TNC-4

14 3 0
                                    

Genap setahun sudah Nadiem mula rapat dengan Airyn,Ziyad serta yang lain.Hidupnya kini gembira kerana mereka mula menerima kehadirannya.Airyn pula sudah banyak berubah dan kerap sekali tersenyum.Ziyad pula sudah boleh menjadi rapat dan sangat peramah orangnya.Mereka bertiga sudah rapat dan menjadi seperti sahabat yang lain.

"Enjoy your life like tomorrow never come."kata-kata itu sentiasa berlegar-legar difikiran Airyn.Kata yang sama diungkapkan oleh Eirfan kepadanya pada saat-saat akhir nafasnya.Kini Nadiem pula yang mengungkapkan kata-kata itu."I will make sure that after this, your life will full of laugh and smile.I will make you enjoy your life with me.Thats my promise."kata Nadiem kepada Airyn sewaktu pertama kali mereka berdua dan ketika mereka sudah boleh mulai rapat.

"Aku dapat rasakan yang Airyn pun sukakan kau macam kau sukakan dia Diem."bisik Ziyad perlahan hanya mampu didengari olehnya dan Nadiem."Jangan buat aku menaruh hati,sebab aku tahu kau juga cintakannya."balas Nadiem dengan nada yang sama.Ziyad kelihatan terkejut kerana Nadiem bisa mengetahui isi hatinya."Aku tahu semua itu sejak pertama kali kita berkenalan dan mulai rapat."sambung Nadiem lagi."Tapi dia hanya mencintai kau dan menganggap aku sebagai temannya."balas Ziyad dengan nada yang lirih."Itu bisa diatur.Kau serahkan kepadaku."kata Nadiem dan menepuk bahu Ziyad perlahan.

"Okay guys,so esok kita pergi jalan-jalan and luangkan masa bersama sempena anniversary yang pertama sejak kita berkawan.Tempat semua aku dah atur dan tunggu kalian sahaja untuk pergi."Airyn mengatakannya dengan gembira sekali.Dia tidak pernah rasa segembira ini.Dia beruntung kerana Nadiem dan Ziyad banyak membantunya untuk berubah.

"Aku bersyukur yang kau sudah bisa tersenyum dan menayangkan kembali lesung pipit di wajahmu sama seperti ketika arwah Eirfan ada bersama kita.Aku pasti dia akan gembira melihat kau bahagia bersama Nadiem.Aku akan pastikan kalian berdua bahagia bersama."kata Ziyad seorang diri ketika berdiri di balkoni bilik miliknya.Sudah hampir tujuh tahun dia berkawan dengan Airyn dan dia tidak perasan sejak bila dia mula menaruh hati terhadap sahabatnya itu.Walaupun begitu dia pelik melihat sikap Nadiem sejak akhir-akhir ini seperti ada sesuatu yang dirancangnya.Perangainya sudah kelihatan aneh sama seperti percakapannya.Pernah sekali Ziyad ternampak Nadiem makan ubat dalam kuantiti yang agak banyak.Dia tidak berani menanyakan soal itu kerana takut mengganggu privasi Nadiem.

"Aku akan pastikan yang Nadiem dan kau akan tahu tentang isi hati masing-masing.Itu janji aku pada arwah Eirfan, untuk mencari kebahagian kau."kata Ziyad sambil membelek album lama mereka.

Diari yang dipegang Ziyad dirampas oleh Nadiem.Ziyad tidak dapat berbuat apa-apa kerana Nadiem sudah berlari ke rumahnya.Dari luar dia sudah mendengar mama Nadiem menjerit memarahinya yang agak aktif walaupun tidak tahu apa sebabnya."I will return to you as soon as possible.Jangan risau rahsia kau aku pegang tanpa dapat Airyn tahu."laung Nadiem dari arah tingkap biliknya.

Wajah pucat Nadiem dilihat.Pemuda itu mempunyai wajah yang putih bersih,lesung pipit di pipi kiri dan senyuman yang manis persis ibunya.Ziyad yakin ada sesuatu yang disembunyikan Nadiem.Diari yang sudah dikembalikan itu ditatap semula.Sekeping surat jatuh dikakinya sewaktu dia ingin membelek muka surat kosong.Dia kaku sebentar.

SURAT PENGESAHAN UNTUK MELAKUKAN PEMBEDAHAN JANTUNG.

NADIEM EIKMAL B. EIHSAN

Merujuk kepada perkara di atas,pada tarikh 5 Ogos 20xx pihak pesakit di arahkan untuk mendaftar ke wad untuk dipantau rapi sebelum melakukan pembedahan...........

Diari yang dipegang terus terjatuh dan surat itu terlepas dari pegangannya.Dia tidak sangka orang seaktif Nadiem mempunyai penyakit dan kebetulan atau suratan namanya sama hampir sama dengan nama arwah Eirfan.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Mungkin Nadiem tahu kebenarannya.Dia harus mendapatkan Nadiem untuk mengetahui perkara sebenar.

Tomorrow Never ComesWhere stories live. Discover now