Nadia Akira
Selepas dari kejadian hatinya bagai dipukau dengan senyuman Nadjmi kelmarin aku terus pulang ke rumah tanpa menghiraukan Nadjmi di belakang memanggil manggil namanya. Aku tahu tiada salahnya Nadjmi tapi sebab aku. Aku yang dah tutup hati aku. Aku rasa belum masanya untuk aku buka hati aku lagi. Belum masanya..
Aku mengeleng perlahan untuk mengusir ingatan tentang hati aku yang bagai terkena renjatan elektrik dan kejadian 12 tahun lalu. Sejak dari kejadian itu aku mula bersikap dingin kembali dengan Nadjmi.
Aku termangu sendiri sambil mata tidak lepas dari memandang Prof.Abibah di depan. Mata saja memandang tetapi fikiran melayang tah kemana. Sedar tak sedar kelas sudah tamat untuk tengah hari ni. Memandangkan kelas petang ini dibatalkan dapat la dia pulang ke rumah awal hari ni.
"Babe! Kau kenapa? Lately ni asyik termenung je.. putus cinta ke?" Sapa Izzati memandang aku disebelah dengan tanda tanya.
"Kalau kau ckp aku asyik termenung tu mungkin yer tapi kalau kau cakap aku putus cinta.. bilanya aku bercinta?" Aku menjeling sekilas ke arah Zaty.
"Alaa kau ni tanya pun nak marah.. mana tahu kau ni bukan boleh caya tetiba dah ada buah hati.. korek korek baru tahu tu pun dah setahun selepas tu err" balas Zaty pedas
Aku hanya mampu ketawa kecil melihat reaksi tidak puas hati Zaty terhadap aku. "Takde apa apa la aku okay je"
Sebenarnya dari tadi aku mendengar orang berdehem di belakang kami pada mulanya malas nak ambil tahu tapi makin kerap pula dia berdehem..
Serentak kami menoleh ke belakang dan mendapati Khairyl Nadjmi yang berdehem dari tadi sepanjang kami berdua berjalan.
Aku mengecilkan mata memandang ke arah Nadjmi. "Kau rupanya. What do you want Mr. Nadjmi?" Aku memandang tajam kearah Nadjmi.
Zaty yang berada di sebelah aku hanya mampu berdiam diri dan memandang aku dan Nadjmi. Zaty sudah masak dengan perangai angin monsun aku lagi lagi bila berhadapan dengan lelaki.
"Saya nak cakap dengan awak Cik Nadia. Boleh kan?"
"Kalau aku cakap tak bole? Kau nak buat apa?"
Nadjmi tersenyum sebelum menjawab pertanyaan Nadia. Selangkah demi selangkah dia mengambil untuk mendekati Nadia yang bagai batu tegak berdiri dihadapannya. Nadjmi berdiri betul betul dihadapan Nadia terpaksa la dia mendongakkan kepala untuk melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu membongkok sedikit dan berbisik
"Saya akan kejar awak sampai hujung dunia Nadia Akira" selepas itu dia terus berlalu dengan senyuman dan membuatkan Nadia sekali lagi kaku dan tak bernafas.
Zaty yang melihat adegan kami berdua juga terpaku. Bukan apa sudah lama dia tidak melihat adegan sebegitu walaupun biasa nampak di tv dan bole di katakan klise tapi kalau melibatkan Nadia Akira itu luar biasa..
Tiba tiba Amira dan Fiza terjah dari mana terus menerpa ke arah kami membuatkan aku dan Zaty tersentak dan kembali ke realiti.
"Eh korang buat apa lagi kat sini? Penat kitaorg cari tau. Termenung pula.""Ehhh tengah jalan la ni aduhai lambat sikit je pun bising dahh" balas Zaty membela diri dan aku hanya diam menenangkan hati yang masih laju seperti mahu terkeluar gamaknya. Apalah yang kau dah buat dekat aku ni Nadjmi..
Amira bercadang untuk lepak di Cafe memandangkan kelas waktu petang dibatalkan jadi bolehlah kami meluangkan masa bersama.
