"Wei,kau tak telefon mak kau ke?" Lamunan Rania tersentak seketika . "Hmm..Dah..mak aku kata boleh..tapi ada syarat." Rania yang tadi termenung menongkat dagu menoleh ke rakannya. "Syarat?Syarat apa pulak?" Tanya Marsya hairan. Mereka telah merangcang untuk pergi Hiking pada Sabtu ni. "Alah,biasalah.." Marsya yang faham akan ayat itu memuncuncungkan mulutnya berbentuk 'O'
----------------------------
Pada hari yang ditunggu2 Rania dan Marsya bersemangat untuk menuju ke bukit yang hendak didaki . "Wei,Tadi masa aku makan kat cafe tempat kerja aku tu ,ada sorang mamat ni tegur aku..perrgh..handsome we..." Rania yang sedang memandu dengan tekun tidak mengendahkan kata2 kawannya ."Weh,kau dengar tak ni??" Marsya tidak puas hati kerana ceritanya itu tidak mendapat sambutan,"Dengarlah..alah kau tu semua mamat yang tegur pun kata handsome.. Muka pecah rumah tegur kau pun kau dah cair..Hahah" Kata Rania seraya ketawa kecil. Marsya hanya memuncungkan bibirnya "Ish kau ni kalau bab kutuk lelaki nombor satu kan?" Kata Marsya sambil membulatkan mata. 'Kurang asam punya kawan!huh,nasib sayang.' Perjalanan mereka kembali sunyi..Hanya kedengaran lagu2 dicorong radio .
