Kisah 9 tahun yang lalu...

18 0 0
                                    

Kenapa....aku asyik terdengar bunyi siren ambulans dan....bunyi ramai orang disekeliling aku?

Apa yang dah terjadi ni?

Kenapa aku susah sangat nak bernafas ni?

Kenapa jantung aku sakit sangat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Abang?Bangunlah....janganlah tinggalkan saya..."

Kedengaran tangisan adiknya Konomi yang menangis teresak-esak membuatkan dia kaku.Dia berasa keliru...

Kenapa konomi menangis?

Dengan keadaan yang lemah,Azuma membuat keputusan untuk membuka matanya dengan perlahan lahan.

Alangkah terkejutnya Azuma apabila melihat adiknya sedang menangis teresak-esak disebelahnya sambil memegang erat tangannya.

"Konomi....'

Suara Azuma yang lemah telah membuatkan Konomi berhenti menangis.Apabila dia melihat abangnya yang sudah sedar itu,Konomi lantas memeluk abang kembarnya itu dengan erat sekali.

" Syukur.....abang dah bangun!"

Mendengar suara adiknya yang kelihatan gembira itu telah membuatkan hati Azuma berasa tenang seketika,Azuma tidak suka jika adiknya menangis kerana dia.

Beberapa minit kemudian,seorang doktor masuk ke bilik Azuma sambil menuju ke arahnya.

"Hai,Azuma." Doktor itu senyum ke arah Azuma.

"Ha...hai,doktor." Jawab Azuma sambil menepuk-nepuk belakang adiknya yang masih memeluknya dengan lembut.

"Macam mana dengan jantung kamu? Masih sakit ke?"

"Mmm...tidak rasanya.."

"Baguslah kalau begitu. Esok kamu sudah boleh keluar.Esok makcik kamu akan datang jemput kamu Dan adik kamu."

"Baiklah."

Selepas berbincang dengan Azuma,doktor itu berlalu pergi .

Konomi yang masih memeluk Azuma tadi melepaskan pelukan itu lalu duduk di kerusi sebelah katil Azuma.Dia tahu sudah semestinya Azuma yang masih lemah itu bertambah sakit jika dipeluk lama-lama.

"Tak sabarnya nak balik rumah dengan abang. Hehehe"

Senyuman lebar Konomi membuatkan Azuma bersalah sebentar kerana jantungnya yang kadang-kadang sakit itu masih belum sembuh. Tetapi dia tidak akan berputus asa melawannya selagi dia masih dapat membuatkan adiknya ceria sentiasa.

Keesokan harinya, makcik Azuma yang bernama Irin menjemput Azuma dan Konomi di hospital.

"Azuma!!!!!Akhirnya kamu dah sedarrr!"

Irin memeluk Azuma yang masih menolong adiknya mengangkat begnya dengan erat.Suara Irin yang begitu kuat itu juga telah membuatkan orang disekeliling berasa hairan. Sesetengah daripada mereka ketawa melihat tindakan Irin itu,termasuklah juga Konomi.

"Adeh..adehdededededehhh.!..Makcik Irin sakitlah."

"Oops!Heheheh maafkan makcik yer.Makcik gembira betul bila tengok kamu dah pulih."

"Hmmm...xpe."

Azuma senyum melihat makciknya yang begitu risau tentangnya.

Selepas meletakkan beg-beg ke dalam bonet, mereka kemudiannya masuk ke dalam kereta.

"Sebelum kita balik ke rumah.Kita pergi ziarah kubur ibu bapa kamu dulu ya?"

Kata-kata Irin membuatkan Azuma kaku...

Dia pun terus bertanya kepada Irin.

"Bila masa pula.....ibu dan ayah meninggal ni..."

Irin terdiam.

Dia tidak tahu bagaimana dia mahu menerangkan perkara yang telah berlaku.

Akhirnya,Konomi pun bersuara.

"Ibu dan ayah mati masa kemalangan jalan raya seminggu yang lalu.."

Jawapan Konomi itu membuatkan Azuma teringat kejadian tersebut.

Ketika Azuma dan ibu bapanya dalam perjalanan ingin mengambil adiknya di rumah makcik Irin,tiba-tiba jatuh sebiji batu yang besar pada cermin bahagian hadapan kereta. Akhirnya, kereta mereka pun terlanggar pada sebatang pokok besar.

Sampai sahaja mereka di tanah perkuburan,mereka terus menjenguk kubur kedua dua ibu bapa mereka.Sebelum mereka berlalu pergi, Irin sempat membuat perjanjian kepada kakaknya.

"Kakak,saya janji akan jagakan anak kakak dengan baik"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
To be continued....

Vote OK?
Love you😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

gomen'nasaiWhere stories live. Discover now