TNC-2

16 3 0
                                    


Ting tong...

Bunyi loceng rumah banglo itu bergema.Nadiem yang sedang membaca komik pantas ke pintu untuk membukanya.

"Hai sweetie.Kenape datang rumah abang?"soal Nadiem.

"Ish bukan sweetielh,nama kite Nia.N.I.A.Nia,abang ibu jemput ke rumah malam nanti.Ade makan-makan,ibu suruh jemput mak abang sekali.Nia dengan abang Rafee pergi dulu.Byebye."ucap Nia.Siap mengeja lagi nama dia.Sebab bengang Nadiem memanggilnya sweetie.Nadiem hanya tergelak saat Nia mengeja namanya.Dia tahu,tpi sengaja mahu melihat gadis kecil itu marah.

"Siape tu Diem.Mama dengar suara budak kecik.Kamu buat ape hah?"soal mama Nadiem.

"Nia dengan Rafee.Anak jiran depan rumah.Semalam Adiem berkenalan dengan diorang dekat padang.Ibu dia jemput ke rumah.Katanya ada makan-makan."jawab Nadiem sebelum memeluk mamanya.

Mama Nadiem hanya mengangguk dan tersenyum melihat keletah manja anak tunggalnya itu.Dalam tidak sedar dia mengalirkan air mata tapi pantas diseka kerana takot Nadiem perasan.

"Mama nak buat kek,nanti boleh lah bawak time makan-makan nanti.Nadiem nak tolong mama tak,kalau taknak gi rehat.Ishhh hyper sungguh."bebel mama Nadiem.Nadiem hanya tersengih lalu menggosok tengkuknya.

"Nadiem gi rehatlah,mama buat kek coklat tau.Nanti kita bawak gi rumah diorang.Adiem nk mandi pastu rehat.Bye ma,love you."jawab Nadiem,dia mencium pipi mamanya dan terus berlari naik ke biliknya yang berada di atas.

"Budak bertuah,Nadiem jangan lari nanti kamu penat."marah mama Nadiem.

"Jemput masuk,jangan segan."pelawa tuan rumah.Nadiem bersalam dengan ibu Nia dan neneknya.

"Terima kasih aunty..."belom sempat Nadiem bertanya ibu kepada si kecil berdua itu menjawab.

"Aunty Aira.Ni nek midah.Ni mak kamu ke?"kataPuan Aira sambil bersalam dengan mama Nadiem.

"Saya Nadra.Terima kasih kerana jemput saya dan Nadiem ke rumah."kata Puan Nadra mama kepada Nadiem.

"Mari ke ruang makan.Nanti sejuk pula makanan."pelawa Puan Aira.Puan Nadra dan Nadiem hanya membuntuti tuan rumah.Nek Midah ternyata kurang selesa dengan anak muda didepannya itu.

Nadiem mengambil tempat dihadapan Airyn.Airyn yang sedang leka bermain dengan telefonnya tersentak.Dia menyirap melihat Nadiem tersengih sahaja.Mahu saja ditampar lelaki dihadapannya ini,tapi mengenangkan ibunya sudah memberi amaran tadi terpaksa dilupakan niat 'suci'nya itu.Neneknya juga memberi amaran.

Nadiem suka melihat Airyn marah,baginya Airyn seorang yang sombong.Susah untuk senyum dan ketawa.Selama hampir seminggu dia disini,dia selalu melihat Airyn dari jauh apabila di padang.Airyn lebih suka menyendiri dan memasamkan mukanya.Dia akan merubah gadis itu.

Ya,dia tekad.Nadiem Eikmal bertekad untuk merubah Airyn Raisya.Aku akan mewarnai hidupnya..hehehe...kata Nadiem sendirian sebelum tersenyum manis ke arah Nia.

Telefon Airyn menjerit meminta di angkat.

Ziyad buddy calling..

"Helo beb,kau dekat mane?kitorang dah nk start makan ni.Cepatlah sikit.Macam pondan ah kau."kata Airyn sebaik sahaja beredar untuk menjawab panggilan tersebut.

"Aku on the way,tunggu lh kejap.Tadi kereta buat hal duh,nasib abang aku ade.Ha dh sampai.Bukak pintu pat.Lambat aku cau."ugut Ziyad.

Airyn terus melangkah ke pintu.Dia melihat Ziyad sedang mengunci pintu keretanya.

"Hai sayang,sorry bie lambat.Kereta rosak tadi."Ziyad mula melakonkan wataknya.Airyn hanya tersengih.Dia sebenarnya geli mendengar Ziyad memanggilnya begitu.Ziyad sebenarnya playboy tu yang macam nak muntah je.

"Haha sokaylah,lagipon tetamu ibu baru sampai.Masuklah."pelawa Airyn sebelum memaut lengan Ziyad.Mereka yang sedang rancak bersembang terdiam sebentar melihat lelaki kacak di sebelah Airyn.Terutamanya Nadiem,mukanya sudah merah menahan cemburu.

"Assalamualaikum,maaflah lambat.Tadi kereta rosak tu susah sikit tu.By the way,saya Ziyad Fitry.Just call me Ziyad or Zy,or Yad."Ziyad memperkenalkan diri.

Semua orang menjawab salam yang diberikan.Ziyad bertindak berjabat tangan dengan Nadiem memandangkan dia seorang je yang berhampiran.

"Nadiem Eikmal, panggil Nadiem je.Jiran baru diorang, rumah depan tu je.Jemputlah datang kalau free ye."Nadiem membalas jabat tangan tersebut.

Mereka meneruskan aktiviti makan yang tergendala sebentar tadi.Nadiem hanya memerhati gelagat mesra Airyn dan Ziyad.Puan Nadra yang perasan perubahan sikap anaknya itu hanya bertindak menggosok lembut tangan anaknya yang berada di bawah meja.

Selepas habis makan mereka beredar ke ruang tamu untuk bersembang dengan lebih selesa.Nadiem hanya mendiamkan diri dan lebih selesa memerhati Airyn dan Ziyad.Ziyad dapat merasakan sesuatu dari cara Nadiem memandangnya bersama Airyn.Dari raut wajah saja dia sudah tahu Nadiem cemburu.

Dia sengaja bermesra lagi bersama Airyn.Dia dapat melihat muka Nadiem yang putih itu kelihatan kemerah merahan menahan api cemburu.Dia tersenyum sinis.

Airyn harus tahu yang masih ada lagi manusia yang bergelar lelaki yang akan mencintainya seperti Eirfan pernah mencintainya suatu ketika dahulu.Dia perlu tahu yang manusia ini akan lebih mencintainya.Cinta yang tidak akan dipersiakan.Aku akan pastikan mereka bahagia.Monolog Ziyad.

Tomorrow Never ComesWhere stories live. Discover now