Kami duduk disebuah meja panjang di cafe pada mulanya hairan tapi bila nampak kelibat Aidil dan gengnya barulah aku tahu sebabnya. Aidil merangkap sebagai kekasih Amira yang sejak sekolah lagi sudah bersulam kasih dan sampai ke kolej mereka tetap bersama. Aidil yang dulu pemalas berubah sekelip mata dan berminat untuk belajar bersama sama mencapai kejayaan. Erm kuasa cinta.
Aidil duduk di sebelah Amira manakala Syafiq dan Amri duduk di kerusi kerusi yang kosong dan salah satunya di sebelah aku.
"Hi pretty Nadia. Lama tak nampak you." Sapa Amri disebelah.
Aku memandang dari ekor mata sebelum menjawab "Lagi aman rasanya dunia aku tak nampak kau."
"Wuu nampaknya kawan aku ni kena reject lagi gayanya.. sabarlah kawan bunga bukan sekuntum." Aidil ketawa besar mengenakan sahabat baiknya. Bukan dia tak tahu Nadia memang tidak berminat pada yang bernama lelaki.
"Memang bunga bukan sekuntum tapi bunga yang ini satu dalam sejuta" Amri membalas kata kata teman baiknya tapi matanya tidak lepas memandang Nadia.
Ya dia sudah lama terpikat dengan Nadia cuma Nadia saja yang tidak sudi dan membuat tuli .Nadia yang malas hendak mendengar kata kata sindiran daripada mereka segera bangun.
Sebelum berlalu Nadia berkata
"Hati tak mahu lagikan sudi" pedas padat dan cukup tajam Nadia membalasnya.Mereka yang masih dimeja terus membisu. Selepas Nadia beredar Amira terus membuka suara.
"Haih kauorang ni suka sangat kacau dia tahu kan dia tak suka? Bie pun sama eh? " Aidil yang baru hendak ketawa terdiam semula apabila buah hatinya turut memarahinya.-------
Aku berjalan melepasi blok A dan terus menuju ke sebuah tempat di dalam kolej juga terdapat garden dan tasik. Pelajar seperti aku akan meluangkan masa disini sementara menunggu kelas yang seterusnya atau saja melepak. Kadang kala cafe penuh jadi inilah destinasi kedua kami. Aku duduk di sebuah bangku panjang dan bersandar memandang langit. Cuaca hari ini agak redup tidak terlalu panas. Angin juga sepoi sepoi lagi menenangkan aku disini.
Hati aku berperang dgn fikiran aku sendiri. Aku serabut. Kejadian 12 tahun itu kembali berputar dalam ingatan. Aku mengeluh sendiri.
Aku termenung tidak sedar kehadiran sesiapa yang lalu lalang atau duduk di sebelahnya.
"Termenung jauh tu ingat saya ke ?" Suara misteri menyapa gegendang telinga Nadia. Dengan rasa terkejut dan secara drastik tanpa ada tanda amaran Nadia terus menumbuk si lelaki misteri itu.
Lelaki itu tertunduk dan mengaduh tak henti henti. Aku yang masih tergamam dengan tindakan drastik tadi terus gelabah melihat keadaan si dia sebegitu. Nadia memerhatikan lelaki tersebut dari belakang dan lelaki itu pusing smbil memegang pipinya yang sudah biru ditumbuk olehnya.
--------/--------
Hi readers semua? Haha apa khabar😂 wahh peramah betul aku ni. Sorry la lambat update. Bukan saja saja tapi entahlah mood tu kadang kadang ada kadang takde. Haa maklum la bukan pernah buat penulisan pastu sampai 8K view 😅 haaa tahu takde la smpi ribu ribu tapi aku rasa terharu la ada juga yang nak baca watpad aku yang tak seberapa ni. So thank you sangat sangat yang vote. Yang baca. Yang letak dalam reading list korang haa. Thank youuuuuu💓🌹😘
YOU ARE READING
Hey Mrs.Grumpy!
RomanceKorang baca laa aku tak tahu acane nk cerita sinopsisnya sebab aku cerita mengikut kepala otak jeee. Btw citer ni akan ade unsur unsur 18sx. Tapi lama lagi kejadian tu. Dalam perancangan lagi so stay tuned👌🏻