya ke restoran itu untuk berjumpa Eddie.Oleh kerana dia tahu Eddie pasti akan marah jika dia turut berada direstoran itu,maka dia telah membuat keputusan untuk tunggu didalam kereta.Namun dia pelik apabila ternampak Eddie yang sedang memeluk bahu Intan yang sedang menangis.Dia mula terasa tidak sedap hati apabila Eliya masih belum keluar dari dalam restoran itu.Rupa-rupanya perasaannya itu bersebab.Sungguh dia tidak sangka Eddie sebagai seorang suami tergamak menjatuhkan maruah isterinya yang sedang mengandung dihadapan khalayak ramai seperti itu. 'Kau memang binatang,Eddie..aku tak akan lepaskan kau..aku akan buat kau melutut kepada Eliya untuk mendapatkan kemaafan darinya..'.




Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now