3

585 25 5
                                    



"Thank you for the treat and thank you for being such a good student tonight." Eleeah Rafeea tersenyum, menampakkan lesung pipit pada kedua belah pipinya. Danial Hadif turut tersenyum. "Anything for you, Leah! Ni, aku nak tanya something boleh tak?" Danial Hadif menggosok kedua belah tangannya, seperti orang hendak melakukan hajat sahaja.

Eleeah Rafeea mengangkat keningnya. "Kau tahu kan aku ni jenis setia sikit dalam relationship?" soal Danial Hadif. Eleeah Rafeea menganggukkan kepalanya, sedia maklum dengan hakikat bahawa lelaki itu sememangnya seorang yang setia.

"Okay. Kau rasa aku ni boleh di terima tak?" soalnya lagi. Eleeah Rafeea memandang wajah sahabatnya itu. Bukan sehari dua dia kenal dengan Danial Hadif tapi belasan tahun.

"Okay, aku faham sangat padangan tu. Aku straight to the point. Aku suka someone ni... dia tak tahu pun aku suka dia." Danial Hadif memandang wajah Eleeah Rafeea yang seperti kaget itu.

'Siapa? Aku kah orang yang kau suka Hadif?' soal hati Eleeah Rafeea. Lamunannya terhenti apabila Danial Hadif melambaikan tangannya di hadapan wajah Eleeah Rafeea.

"Aku tak suka orang yang beat around the bushes. You know that, kan? Um, siapa perempuan tu?" soal Eleeah Rafeea dengan hati yang berat. Hatinya berdegup kencang menanti jawapan dari Danial Hadif.

"Yasmine Safwa, your cousin punya cousin. Ala, budak hot kelas 5 C tu.........." Danial Hadif menggoncang tangan Eleeah Rafeea yang sah terkejut beruk mendengar nama itu.

Eleeah Rafeea terpaku. Yasmine Safwa?! Perempuan itu memang terkenal dengan gosip hangat di sekolah, seorang yang sangat cantik namun tidak digemari ramai. Entah kenapa Danial Hadif memilih gadis itu sedangkan ramai lagi perempuan yang lagi elok di luar sana. Aku mungkin? Kata hati Eleeah Rafeea.

"Safwa tu.. Um, okay. So?" soal Eleeah Rafeea cuba mengawal gelora di jiwa. Entah kenapa dia mempunyai perasaan sebegini, seolah-olah tidak senang dengan apa yang telah disampaikan oleh Danial Hadif sebentar tadi.

Danial Hadif menepuk dahinya. Sungguh! Eleeah Rafeea Tan Sri Eskander Khan ini tiada perasaan langsung! Langsung tidak ambil peduli, seolah-olah tidak berminat dengan ceritanya.

Apalah motif dia berkawan baik dengan seorang perempuan kalau respons nya hanya begitu?

"Eleeah Rafeea! Serious boleh?" Danial Hadif mengecilkan matanya, berpura-pura marah dengan sahabat karibnya itu. Eleeah Rafeea berlagak selamba, "I am being serious." Jawabnya.

"Be interested sikit ke, apa ke......... just positive reactions?" Danial Hadif memandang Eleeah Rafeea dengan wajah penuh harapan. Tidak sampai hati Eleeah Rafeea untuk membuat Danial Hadif sedih atau berkecil hati.

"Okay, fine. Bagi aku lah, personally, dia okay. Baik jugaklah despite the fact that she is quite um.. you know.. social?" Eleeah Rafeea mengigit bibirnya, takut takut jika ada yang dikatanya bakal mengguris hati Danial Hadif. Ya lah, Danial Hadif nampak sahaja gagah pada luaran, namun hatinya mudah tersentuh. Sensitif!

"Selain benda yang aku, dan semua orang tahu? Kau sengaja kan...?" soalnya lagi dengan telinga yang kemerahan.

Itu membuatkan jiwa Eleeah Rafeea lemah, apabila melihat sahabat karibnya Danial Hadif sudah ada ura-ura mahu merajuk.

'Hadif.. Hadif, kenapalah kau suka dia sedangkan kau tahu dia bukan calon yang sesuai?' bentak hati Eleeah Rafeea.

__________________________________________________________________

*will update more later since i am quite busy lately.

thank you  everyone for reading! don't forget to 'Favorite' each chapter :p haha

and oh Salam Ramadhan al Mubarak to everyone who is celebrating it.

May you all be blessed by the Almighty. Aamiin!

Kau Yang SatuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang