Chapter 5

29 7 1
                                    

~Seoul Institute of the Arts

"Wei,macam mana nak cari dia yang kecik tu?"tanya Hyun Ji. Hye Jun dan Hyun Ji sudah pun berada di tengah padang sekolah. Katanya senang nak cari orang kalau dekat padang. Sape yang percaya memang....ayam.

"Kejap aku try call dia."kata Hye Jun. Tangannya terus dail nombor Hyun Ae. 8 saat cukup untuk menandakan fon dia off.

"Dapat tak? Panas wei dekat sini."kata Hyun Ji. "Tau pun panas! Yang kau bagi idea cap ayam kau tu dah kenapa?! Dengan aku sekali terjebak."kata Hye Jun.

Panas dengan Hyun Ae yang off phone menjadi semakin maximum dengar rungutan Hyun Ji. Dia yang cadangkan tempat ayam ni, dia pulak la yang nak bising. Aku ketuk kepala dia ni jugak kang.

"Ye la, aku tau salah aku."kata Hyun Ji. Selama 5 minit mereka tercegat tengah padang dan tengah panas tanpa membuat apa-apa. Mungkin mengharapkan Hyun Ae turun dari langit,mungkin...

"Hye Jun-ah, jom la masuk dalam sekolah dia."kata Hyun Ji. Hye Jun yang berada di sebelah dijeling. Mengharapkan respon. "Wei dengar tak aku cakap ni?"

"Wei saja nak cakap. Soalan kau tu yang tak masuk akal siot. Sekarang ni kita dengan angkasa ke? Kat dalan sekolah dia kan? Jadi kau nak aku bagi respon ape?"kata Hye Jun. Hyun Ji terdiam sambil dalam hati cuba cari dimana lawaknya.

"Kau ni bongok la!"Hyun Ji dengan pantas pukul kepala Hye Jun dengan handphone dia. "Macam mana la kau boleh jadi kakak aku. Blur ayam."rungut Hyun Ji sambil tangannya menarik Hye Jun masuk ke dalam bangunan pertama yang dia nampak.

"Hek eleh, kutuk aku pulak. Kau pun sama je la.AYAM."kata Hye Jun. Terus dia jalan ke arah loker Hyun Ae. "Jom pergi kelas dia la. Berdiri dekat loker dia bukannya ada function pun."

Satu per satu kelas diorang lawat. Satu pun diorang tak nampak Hyun Ae. Sampai sahaja di satu kelas yang kosong, terus mereka berdua masuk. Tertunduk-tunduk diorang mengibtai ke dalam kelas dari tadi. Nasib tak ada masalah lutut, tulang belakang dan sebagainya.

"Aku tak nampak pun budak tu. Hilang ke mana?"kata Hyun Ji. Hye Jun yang sememangnya letih terus duduk di atas meja. Matanya melilau pandang board notice kelas. 'Everyone must be at studio DIA'

"Aku dah tahu dia dekat mana."kata Hye Jun. Terus dia turun dari kerusi dan bergerak ke pintu kelas. "Mana?"tanya Hyun Ji. Dia sendiri pun nak tahu jugak kat mana.

"Ikut je aku dulu."kata Hye Jun. Dia terus bergerak ke studio DIA selepas tengok map sekolah. Bayangkan sekolah pun ada map...

~Studio DIA

"Err, ada nampak Park Hyun Ae tak?"tanya Hyun Ji pada seorang pelajar perempuan yang baru keluar dari studio.

"Park Hyun Ae? Yang baru transfer tu ke?"tanya pelajar tersebut. Hyun Ji dan Hye Jun terangguk-angguk macam burung belatuk. "Dekat rooftop rasanya."

"Thanks."kata Hyun Ji dan bila dia pusing belakang, Hye Jun sudah pun mendahului dia ke tangga. "Aku cakap serious, kalau aku dah jumpa budak tu aku gigit dia sampai lebam."kata Hye Jun.

"Kau gigit, aku suruh dia masak..."kata Hyun Ji. Penat diorang semata nak ajak budak Hyun Ae buat jahat.

~Rooftop

"Woi!"jerit Hyun Ji. Hyun Ae yang tengah duduk di tepi bangunan terkejut hingga pucat mukanya. Tiba-tiba, "Argh!!!! SAKITLAAA!!!" jerit Hyun Ae. Hye Jun hanya tersengih.

"Itu balasan sebab kau tak angkat fon dan menyebabkan kitorang penat."kata Hye Jun. Habis hilang kegeraman dia.

"Kenapa tiba-tiba je datang sini?"tanya Hyun Ae. Pelik sungguh dengan perangai kakak dua ekor dia. Hye Jun dan Hyun Ji tersengih.

"Jom keluar."kata Hyun Ji. Hyun Ae terdiam. "Keluar ke mana?"tanya dia blur. "Keluar la jalan-jalan. Jomlaaa."kata Hye Jun.

"Ehhh?"tanya Hyun Ae dan tanpa sempat dia membantah, Hyun Ji dah tarik tangan dia hingga ke tingkat bawah. Jaket di tangan Hye Jun dicapai dan dipakaikan ke Hyun Ae.

"Dah jangan cakap banyak, penat ni. Kau follow je kitorang buat jahat k. Bukan selalu pun, chill la."kata Hye Jun. Dengan muka penuh gaya rileks, mereka bertiga lepas keluar dari sekolah Hyun Ae dengan selamat.

"Sekarang nak pergi mana?"tanya Hyun Ae. Hyun Ji dan Hye Jun tergelak. "Kejap bagi kitorang 2 fikir dulu."

"Hisy, beria ajak keluar tapi nak pergi mana pun tak tau. Daebak."rungut Hyun Ae. Hyun Ji dan Hye Jun akhirnya dapat keputusan. "Kita pergi Mall, tengok wayang, makan and shopping. Kejap ehh call Mr Kim."kata Hye Jun.

~Home

Sampai ke malam diorang bertiga hang out, habis penuh bonet kereta dengan shopping bag. Perkara yang jarang sekali dibuat, bila sekali buat sampai maksimun tahapnya.

"I tidur dulu ye. Korang buat la ape yang korang nak. Yang penting jangan kacau aku. Bye, night."kata Hye Jun. Penuh tangan dia bawa beg shopping ke dalam bilik.

Hyun Ji awal-awal lagi duduk di depan tv layan Kdrama. Hyun Ae sahaja yang masih tercegat depan pintu. "Unnie, Hyun Ae keluar kejap eh."kata Hyun Ae dan terus keluar semula.

"Dah kenapa budak ni. Malam malam nak keluar. Ingat tak bahaya ke luar tu."rungut Hyun Ji. Hyun Ae yang sudah hilang bayang membuatkan dia runsing. Terus dia naik ke bilik Hye Jun.

"Jun,junnie. Yah Hye Jun!"jerit Hyun Ji. Hye Jun terus bukak pintu dengan towel di kepala dan di badan sekali.

"Asal kau ni? Jerit tak tentu pasal."marah Hye Jun. "Hyun Ae keluar tadi. Tak cakap pun nak pergi mana. So kau tolong sidai baju. Aku nak basuh baju."kata Hyun Ji.

"Sebab tu je kau jerit? Hisy, ye lah."kata Hye Jun. Semua mula buat kerja masing-masing. Tepat pukul 1 pagi, Hyun Ae balik dan semua dah tido.

"Alaaaa, semua dah tido. Hmm, tak pe la tido sorang-sorang la malam ni maksudnya."kata Hyun Ae.

The Park Sibling'sWhere stories live. Discover now