"Boleh kau beritahu aku apa hubungan kau dengan Nadie Eirfan bin Eihsan?Boleh kau terangkan apa yang kau sembunyikan selamani dari aku dan Airyn?Boleh ceritakan segalanya?"soal Ziyad kepada Nadiem sebaik sahaja dia terlihat figura pemuda itu bersama gitar kesayangannya.Nadiem duduk disebelah Ziyad dan melepaskan keluhan berat.Akhirnya rahsia yang selama ini disimpan telah terbongkar.Segala kebenaran harus diluahkan."Nadie Eirfan bin Eihsan abang kandung aku.Darah daging aku dan salah satu abang yang aku ada yang dah pergi tinggalkan aku dengan mama lepas arwah abah pergi.Pendengar setia aku dah pergi.Orang yang Airyn dan kau rapat,yes his my brother."jawab Nadiem dibalas keluhan oleh Ziyad."Apa tujuan utama kau rahsiakan semua ni?"soal Ziyad lagi."Tunaikan permintaan akhir arwah iaitu melihat kau dan Airyn bersama.Kau jangan terkejut kerana Eirfan juga seperti aku dapat membaca isi hati kau.Kau mencintai Airyn dalam diam tapi kau pendam sebab kau lihat Airyn bahagia bersama Eirfan.Betulkan?"soal Nadiem kembali.Ziyad tersenyum sinis."Kau takkan paham ape yang aku cuba lakukan untuk Eirfan.Kau hanya tunaikan permintaan akhirnya tapi aku dah janji yang aku akan buat Airyn bahagia dengan kau.Dari mata Airyn aku tahu dia juga sukakan kau sepertimana dia menyukai Eirfan suatu ketika dulu.Aku mahu kembalikan Airyn yang lama.Dan caranya hanyalah kau."jawab Ziyad sebelum dia berdiri dan melihat ke arah lautan yang luas terbentang dihadapannya."Tapi aku tak bisa untuk bersamanya.Aku hanya ada masa tiga bulan lagi untuk meneruskan kehidupan.Itu pun--"belum sempat Nadiem menghabiskan kata-katanya Ziyad mencelah."Apa maksud kau?"soal Ziyad sambil memandang ke arah Nadiem yang sedang memetik gitar secara rawak itu."Jika pembedahan itu berjaya,mungkin aku bisa membahagiakan Airyn,jika tidak aku hanya akan membuat dia kecewa sepertimana Eirfan.Aku dah berjanji dengan arwah Eirfan untuk membuat kau dan dia bersama.Tolong aku."kata Nadiem sambil meletakkan gitarnya di sebelah kerana berasa sakit di bahagian dada.
"Are you okay?Muka kau pucat.Jom aku hantar kau balik."Ziyad pantas memapah Nadiem menuju ke keretanya yang diparking berhampiran."Sabar,kejap lagi kita sampai rumah.I will make sure yang kau akan selamat sampai ke rumah."Ziyad sudah cemas melihat nafas Nadiem yang tersekat-sekat dan memegang dadanya."A-aku-na-nak-k-kau-jan-ji-de-deng-an-a-aku yang kau a-akan ba-bahagia-kan-Ai-Airyn.To-tolong."rayu Nadiem sambil memegang lengan kiri Ziyad.Ziyad mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Sampai di rumah Nadiem,Ziyad bergegas memanggil mama Nadiem dan mengajaknya ke hospital kerana kondisi Nadiem sudah teruk.
Tiga bulan kemudian...
"Aku tak sangka dia adik Eirfan.Aku tak sangka yang kau tahu dan rahsiakan semua ni dari aku.Tiga bulan dia koma dan baru sekarang kau bagitahu kebenarannya Ziyad.Kawan jenis ape kau ni.Sanggup tengok aku sedih.Kau tau kan aku suka dia.Kau taukan Ziyad."ucap Airyn lirih sebelum bertindak memukul lengan Ziyad."Maafkan aku,aku cuma keliru dan tak tau dari mana harus aku mulakan.Nadiem minta aku untuk mendiamkannya.Tapi aku tak sanggup melihat kondisinya yang terlantar koma begini.Kau harus kuat Airyn.Aku tahu kau sukakan dia dan aku tahu kau rindu akan Eirfan.Aku janji jika Nadiem sedar,dia pasti ceritakan segalanya kepada kau.Bersabar ya,kau pasti tidak mahu dia melihat kau sedih begini jika dia sedar bukan."Ziyad memujuk Airyn.Walaupun serba salah namun dia harus bijak memujuk Airyn supaya mengawal segala emosi supaya tidak mengganggu Nadiem.
"Adiem,kalau kamu tak kuat pergilah sayang.Mama tahu kamu rindukan Eirfan dan abah.Pergilah kalau itu buat kamu bahagia sayang.Mama baik-baik sahaja disini."bisik Puan Nadra di telinga kanan Nadiem.Dia bertindak begitu dan mendapat respon dari Nadiem.Kelihatan kelopak matanya bergerak dan mulutnya juga."Ma,Diem ha-ha-haus."ujarnya tersekat.Ziyad bertindak menolong Nadiem untuk bersandar ke kepala katil.Puan Nadra menghulurkan air kosong kepadanya."Adiem taknak tinggalkan mama.Adiem sayang mama.Tapi if oneday i should go,Ziyad and Airyn please take care of my mom.Aku amanahkan kalian berdua."perlhana sekali suara Nadiem ketika berkata begitu.Airyn sudah memandang ke bawah kerana tidak bisa menahan sebak di dada.Ziyad sudah beredar ke bilik air.Puan Nadra pula memeluk Nadiem kerana rindu akan anaknya itu.
YOU ARE READING
Tomorrow Never Comes
Short StoryJemput baca karya tak seberapa ni,harap mendapat sokongan semua pihak.. Hekhek mcm nk dpt undi pulak ye.. Secret author but you can call me A-DEE Beauty cover from @BTOVIXX Start :22/5/17 End :29/5/17 Airyn dan Ziyad merupakan sahabat baik.Kehadira...