Chapter 16

13 5 0
                                    

"Seriousla Hyun Ae je yang dapat? Wow like seriously tak sangka pulak aku."kata Hye Jun. Reunion bersama Taehyung menyebabkan dia lupa semua yang perlu dihadapi. Hyun Ji hanya memandang kosong ke wajah excited Hye Jun.

"Jun yang kau excited sangat ni apesal? Kau tau kan kalau dia menang dia kena pergi mana? Jauh kut. Aku rasa macam tak boleh terima pulak."kata Hyun Ji. Dalam masa yang pantas,tangan Jun selamat mendarat ke atas peha Hyun Ji.

"Wei jangan jadi selfish boleh tak? Biarkan je la dia nak terima atau tak. Tak kan la seumur hidup dia asyik nak kena fikir kita dulu baru diri dia. Kalau macam tu baik tak payah hidup kalau dia asyik kena puaskan hati orang je. Ingat sikit Hyun Ji,ni impian dia,cita-cita dia jangan sekali pun kau pandang rendah dekat impian dia ni. Dan jangan kau jadi penghalang untuk dia capai kemahuan dia."kata Jun. Walaupun dia sendiri pun tahu yang keadaan akan berubah lepas ni, nak buat macam mana...terima je la.

Wajah Taehyung dipandang lama dan Taehyung hanya tersenyum kecil untuk menenangkan hati Jun. For the first time,the Park siblings akan berpecah dimulai dengan pemergian Hyun Ae. Selepas ini mungkin Hyun Ji pula,dan maybe Jun hanya stay di Korea. Syarikat papa mereka pun dah diletakkan di bawah jagaan Jun jadi kesimpulannya hanya Jun yang tidak boleh meneruskan cita-cita sebagai idol.

~ Airport

"Wow,aku tak sangka la aku dapat. Tak sanggup la pulak aku nak pergi wei."kata Hyun Ae. Matanya dah mula berair menandakan tak lama lagi banjir la satu airport. Hyun Ji hanya mendiamkan diri dan tidak bercakap apa-apa tentang Hyun Ae yang akan terbang ke German dari hari itu lagi.

"Tak payah kau nak buat drama dekat sini. Nanti kitorang pulak yang susah hati sebab kau nak fly ke sana. Kau dah bagitahu kawan-kawan kau yang lain ke tak? Kenapa tak ada seorang pun yang datang."kata Jun. Matanya meliar mencari orang yang boleh dikatakan sebagai 'kawan' Hyun Ae.

"Dah bagitahu dah,kalau tak datang lagi bagus. Tak de la meroyan nanti. Tapikan Jun,macam mana nak survive kat sana? Mesti ramai yang lagi professional dekat sana. Mampu ke Ae nak lawan diorang..."kata Hyun Ae. Tak payah tunggu dia luah pun, Jun dengan Hyun Ji dah tahu masalah yang dia hadapi.

University of Germany bukannya calang-calang universiti. Bukan semua yang ada bakat boleh masuk,tetapi semua yang ada bakat serta ada sahsiah akademik yang cemerlang sahaja akan dipertimbangkan oleh pihak Universiti. Apabila Hyun Ae diterima, seakan mimpi bagi dirinya sendiri kerana mampu menjejakkan kaki di tempat tersebut.

"Kau boleh la. Kalau kau boleh je reka dance untuk 2:48 time dance competition tu tak akan la kau tak boleh lawan diorang. Lagipun kau menang, so memang diorang nampak la yang kau ni setaraf dengan diorang ataupun kau ni boleh berlatih lagi untuk mengalahkan diorang yang lain dekat universiti tu. Trust yourself okay."kata Hyun Ji.

Baru sahaja flight untuk ke German di umumkan,ada seorang lelaki yang datang berlari pecut ke arah mereka. Jun terus memberi laluan kepada lelaki itu untuk berjumpa dengan Hyun Ae. Muka Hyun Ae tak payah cakap la time tu memang nampak sangat terkejutnya.

"Bambam! Kau datang?!"kata Hyun Ae. Matanya dah mula berkaca semula.... Bambam hanya tersengih dan terus memeluk Hyun Ae erat. "Kau serious ke nak pergi ni? Aku rasa macam aku tak bolehla terima yang kau kena pergi jauh macam ni..."kata Bambam perlahan.

