Sabtu, hari yang sama.
12:55 tengah hari, kafe.
That awkward moment though.
Satu meja; satu wanita; empat lelaki.
Mata Raif pandang Syahirah, mata Syahirah pandang Hannara, mata Hannara pandang skrin telefon. Pfft.
Amin dan Irsyad; memandang satu sama lain dalam kekekokan itu.
"So Sya... Em, kau betul-betul tak... bercinta lepas kita-"
"Tak. Aku dah cakap tadi kan? Kau pun, kan?" Syahirah menjawab dalam menahan geram. Geram kerana dia tahu- topik itu akan buatkan Hannara tak senang.
Ah tapi. Hannara saat ini, sungguh buat-buat seperti dia tak kisah. Atau lagi tepat; seakan mereka tak pernah kenal pun!
"Em. Hahahaha seriuslah weh. Macam tak percaya aje orang lawa macam kau-"
"Eleh kau pun. Hensem but single- bukan lebih kurang aje ke dengan aku?" Ah, Syahirah terlayan. Pernah bercinta dengan Raif buat dia sangat selesa dengan lelaki itu.
"Hmm, alah. Takkan kau tak tahu kenapa aku still single?"
"Kenapa?"
"Ehem okey. Kau bagitahu dulu, kau tu kenapa single?"
"Well, aku-"
"Min, Syad. Jom balik." Hannara bangun- dan bersuara akhirnya. Keruh dimukanya sudah tak mampu ditahan lagi.
"Err, Nara-"
"Kita buat semak ajelah kat sini! Aku buat semak aje. Baik kita balik."
Hannara malas mahu menunggu. Cukup ini sebagai bukti. Bukti yang sampai bila-bila pun dia takkan memiliki hati gadis itu. "Hanya cinta monyet"nya itu.
Apa guna memaksa? Cinta tak boleh dipaksa. Dia akan melepaskan; asal si gadis itu bahagia.
Ah Hannara. Dah 14 tahun kot dia tak sedar kewujudan kau. Apa bezanya untuk ditolak kali ini bukan?
Antara si bekas kekasih yang pernah disayang; yang menjadi punca bahagia selama ini, dan si senior yang tak pernah dikenal datang mengaku sudah lama memendam rasa.
Tak perlu tanya, semua orang pun tahu jawapannya.
YOU ARE READING
Hanya Cinta Monyet
Short Story→short story← ❝It's not that I can help it but to fall in love with you again and again.❞ Saat lelaki kerek bernama Hannara cuba dijodohkan dengan perempuan independent bernama Syahirah, yang hidupnya tidak pernah mahu kisahkan lelaki dan hanya foku...