Khairyl Nadjmi
Nadia gigit bibir dan pada masa yang sama tergamam kerana lelaki yang ditumbuk tadi ialah Nadjmi tetapi cepat cepat saja dia mengawal riak mukanya.
Nadia memerhatikan saja dengan mata yang terkebil kebil memandang Nadjmi.Nadjmi tengok Nadia dengan kening terangkat sebelah. "You have nothing to say hm?"
"Sorry" Nadia berkata tanpa memandang mata hazel Nadjmi.
Tiba tiba Nadia menarik lengan baju Nadjmi untuk duduk dibangku yang berdekatan di situ."Tunggu sini" dengan muka yang tiada perasaan dan tanpa menunggu jawapan Nadjmi , Nadia pun berlalu.
Nadjmi yang sedang sakit akibat ditumbuk tadi masih terasa kebas. Kuat juga penangan Nadia ni tangan macam besi. Nadjmi menekan nekan sakit di pipinya.
5 minit berlalu barulah Nadia muncul dengan ditangannya sebuah plastik yang berisi ais. Nadjmi sudah tersenyum kambing. Nadia mendekati Nadjmi dan tanpa segan silu duduk disebelah Nadjmi.
"Nah ais untuk kau." Suara yang mendatar tanpa memandang muka Nadjmi , Nadia menghulur. Plastik ais bertukar tangan.
"Thank you tapi macam mana saya nak letak ais ni kat muka?"
"Kau tonyoh jelah plastik tu kat muka kau. Tu pun susah ke?"
"Memang la tak susah tapi tetiba orang tu yang tumbuk patutnya dia la yang kena rawat sakit saya ni. Betul tak cik Nadia?"
Nadia menrengus apabila Nadjmi berkata sedemikian. Tanpa bantahan Nadia mencapai plastik yang berisi ais tu. Ditonyoh plastik tu ke muka Nadjmi. Nadjmi menjerit.
"Aghh Nadiaaaaa.. sakit la. Awak ni buat la lemah lembut dalah sejuk benda ni."
"Padan muka. Kena tumbuk sikit dah gembeng." Tahu aku tumbuk sampai gigi kau berterabur pun takpe tu baru aku consider nak lembut lembut.
Nadjmi memegang lembut pipinya yang makin sakit akibat ditonyoh dengan kuat. Macam jantan Nadia ni.
Nadia menarik beg sandang anellonya. Dia mengeluarkan sehelai kain mungkin sapu tngannya. Tanpa menunggu Nadia mengambil seketul ais dan membalut ais itu dan diserahkan kepadaku. Aku terkebil kebil apabila Nadia menyerahkan sapu tangannya yang sudah dibalut dengan ais. Tanpa soal aku mengambilnya.
"Kurang sikit sejuk kalau letak dalam kain." Nadia memecahkn suasana dan seraya itu dia bangun dan memakai beg sandangnya. Aku yang melihat Nadia bangun terus mengajukan soalan.
"Awak nak pergi mana tu?"
"Balik"
"Tapi saya.." belum sempat aku ingin bercakap Nadia bersuara lagi.
"From now on stop following me or disturb me. Aku tak selesa. Bukan kau je include semua lelaki. Aku harap kau faham." Nadia yang baru ingin melangkah aku menghalang.
Aku tersenyum seperti tidak terkesan dengan kata katanya tadi.
"Satu perkara yang awak kena tahu Nadia saya takkan pernah berhenti mengejar awak."Nadia tetap ingin berjalan melepasi aku dan riak mukanya seperti tidak terkesan dengan apa apa yang aku katakan tadi. Akhirnya aku mengalah.
Tapi langkah Nadia terhenti tanpa menoleh dia berkata " Lebam kau tu tuam je dengan air batu lebih mujarab pakai kain aku sebab.." dia terhenti aku masih menunggu. Dapat melihat dari tepi walaupun dia tidak memandang kearah aku, aku dapat lihat dia sedang tersenyum
"sebab ada hingus aku melekat kat situ" dan dia terus berlalu.Aku tergamam dan selepas Nadia beredar barulah dia tersedar Nadia mengenanya. Pandai juga Mrs Grumpy aku ni buat lawak. Aku menuam ais batu ke arah lebamku. Isk.. padu juga kena tumbuk dengan dia.
-----------
Aku pulang ke rumah sekitar pukul 5 petang tadi sekarang sudah pukul 7 dah nak masuk waktu maghrib. Aku bersiap siap untuk menunaikan kewajiban aku sebagai seorang muslim. Seusai aku solat Shahril sudah setia menunggu dia muka pintu bilik. Ni tak lain tak bukan mesti ajak aku gi makan.
"Mi.. jum gi makan. Lapar dokk" Shahril yang sedang tersenyum sumbing kepada aku. Aku endahkan. Tiba tiba aku dekatinya dengan wajah yang serius.
"Kau ni jantan! Asyik nak makan je kerjanyaa yer! Penat aku layan kau Nyah! Tak kuasa mak. Gi siap sana!"
Shahril yang tergamam dengan tindakan aku yang seakan Nyah tadi terus ternganga dan membuatkan seisi yang di dalam rumah turut ketawa dengan kuat. Biasa la rumah bujang. Tak sah kalau takda sesi menyakat.
Aku dan Shahril menaiki motor yang sama manakala temanku yang lain juga begitu. Kami berhenti di sebuah restoran yang paling dekat dengan perumahan kami.
Aku duduk di sebuah meja berserta rakan rakan rumahku juga duduk di meja yang sama. Seperti biasa di kedai akan ada yang mengambil pesanan makanan. Tak lama selepas itu makanan juga sampai.
Mulanya semua baik baik saja. Tapi aku dikejutkan dengan suara yang aku sudah lama tidak mendengarnya. Aku cukup kenal dengan suaranya.
Perlahan lahan aku toleh ke arah empunya suara. Betul telahan aku.--------/-------
Jeng jeng!!! Haaa siapa gaknya ek? Korang agak agak bole teka ke? Im pretty sure korang bole teka punya la hahaha😂 and im too bad dalam bab penulisan ni sorry sangat sangat. Yelah orang buat cerita dalam wattpad ni aku pun nk buat juga pastu ni la jadinya tah pape je😅
Thank you yang sudi baca tu. Yang like pun thank you sangat sangat. Bukan nak like beribu ribu pun cuma bila org like bermakna orang suka so kat situ aku rasa terharu la juga. Okay kita tunggu next chapter pula yer? Byeee💓
YOU ARE READING
Hey Mrs.Grumpy!
RomanceKorang baca laa aku tak tahu acane nk cerita sinopsisnya sebab aku cerita mengikut kepala otak jeee. Btw citer ni akan ade unsur unsur 18sx. Tapi lama lagi kejadian tu. Dalam perancangan lagi so stay tuned👌🏻