"Alah,chill la. Tak jauh mana pun,nanti aku datang sini jugak. Kakak aku dengan adik aku ada dekat sini kut. So tak payah la kau nak sedih sangat."kata Hyun Ae. Bambam hanya tergelak. "Kau sorang je ke?"tanya Hyun Ae,seperti ada pengharapan untuk berjumpa dengan orang lain.

'Tipula kalau dia tak sedih kalau Jungkook tak datang. Walau macam mana pun, Jungkook still crush dia yang paling atas dan tiada orang lain..' Melihatkan Bambam mengangguk kepalanya,fahamla Hyun Ae bahawa Bambam hanya datang 'SEORANG' diri.

"Ae,nanti kau sampai sana call aku tau. Aku nak skype,aku nak kau tunjuk yang kau dah selamat sampai dalam dorm kau. Ingat kalau kau lambat je call aku, jangan tanya kenapa kalau kau kena buang dari Universiti tu."kata Jun. Hyun Ji pun turut serta menganggukkan kepalanya dan memandang wajah Hyun Ae tajam. Seakan memberi amaran yang serious.

"Jun,aku janji la. Tapi aku nak korang pun bagitahu perkembangan korang dekat sini. Jun kau banyak rahsia kan pasal boyfriend kau tu. Tau la handsome tapi agakla kalau tak bagitahu pun. Hyun Ji pun sama, nanti bagila tau Ae keputusan Hyun Ji nak sambung belajar dekat mana."kata Hyun Ae.

Jun dan Hyun Ji hanya gelak mendengarkan permintaan Ae. Mereka semua mula bersembang tentang perkara yang merepek, dan semestinya kepala merepek itu adalah Hyun Ji. Maknae kan...

"Attention to all Auro passenger..." waktu penerbangan Hyun Ae untuk ke German dah diumumkan. Perlahan-lahan Hyun Ae bangaun dan mengambil beg bagasinya. Hyun Ji dah mula bergenang air mata. Jun jangan kata la,habis dah menitik-nitik air mata dia. Emo sungguh le park sibling ni.

"Wei kau janji Hyun Ae,kau jaga diri dekat sana. Makan minum kau tu sentiasa teratur. Jangan nak fokus sangat dekat assignment kau sampai kesihatan kau terabai. Report setiap perkara yang berlaku tu dekat aku setiap 2 minggu. Kalau kau rasa tak boleh nak stay dekat sana ke ape ke,jangan risau aku akan tolong kau balik sini balik. Hyun Ae, kau yakin ke dengan keputusan kau ni... Nanti kalau aku tak jawab email kau itu hanya ada dua maksud sama ada aku dah tak ada ekat dunia ni lagi atau aku terlalu sibuk. Tapi aku akan sentiasa adakan masa untuk kau. Kalau aku dah tak ada nanti, aku nak kau berjaya capai impian kau tau..."kata Hyun Ji. Sedih sungguh dia bila adik kesayangan dia akan pergi jauh.

Hyun Ae sendiri menangis mendengar kata-kata Hyun Ji. "Kenapa kau cakap macam tu... Jangan la wei karang banjir tak ape lagi airport ni jangan ribut je. Aku janji akan belajar bersungguh-sungguh so nanti bila aku balik sini kau akan dapat tengok full sijil aku. Time tu kau mesti tunaikan permintaan aku."kata Hyun Ae. Dia tergelak sekejap. Kemudian terus berlaku aksi peluk sambil menangis di depan balai menunggu.

"Jun,jaga diri kau tu. Asyik menggatal je dah kenapa ni. Tapi aku tengok Taehyung kau tu not bad la. Handsome memang ada dan perangai dia better la dari sebelum ni yang papa pasangkan untuk kau. Janji dengan aku sebelum ape-ape hal kahwin dulu dengan dia baru la nak bermacam-macam ehhh."kata Hyun Ae.

Muka Jun merona merah.' Tak guna punya adik kau malukan aku depan orang ramai kat sini. Great! So great!'

"Aku tahula. Kau yang kena jaga diri, macam la aku tak tahu yang kau ni selalu cuai. Buat je yang terbaik nanti, kalau kau usaha mesti dapat punya so stay dengan semangat kau ni."kata Jun. Setelah 5 minit,selamat Hyun Ae berada dalam kapal terbang dan kakak serta adiknya hanya mampu melihat kapal terbang itu berlalu pergi. Hyun Ji hanya mampu mengeluh dan Jun hanya berharap dalam hati agar perjalanan adik dia selamat sentiasa.

The Park Sibling'sWhere stories live. Discover now