ch 3 - incident

846 64 5
                                    

"Hyung,boleh ke ni?"

"Boleh punya. Jangan risau"

Jimin melepaskan nafas berat. Suara yoongi bergema di sekitar nya. Blindfold yang terikat kemas di kepalanya menyebabkan pandangannya terbatas.

"Ready?"

Jimin mengangguk sambil telan air liur.

"Go"

Mendengar perkataan itu,jimin terus membuka kekuda.

~~~

"Adui !! Sakit la hyung. Pelan la sikit" jimin merengek sambil menjauhi yoongi.

"Sejak bila manja ni hah,meh sini" yoongi menarik lengan jimin agar namja itu kembali merapatinya. Jimin menyeringai kesakitan.

"Hyung ni memang saja nak bagi jimin sakit eh?" Tanya jimin. Muncungnya panjang sedepa.

"Kalau hyung nak bagi jimin sakit,hyung tak bagi deorang pakai katana,hyung bagi deorang pakai mechine-gun." Gurau yoongi sambil menyapu iodine pada luka di bahu jimin,membuatkan namja itu berdesit kepedihan.

"Ok siap."

Jimin melihat luka di bahunya yang kini sudah terbalut kemas. "Gomawo,hyung"

Yoongi sekadar senyum sambil bangun menyimpan kotak first aid.

"Uhm,,hyung.." Panggil jimin.

"Nae?"

"Dah lama ke hyung dalam kerja ni?" Jimin bertanya ragu2. Risau kalau2 yoongi marah dengan soalannya.

Masuk hari ni dah seminggu berlalu sejak yoongi bawak jimin jumpa dengan ravi,lelaki bertatu dekat kelab malam tu. Ravi merupakan ketua gangster dekat kawasan ni. Masa tu jugak jimin tahu yang seoul dibahagi kepada 3 kawasan,maksudnya ada 3 ketua kawasan. Tapi deorang belum lagi bagitahu jimin siapa lagi 2 orang ketua tu.

Sebab suga dah janji nak dapatkan rantai omma jimin,dia perlu bantuan ravi sebab ravi je yang ada kuasa untuk buat benda macam tu. Mintak barang dekat ahli geng lain bukan senang2. Ketua2 kawasan perlu berunding dulu.

Dan sebagai balasan untuk bantuan ravi tu,ravi nak jimin masuk dalam geng dia. Ravi nak jimin jadi pencuri professional untuk dia memandangkan badan jimin kecik,so senang nak menyelinap2. Jadi sejak hari tu jimin dengan yoongi pindah ke satu rumah milik yoongi dekat daegu. Dan latihan jimin pun bermula.

"Kenapa jimin tanya macam tu?" Soal yoongi sambil duduk di kerusi bertentangan dengan jimin. Matanya memandang tepat ke muka jimin,menyebabkan namja itu tak senang duduk.

"Er,,anii.. Hm,just...just curious..." Tergagap2 jimin menjawab.

"Curious sebab?"

Jimin telan liur. Marah ke hyung ni?

"Jimin" kata yoongi dengan warning tone.

"Sebab hyung baik." gumam jimin. Kepalanya tunduk. Tak berani menghadap yoongi.

Jimin kemudiannya mendengar yoongi ketawa kecil dengan tapak kaki berjalan menghampirinya. Seketika kemudian yoongi dah pun duduk kat sebelah jimin.

"jimin baru kenal hyung seminggu. Jangan anggap hyung baik." Ujar yoongi sambil menepuk bahu jimin yang tak cedera.

~~

-4 tahun kemudian-

jimin dah jadi orang fevret ravi sebab semua mission yang dia bagi kat jimin,semua berjaya. Dan jimin pun suka dengan kerja yang dia buat. dia tak perlu deal dengan gangster2 lain sebab semua benda yang dia kena curi adalah milik orang awam. Rupa2nya ravi ni peminat lukisan2 dan arca2 zaman Renaissance. Jadi dia selalu suruh jimin dapatkan benda2 tu untuk dia. Selain tu jimin jugak curi benda2 lain,emas,duit,apa2 lagi lah.

Hari ni jimin dan suga ditugaskan untuk escort orang2 ravi hantar dadah ke airport untuk diexport ke thailand.

