Yoongi gangster.
Jimin pencuri professional.
Yoongi jaga jimin.
Tapi satu hari diorang terpaksa 'bersara'
Tapi berlaku sesuatu yang memaksa jimin kembali ke jalan hitam.
Macam tu lah lebih kurang ~~
Jimin mendengus kasar apabila pintu biliknya dihempas buka. Kedengaran tapak kaki berjalan masuk tidak lama kemudian.
"Ireonna,jimin"
Jimin tak menghiraukan panggilan hyungnya itu. Sebaliknya selimut yang menyelubungi kepalanya digenggam lagi erat.
"Ireonna PARK JIMIN"
kali ini suara itu berkata makin tegas. Jimin cuba mengabaikan lagi namun kali ini selimut direntap dari pegangannya.
"Wae?" Tanya jimin malas. Matanya segan dibuka namun dia tahu lelaki itu sedang merenungnya. Tak ada jawapan dari lelaki yang berdiri di tepi katilnya itu. Apa yang jimin dapat adalah sebiji iphone yang dicampak ke atas dadanya.
Jimin membuka matanya,skrin iphone dipandang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Is this why you're not in your room last night?"
Jimin meletakkan iphone itu ke tepi. "Nope"
"Don't lie"
"Maybe."
"Jimin !!" Lelaki itu pandang jimin dengan mata tajam. Boleh tembus kepala jimin dengan pandangan dia tu.
"What? Its just a crown. They can make a new one." Kata jimin selamba. Matanya kembali dipejam.
Lelaki itu mengeluh. "Jimin,kita dah janji takkan buat semua ni dah."
Jimin masih buat tak layan.
"Mianhae,hyung yang buat jimin sampai jadi macam ni. Semua ni salah hyung" lelaki itu terduduk lemah di birai katil jimin.
Mata jimin pantas tercelik. Wajah sedih lelaki itu dipandang.
"yoongi hyung,hyung tak salah pun. You know who i really am. Its not your fault" jimin bangun duduk. Bahu yoongi dipeluk.
"Yes but I'm the one who trained you to be like this." Yoongi tunduk. Rasa kesal menyelubungi dirinya.
Semuanya bermula lebih kurang 6 tahun lepas. Yoongi salah sorang orang kuat kepada seorang ketua geng mafia yang sangat dikenali dalam kalangan orang2 yang berada dalam kancah gangsterism. Siapa saja yang tak kenal dengan muka pucat rambut hijau yang dapat dilihat dari jauh tu.Yoongi,walaupun badan kecik kurus keding,tapi hebat kalau berlawan. Boss yoongi memang sangat suka dengan dia. Siapa je yang yoongi tak mampu tumbangkan? Bagi je la dia lawan dengan siapa pun,konfem dia yang menang. Yoongi merupakan salah satu kebanggaan boss dia.
Jimin pulak,muda 2 tahun dari yoongi. keluarga yang kucar kacir buatkan jimin mula terlibat dengan jenayah sejak masuk sekolah menengah. Mula dengan ponteng sekolah,buli,sampai lah dia belajar seluk saku orang. Dan masa tu lah dia jumpa yoongi.
Yoongi berjalan sendirian di sekitar bandar. Hari ni boss dia ke luar negara,dan dia izinkan yoongi untuk tak ikut,saja nak bagi yoongi rehat kata dia.
Yoongi membetulkan topi yang menutup sebahagian mukanya. suasana ibu kota Seoul sibuk seperti selalu.
Langkah yoongi mula perlahan ketika dia melalui kawasan yang agak sesak dengan orang ramai. Dalam hati dah mula menyesal,kenapalah pilih jalan ni.
Tiba2 yoongi merasakan ada tangan yang menyeluk poket belakangnya. Pantas yoongi memandang ke belakang. Matanya bertemu dengan senyuman seorang remaja lelaki.
Go-ma-wo
Mulut remaja itu menyebut tanpa suara. Dia tersenyum sinis. namja itu menyelinap melalui orang ramai sebelum hilang bersama dompet yoongi.
tanpa membuang masa yoongi terus mengejar remaja dengan baju belang hitam putih itu. Langkahnya diatur bagaikan harimau menghendap mangsanya. Senyap dan tanpa disedari.
yoongi tersengih apabila melihat namja itu membelok ke satu lorong. Yoongi memang tahu sangat lorong2 dekat bandar ni. Dan lorong tu merupakan jalan mati. budak ni pun akan mati jugak lah nanti.
"Ini je mampu? Hah?"
Langkah yoongi terhenti mendengar tempikkan itu. Bunyi tumbukan dan hentaman badan ke tanah kedengaran sejurus kemudian.
"Aku janji akan cari lagi. Tolong la bagi aku barang tu balik!" Satu suara lain kedengaran merayu.
"Kalau kau nak barang tu,kau kena bawak duit yang cukup. Ingat ini loan ke boleh bayar sikit2?" Hilai tawa yang sangat menjengkelkan menyapa cuping telinga yoongi.
"Tolong lah itu je yang omma aku tinggalkan untuk aku ! Bagi lah !"
Yoongi tersentak mendengar perkataan omma yang dikatakan suara itu. perlahan2 dia keluar dari persembunyiannya,bertemu muka dengan 9 orang namja 30an yang sedang mengelilingi seorang remaja yang sudah terjelepuk di atas tanah kotor.
"Hoi" jerit yoongi. Salah seorang dari 9 orang namja itu memandangnya dengan muka tak puas hati.
"Kau nak apa?" Tanya lelaki itu kasar.
Yoongi sekadar tersenyum sinis. Dia berjalan tenang ke arah lelaki2 itu. remaja yang terjelepuk itu ditarik belakang collar bajunya supaya dia berdiri. "Aku nak dia" Jarinya dicucuk ke dahi remaja itu. "Dan duit aku" sambung yoongi sambil mengisyaratkan ke arah dompet di tangan lelaki itu.
"Kau siapa? Nak jadi hero? Huh?" lelaki itu memandang rakan2nya sambil memberi isyarat. Melihat isyarat itu,6 orang lelaki itu terus mara ke arah yoongi.
"Aku ingat boleh lah rehat,tapi kena kerja jugak rupanya." Gumam yoongi. remaja itu ditolak ke tepi. Salah seorang lelaki menghalakan tumbukan padunya pada yoongi,dengan senang yoongi menepis. Seorang lagi lelaki cuba menjerut lehernya dengan rantai besi ketika yoongi sibuk menangkis serangan. Yoongi terkapai2 mencari oksigen. Kakinya disadungkan pada kaki lelaki yang menjerutnya. Kedua2 mereka jatuh ke tanah. Topi yoongi juga tercabut dari kepalanya.
"Jamkanman !" Jerit sang ketua tiba2. Dan serentak itu pertarungan hebat itu terhenti.
Lelaki itu duduk melutut di lantai. "Mianhae,agust. Aku tak perasan kau tadi." Ujarnya sambil tertunduk. Anak2 buah lelaki itu mula berundur ke ketua mereka semula.
Yoongi mengesat sedikit darah yang terbit pada hujung bibirnya. "Sekarang blah sebelum aku bagitahu Ravi yang korang langgar kawasan dia."
Mencicit lelaki2 itu lari mendengar amaran yoongi. Yoongi berdecit lalu memandang ke arah remaja lelaki yang pengsan ditepi dinding lorong itu.