Chapter 4

24 7 0
                                    

~ Seoul Institute of the Arts

Hyun Ae sibuk dengan buku fiksinya. Semua orang di sekeliling diabaikan. Sudahla pendek, bila baca buku bawah laci meja lagila bayang pun hilang.

"Hyun Ae, Hyun Ae, Hyun Ae!"jerit Dahyun. Semua orang pandang Hyun Ae yang sangat khusyuk dengan bukunya. Sana di sebelah memandang desk mate barunya lama, mengharapkan respon.

At last, Sana mengalah dan menepuk bahu Hyun Ae perlahan. "Ye, ada ape?"tanya Hyun Ae blur. Semua orang dalam kelas memandangnya.

"Jom tukar baju, kita ada class dance dekat studio DIA. Ape yang kau buat sampai tak dengar kitorang panggil kau?"tanya Dahyun. Hyun Ae hanya tersengih sambil menunjuk buku fiksinya.

"My new book. Sorry."kata Hyun Ae dan dia terus bangun mengikut yang lain ke loker baju. Nasib baik dia ikut kata-kata Hyun Ji untuk bawa baju persalinan.

"Kitorang ada buat cover. Hmm memang tak cukup sorang untuk cover tu tapi kitorang dah buat separuh dari lagu tu."kata Mina. Hyun Ae hanya mengangguk sambil meneliti setiap ragam dalam studio.

"Kitorang tak tau kau boleh kejar ke tak. Performance lagi 2 minggu. Kau ada seminggu je untuk cover full lagu tu. Lagi seminggu kita practice sekali dengan baju semua la. Kau rasa kau boleh tak?"tanya Mina.

"Okay. Seminggu."kata Hyun Ae dan terus pergi. Dia jadi pening bila terlalu ramai berpusing pusing dalam studio.

~ Hannyoung High School

"What are you doing here all alone?" tanya satu suara garau. Pendrive yang dipegang Hye Jun terus jatuh ke lantai. Mana tak terkejutnya time tu dia seorang dan keadaan di situ time dia datang lengang.

"Nak print."jawab Hye Jun. Terus dia abaikan lelaki di belakangnya dan teruskan print study case dia. Lelaki itu bersandar di tepi printer.

"Boleh ke tepi sikit tak? Saya nak ambik bahan yang baru saje saya print." minta Hye Jun. Lelaki yang memakai cap hingga tutup separuh muka dia hanya berdiri tegak di tempatnya.

"Im being serious right now. Get out of my way."kata Hye Jun. Ayat dia dah mula kasar. Lelaki itu membuka cap dia dan merenung Hye Jun.

Dah kenapa mamat ni... sakit otak ke sakit jiwa ni. "Why you didn't shout?"tanya mamat itu. Aku terdiam, dah kenapa aku kena jerit bila nampak muka dia.

"Dah kenapa? Perlu ke buat macam tu?"tanya aku malas. Lelaki itu hanya diamkan diri. "For your information, i need my work done right away because im already late. Can you just do me this one favour? Get out of my way,jebal."kata Hye Jun. Panas mukanya tahan marah. Budak ni karang aku hempuk kepala dia guna pc ni karang mampus jugak.

"What will you give me if i out of your way?"tanya mamat ni. Hye Jun terdiam. "What do you want?"tanya Hye Jun. Malas nak fikir sangat,masa berjalan dengan pantas.

"Going out with me."kata mamat tu. Hye Jun tergelak. Setakat keluar date tu bukannya susah mana pun. Tiba-tiba fon dia bunyi menandakan ada mesej masuk.

'Im out of your school. Take me in.' - Hyun Ji.

"Okay."kata Hye Jun. "I will contact you later. Annyeong."kata mamat tersebut dan menggosok kepala Hye Jun. Lepas sahaja lelaki tu pergi,print out terus dicapai dan di stapler kan sekali.

Kelam kabut dia keluar ke tingkat bawah untuk ambik Hyun Ji. Sampai sahaja di bawah, kelihatan ramai student tengah bersembang, lepak, makan semuanya la. Langsung tak dapat detect tempat Hyun Ji.

"Sape perempuan tu duh. Macam bukan budak sekolah kita je. Ke dia teringin nak masuk sini tapi tak layak. Hahahahha."kata salah seorang student perempuan.

