Aku berjalan ke bilik tetamu. Senyuman aku ukirkan apabila dua katil bujang tersusun kemas di bilik kecil tersebut. Cadarnya, aku kemaskan. Bantalnya disusun rapi.
Seusai mengemas, aku duduk di birai katil. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap. Bulan mengambang penuh di dada langit. Angin malam bertiup melalui jendela kayu.
Hidup disini tidak rumit seperti di dimensi manusia. Setiap penduduknya ramah dan saling berkerjasama. Langsung tiada hasad dengki atau gila kuasa.
Adakah ini dunia fantasi yang selalu dibayangkan si puisi? Dunia aman tanpa sengketa.
Tanpa tamak haloba?
Dikala aku leka melayan fikiran, suara tangisan bayi kedengaran di bilik sebelah. Perlahan-lahan aku bangun dari birai katil. Kelihatan Euryca mendodoikan bayi perempuan di pangkuan.
"Shhh...Shhh...Mama ada di sini...Tidurlah"
Aku tersenyum. Pintu bilik diketuk sopan. Euryca menoleh. Aku masuk perlahan-lahan.
"Amelia..."
"Bayi awak menangis? Dia sakit?"
"Ntahlah...Mesti abang usik dia tadi..."
"Mana ada aku usik! Suka hati je menuduh! Aku cuma cium pipi dia! Thats it!"
Suara Aeryz kedengaran dari dapur. Euryca memasamkan muka. Aku menahan ketawa. Hebat betul deria Aeryz, sampai ke dalam bilik dia boleh dengar.
"Boleh saya dukung dia...?"
Aku meminta lembut. Euryca mengangguk. Lanaya dihulurkan kepadaku. Budak kecil tersebut terdiam apabila aku memangku dia.
Mata merahnya memandang bulat kepadaku. Gigi susu jelas kelihatan apabila Lanaya tersengih ceria. Pipi tembamnya aku kucup perlahan. Baunya seperti bunga mawar.
"Your daughter is so cute, Euryca..."
"Aha, thanks...Bukan senang nak keluar tu"
"Keluar?"
"Dia maksudkan, beranak.Giving birth, you know?"
Aeryz mencelah tetiba. Dia menyandar bahu pada pintu kayu sambil memeluk tubuh. Euryca mencebik. Aku termangu-mangu.
"Errr...Sakit sangat ke beranak tu, Euryca?"
Aku menyoal dengan nada berbisik. Si musang tersenyum kelat kepadaku. Aeryz tersengih nakal.
"Mestilah sakit! Kau tahu, Ryca ni meraung macam nak putus nyawa! Haha! Menangis! Hahahahaha!"
"Abang jangan nak malukan Ryca! Mentanglah dia lelaki! Bolehlah dia cakap senang!"
"What? Dah kau 'sedap-sedap'dengan Noah! Itulah balasannya!"
"Abang! Grrrr! Mulut puaka!"
Aeryz berkata sinis sambil membuat isyarat lucah dengan jari. Si musang terus menerkam ke arah dia! Mereka berdua berkejaran sehingga ke luar rumah. Lanaya tergelak melihat gelagat mereka berdua.
Haih, dua kembar memang selalu telingkah macam ni ke?
"Jangan dilayan dua kembar tu, Amelia...Memang selalu sangat buat kecoh...Pantang berjumpa..."
Aku menoleh ke belakang apabila suara lembut menyapa. Loralyn menyimpulkan senyuman membalas pandanganku. Lanaya dipangkuan, dia ambil perlahan.
"Jom tidur, sayang..."
Loralyn berkata seraya mengucup dahi Lanaya. Bayi perempuan tersebut diletakkan ke atas katil. Ubun-ubun dibelai manja.
Aku duduk di birai katil sambil memerhati Lanaya terbuai-buai mengantuk. Loralyn menyanyikan lagu lembut sambil mengusap kepala bayi tersebut.
She's so good. Lanaya tertidur macam tu saja. Impressive...
"Amelia..."
"Yes...?"
"Awak suka tinggal di sini?"
Loralyn menyoal dengan nada lembut. Aku menggaru pipi. Pandangan tertacap pada Lanaya yang sudah pun terlelap.
"Ermm...Suka juga..."
"Then, awak kena pujuk Quinn supaya dia tinggal di sini..."
"Quinn keras kepala, Lora...Dia tak nak dengar nasihat saya..."
Loralyn tersenyum mendengar balasan kata dariku. Rambut coklatnya disisirkan ke sisi. Aku berdiam diri sambil bermain ibu jari.
Jika diikutkan hati, aku mahu tinggal di sini...
Tapi, Quinn...
"Puak serigala ada satu kelemahan, Amelia...Jika awak tahu kelemahan tu, awak akan dapat tawan mereka..."
"Ermm, apa maksud awak...?"
"Quinn serigala, bukan? Awak kena tundukkan dia..."
"Serigala bukan haiwan yang boleh dijinakkan, Lora..."
"Yes, you can..."
Loralyn melirikkan pandangan sinis kepadaku. Aku mengerut dahi apabila dia duduk di sisi.
"Errr, kenapa ni Lora...?"
"Awak nak Quinn tinggal di sini?"
"Ermmm..."
"Jika awak dan Quinn tinggal di sini, King Aiden boleh uruskan semuanya...Rumah? Perniagaan? Semuanya boleh diuruskan..."
Aku tertunduk mendengar kata-kata Loralyn. Si musang begitu bijak bermain kata denganku. Kata-katanya membuatkanku serba-salah...
"Tapi, Lora....Saya tak boleh paksa Quinn.."
"C'mon, awak tak nak kahwin dengan dia?"
"Kahwin?"
"Jika Quinn mahu tinggal di sini, King Aiden akan kahwinkan kalian berdua..."
Aku terpaku mendengar kata-kata Loralyn. Ekor musang meliuk perlahan di dada. Lagak gayanya seakan menggoda aku.
"So, what do you say....?"
"Hurmm...Kahwin, eh...?"
"Yes! You and Quinn can live happily ever after!"
"Right! Ok! Apa saya kena buat? Beritahu kelemahan Quinn pada saya!"
Loralyn tertawa kecil mendengar balasan jawapan dariku. Dia merapatkan bibir ke telinga. Aku bersedia mendengar bisikan darinya.
"Ok, Amelia...You do this..."
YOU ARE READING
THE LOST HEIR [C]
FantasyQuinn, seorang remaja lelaki biasa. Hidupnya normal sebagaimana remaja yang lain. Tiada keluarga, hanya tinggal bersama Auntie Tyara. Hidupnya terasa tidak bermakna. Kosong. Sepi. Namun begitu... Kehadiran seorang gadis misteri membuatkan hidupnya...