Bab 5

233 12 0
                                    

Lebih kurang 30 minit aku duduk di dalam toilet untuk memenangkan diri. Rasanya Aunty Maira pun dah balik kot. Aku berjalan keluar sambil meninjau ke luar, ada beberapa orang pelanggan yang sedang sibuk memilih baju pengantin dan koleksi baju yang lain. Tiada bayangan Aunty Maira di situ. Huuuh! selamat.

Zap! ada orang tarik tangan aku. Separuh menjerit aku dibuatnya tapi mulutku ditutup. Ya Allah aku nak kena bunuh ke ni?

"Hhuusshh diam Sya,  saya takkan apa apa kan awak. Jangan risau". 

Suara ni macam aku kenal je. Jantung aku berdegup kencang. Aku buka mata untuk melihat siapa pemilik suara itu. Aku lihat sekeliling, dalam bilik persalinan rupanya. 

"Sya, saya rindu awak. Saya rindu awak sangat sangat. Boleh tak kita macam dulu balik? Saya dah puas cari awak, rupanya awak pergi belajar. Lama saya tunggu saat ni. Awak.." - Harith 

"Dah la Harith, kita takde apa apa pun. Langsung takde apa apa. Pasal kita dah lama sangat dah berlalu, dah  berakhir dah pun. Cerita tu 4 tahun lepas dah berakhir. Punca? awak punca. Saya ada banyak kerja ni. Boleh lepaskan saya tak?". Ya Allah aku tak kuat, nak menangis! Tolonglah jangan menangis dekat sini. Harith rampas phone yang berada di tanganku. 

"Awak nak buat apa ni?"

"Ni nombor saya, saya akan contact awak nanti. Saya pergi dulu. Bye assalamualaikum." Harith berlalu keluar dari bilik itu, aku terduduk lalu menangis, ya allah aku sangat tak kuat. 

*************

RUMAH

Sampai sahaja di rumah, aku menghempaskan diri ke atas katil. Situasi tadi berapa dalam bayangan. tuk tuk! "Boleh mama masuk?". aku mengangguk sepi. "Macam mana kerja kak? okay ke?" - mama

"Okay je ma. Tapi penat sikit sebab nak layan karenah customer kan? "

"Ohh, Sya okay ke? tadi Aunty Ain call, dia kata dia nampak Sya macam baru lepas nangis. Dia suruh mama tanya sebab dia takut Sya stress kerja dengan dia." - mama

"Takde la ma, tah tah peluh sya ke apa ke kan? hahah mama cakap dengan Aunty Ain, Sya tak pape okay je. Seronok apa kerja dekat situ". Aduh terkantoi pulak yang aku ni cengeng. huhu. "Okaylah kalau sya cakap macam tu nanti mama cakap dekat Aunty Ain ye".

Aku sedang sibuk menggosok baju untuk di pakai esok, bunyi notification whatsapp masuk. 'Aduh siapa pulak memalam buta ws aku ni?'

Assalamualaikum Sya, ni saya Harith. Mula-mula sekali saya nak minta maaf atas apa yang dah berlaku 4 tahun lepas. Saya tahu saya salah, saya punca benda ni berlaku. Dulu saya tak matang lagi, saya fikir benda tu bukan benda yang serious, tapi saya tahu awak anggap benda ni serious. Saya tahu awak sayang saya tulus ikhlas, dan saya harap awak masih lagi sayangkan saya, mungkin? Saya tak harap apa apa pun dari awak. Tapi saya cuma nak bagitahu yang saya masih sayangkan awak dan sekiranya ada ruang untuk saya kembali, saya akan tunggu. - Harith

Aku memandang sepi kiriman WS itu. 'Maaf Harith, saya tak sanggup terluka buat kali kedua', jawapku didalam hati. Tiada apa yang perlu dikesali setelah apa yang telah berlaku. Aku terus mengambil wudu' untuk menunaikan solat isyak. 

' Ya Allah, seandainya dan sekiranya dia jodohku, kau dekatkanlah hatiku dan hatinya Ya Allah supaya kami bersatu dan tidak wujud pecah belah diantara kami, dan permudahkanlah kami untuk membina masjid di syurgamu Ya Allah, dan seandainya dia bukan milikku dan jodohku, janganlah kau jauhkan kami tetapi kau permudahkanlah urusan hati kami untuk saling menerima segala ketentuanmu Ya Allah. Sesungguhnya apa yang dikatakan olehmu itu lebih beharga nilainya dari harta didunia ini. Amin'

Keesokan harinya, aku datang kerja seperti biasa. Sudah sebulan aku bekerja di butik Aunty Ain dan tidak muncul sebarang gangguan ataupun mesej daripada Harith setakat ini. Mungkin dia sudah give up agaknya. Aku duduk di kaunter sambil melayan WS group ex-classmate time sekolah dulu sementara takde customer ni, tah apesal harini active semacam. 

"Eh guys, sorry kacau time macam ni. Tapi aku nak sampaikan sesuatu ni" - Ana

"Haa apa dia yang hang sibuk nak sampaikan ni? - Fitri

"Sekolah ada buat reunion batch 98'  la hari sabtu ni. Semua dijemput hadir. Tak kisahla nak datang berpasangan ke seorang ke yang penting semua kena hadir. Tema dia ballroom. So semua dikehendaki pakai ala ala tuan puteri dan putera raja la ye." - Ana

"Wah menarik ni. " - aiman

"Aku nak datang dengan mak aku la " - Arif

"Dah la arif, sembang je kau ni, tah awek nombor berapa tah kali ni kau bawak nanti " - Robi

haih apa apa jelah diorang ni berbual. reunion eh? ballroom? nak datang sorang? mungkin bakal dipertimbangkan. Aunty Ain menepuk bahuku. terkejut aku. "Sya buat apa tu?"

"Ya allah aunty ni, terkejut Sya tau. Takde ni ha baca group kelas Sya dulu ni. Diorang cakap ada reunion dekat sekolah next week. Tema ballroom tapi Sya tak tahula nak pergi ke tak sebab Sya bukannya ada baju pun."

"La Sya, time macam ni la nak kena pergi. Bukan selalu dapat pergi majlis macam ni kan? Takpe bab baju aunty sponsor dari butik aunty sendiri, Sya pilih je yang mana satu nak pakai aunty tak kisah." - Aunty Ain

"Betul ke ni aunty? Are you sure? Mahal ni baju dekat sini. Taknak la Sya, kalau rosak sia sia je nanti".

"Haih budak ni orang bagi kebenaran dia pulak taknak mengada je. Tape tape aunty tak kisah la. Its okay. Lagipun Sya dah banyak bantu aunty selama ni. So kali ni aunty nak bantu sya pulak." - Aunty Ain

"Hmm, okay la kalau macam tu. Sya ikut je" . school im coming!!!!!





# akan disambung tidak lama lagi.... stay tunned!

Tiada Pengganti (C)✅Where stories live. Discover now