Hye Jun terus pergi dekat dengan perempuan tersebut. Dia yakin topik yang diorang cakap adalah tentang Hyun Ji. "Dekat mana perempuan yang korang cakapkan tadi tu?"tanya Hye Jun.

Diorang tunjuk ke luar pagar sekolah. Ternganga Hye Jun tengok keadaan Hyun Ji. Terus dia lari mendapatkan adik dia. "She my sister."kata Hye Jun kepada pengawal dan pengawal tersebut bukakan pintu pagar untuk Hyun Ji.

"Asal kau pakai baju ni?"tanya Hye Jun. Mana taknya,pakai t-shirt biasa seluar jeans yang koyak dekat lutut and lastly on point, selipar. Seriously selipar?!

"Dah tak de baju lain. Aku dari sekolah aku, yang ni je ada dalam beg aku. Selipar ni pun aku rembat tandas. Mana aku boleh keluar dengan pakaian sekolah. Nak kena tahan ke."kata Hyun Ji.

"Dahla kau, jalan belakang aku. Kalau dengar ada orang kutuk tu senyap je la. Salah kau pakai baju macam ni masuk sekolah elite."kata Hye Jun. Merah muka tahan malu. Terus ditarik tangan Hyun Ji untuk suruh dia ikut jalan Hye Jun.

Hye Jun terus bawak Hyun Ji ke loker. Sepasang dress had lutut dan kasut high heels dibawa keluar. Semuanya dihulurkan ke Hyun Ji. "Kau pergi tukar semua ni. Nanti jumpa aku dekat loker ni balik. Aku nak hantar study case aku kejap."kata Hye Jun.

"Err, Hye Jun ah kat mana nak tukar baju ni?" tanya Hyun Ji. "Tukar kat tandas la. Tandas dekat hujung tu ha. Merapu betul kau ni."marah Hye Jun.

"Ehh jangan la marah."kata Hyun Ji. Terus dia bergerak ke tandas yang diberitahu Hye Jun.

"Prof, ni study case saya."kata Hye Jun. Prof tersebut hanya mengangguk dan cop RECEIVE di atas folio Hye Jun. And thats all.

"Serious la itu je. So kalau orang main copy cat je senang la. Patut sekolah ni top ranking. Prof sendiri back-up. Daebak."kata Hye Jun sendirian.

Hyun Ji yang baru sahaja lepas tukar baju sudah kematu menunggu di loker Hye Jun. "Hari ni memang aku jadi kaki menunggu orang ke? Hisy, serabut betul."kata Hyun Ji. Beg boutique di tangannya di check lagi sekali untuk pastikan baju jin tanah tersebut dalam keadaan baik.

"Berapa kali kau nak usyar beg tu? Dari jauh aku kira dalam 3 kali kau usyar. Kalau sebelum ni agak dah berapa."kata Hye Jun. Pelik dia tengok adik dia yang sekor ni.

"Dah bosan sangat tunggu kau."kata Hyun Ji. Hye Jun terus ambil beberapa helai baju di dalam loker. Seluar jeans skinny warna putih dia rembat dan terus lari masuk ke dalam tandas.

"Jadi penunggu loker lagi aku..." rungut Hyun Ji. Selepas 5 minit, Hye Jun kembali semula ke loker. "Aku ada satu cadangan, jom bawak Hyun Ae keluar dari sekolah dia."kata Hye Jun.

"Kau ni dah gila ke. Kita dah buat jahat kau nak tarik dia sekali."kata Hyun Ji. Terkejut dengan cadangan yang sangat tidak bernas dari Hye Jun.

"Alaaa bukan selalu. Bukannya jahat mana pun, biasa la tu ponteng sekolah. Sekali ni je."kata Hye Jun. Bosan sungguh dia kalau keluar dengan Hyun Ji je. Mana mana dengan Hyun Ji, nak jugak buat jahat bawak Hyun Ae sekali.

"Kali ni je. Serious talk aku bagi kau buat ni sekali ni je."kata Hyun Ji. And lastly diorang terus keluar dari HYS secara senyap-senyap. Taxi terus ditahan dan destinasi yang ingin dituju ialah Seoul Institute of the Arts....

The Park Sibling'sWhere stories live. Discover now