Jimin yang duduk di sebelah yoongi yang sedang memandu menggelisah. Kejap2 dia pandang ke luar tingkap. Kejap2 dia main hujung baju dia.

"Gwenchanna?"

Jimin mengangguk mendengar pertanyaan yoongi. "Nervous"

"Jangan risau,jimin akan ok."

Perbualan mereka terhenti apabila kereta mereka dihentam dari belakang. Pantas brek ditekan. Yoongi mengubah cermin pandang belakang untuk melihat kereta yang melanggar mereka.

"Shit" gumam yoongi. "Jimin jangan keluar. Duduk dalam ni." Ujarnya sebelum keluar menuju ke belakang.

"Kau memang gila kalau kau fikir nak ambik barang ravi" yoongi memandang lelaki yang keluar dari kereta putih yang melanggar mereka.

Di belakang kereta itu,anak2 buah ravi yang lain dah bergelimpangan mati dibunuh. Kereta yang membawa peti besi tersadai di tepi jalan.

Lelaki itu tersenyum. "Persaingan tu akan wujud jugak,yoongi. Hm,kau nampak makin lemah sekarang."

Kening yoongi berkerut. "Apa maksud kau lemah hah? Kau tak ingat ke berapa kali aku hantar kau masuk wad? Atau hari ni pun kau nak masuk wad jugak,zico."

Zico ketawa. Yoongi mula tak sedap hati. Ketawa zico seolah2 macam ketawa kemenangan.

"Hyung !"

Kepala yoongi terus terpusing ke belakang mendengar jeritan jimin. Riak wajah terkejut memang tak dapat dikawal melihat situasi jimin.

Jimin dipegang erat oleh seorang lelaki,anak buah zico agaknya.  Di leher jimin terletak elok sebilah pisau yang boleh putuskan salur nafas jimin bila2 masa je. Sebilah pisau lagi diletak di lengan jimin

Click !

Yoongi dapat rasa muncung pistol ditekap ke belakang kepalanya.

"Lain kali,jangan bawak kelemahan datang mission." Ujar zico dengan nada mengejek.

"Kau main kotor" yoongi menggenggam penumbuknya.

"Who cares? Sekarang bagi aku combination code peti besi tu. Atau aku hantar adik kau ke neraka"

Yoongi diam tak menjawab. Beberapa saat berlalu,zico mula hilang sabar.

"Mungkin kau perlukan sesuatu untuk bagi otak kau jalan cepat sikit?" Kata zico sambil memandang anak buahnya. Satu isyarat mata diberikan pada lelaki itu.

Melihat isyarat itu,tanpa ragu2 lelaki itu menekan pisau di lengan jimin sebelum menariknya ke belakang.

Jimin menjerit kesakitan. Dia jatuh melutut. Darah yang keluar membuak2 hanya mampu dipandang.

"Jimin !!!" Yoongi menjerit cemas. Dia cuba menerpa ke arah lelaki itu namun zico memegangnya kejap.

"No,no,no. Code tu dulu,yoongi"

Yoongi masih tak mahu beri kerjasama.

"Lagi" ujar zico tiba2.

Lagi? Apa yang lagi?

Pisau di leher jimin ditekan hingga kelihatan darah mengalir perlahan2 menuruni leher lelaki itu. Kening jimin berkerut menahan kepedihan.

Dan tidak semena2,situasi yoongi berubah. Dia berpusing ke belakang dengan pantas lalu merampas pistol zico. Zico pula dipegang kemas. Tanpa sebarang kata,peluru dilepaskan pada anak buah zico,tepat mengenai kepala lelaki itu. Zico ternganga melihat tubuh anak buahnya menghentam bumi.

"Kau silap sebab dah kacau adik aku" gumam yoongi. Namun belum sempat yoongi buat apa2,zico menyiku perutnya. Yoongi terundur ke belakang menahan senak.

Zico pula sempat berlari ke keretanya. Enjin dihidupkan dan dia terus meluru ke arah yoongi.

"Yoongi hyung !!!!!"

Jeritan jimin bergema sebelum yoongi merasakan badannya melayang dihentam.

Protect (BTS YOONMIN)Where stories live. Discover now