🌊 dilamun cinta 💍

6 0 0
                                    

Mari kita teruskan. 

Dalam tempoh projek tersebut dijalankan, ada beberapa kali, si gadis Melayu dengan si lelaki Cina itu, berbual. Bergurau. Bercerita. Minum semeja. Berbincang. Bergaduh sedikit. Semua sebab kerja. Dan tak lupa juga, bertukar number telefon. Dan pada saat itulah, perkenalan antara si gadis dan si lelaki, bermula. Berputik. Boleh rasa tak indahnya? Haha. Mungkin belum lagii. Okayy sambung lagi. 

:D

Si gadis Melayu, pindah masuk rumah yang sudah siap direnovate, dalam awal tahun 2015. Dan dalam masa yang sama, si gadis Melayu, bakal menghadapi SPM. Dalam tempoh tersebut juga, si lelaki Cina ada berjumpa dan bercerita melalui surat elektronik (baca ; email). Dalam tempoh si gadis Melayu untuk selesai SPM, jarang jarang sekali beliau dapat meluangkan masa bercerita dengan si lelaki Cina. Cuma perkara perkara penting yang ingin disampaikan sahaja yang dapat menghubungkan mereka. Tak lama selepas result SPM keluar, si gadis Melayu, dapat tawaran untuk menyertai PLKN. 3 bulan, tempoh. Pada ketika itu, projek si lelaki Cina, dahh selesai. So, tak jumpa dah. Kemudian, si gadis Melayu, dapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Johor. 

Dalam tempoh si gadis belajar di univerisiti, mereka ada saling berhubung. Tapi, hanya sebagai kawan biasa. Yang text bila rindu, yang nak call bila tak tau nak buat apa, yang bercerita kisah masing masing, sebab dah lama tak jumpa. Cerita penat kerja, cerita malas belajar. Cerita tolong buatkan assignment, cerita busy ke sana ke mari. Cerita cerita kosong, yang tak ada apa makna. Hanya sebagai kawan biasa. Saling mendengar kisah masing masing, dan biar berlalu. 

Awal tahun 2016, ibu kepada si gadis Melayu, dapat satu tawaran kerja ; projek membina sebuah rumah bungalow sekali dengan rekaan dalaman. Ini berikutan, tuan rumah yang menetap di Kuala Lumpur, dan tersangat busy. Tuan rumah dan ibu si gadis Melayu, kawan sejak zaman anak dara. Jadi, setelah berbincang dengan tuan rumah, ibu si gadis, memilih untuk memanggil semula, si lelaki Cina tadi. Pada waktu itu, gadis Melayu tadi, sedang cuti semester. Kebetulan.  

Pada suatu hari, pertemuan dengan si lelaki Cina diadakan. Ibu si gadis mintak tolong si gadis untuk bawa beliau pergi ke tapak projek. Dalam masa yang sama, si lelaki Cina tadi langsung tidak memberitahu si gadis Melayu yang mereka bakal berjumpa. Bila sampai tapak projek, si gadis Melayu terkejut. Si lelaki Cina, seperti biasa, suka tersenyum. Manis. 

*melting*

Projek tersebut sedikiit, sedikit berjalan dengan baik. Cuma bila ada masalah, ibu si gadis akan berjumpa dengan si lelaki Cina, untuk berbincang. Kadang kadang, call sahaja. Bincang, bincang. Dan bincang. Dalam perbincangan tersebut juga, si gadis Melayu ada semeja dengan si lelaki Cina. Dan buat seperti biasa. Sebab ibu si gadis tau yang si lelaki Cina, berkawan dengan si gadis Melayu. Bercerita, bergaduh nak bilik ni warna apa, yang ini nak buat macam mana. Tak nak warna ni, nak yang ini. Untuk dapatkan yang terbaik. Bergaduh di sini bukan bertumbuk segala, ianya adalah (baca ; tukar pendapat).

Perhubungan si lelaki Cina dengan si gadis Melayu, semakin rapat. Sebab, dalam masa yang sama, si gadis Melayu sedang cuti semester. So, memang si gadis kena ke sana ke mari. Kadang kadang, ibu si gadis serahkan sahaja tugas apa yang patut untuk si gadis berbincang dengan si lelaki Cina. Rindunyaaa! :')

Pada suatu hari, si lelaki Cina propose si gadis Melayu, untuk berkawan dengan lebih rapat. So called, "teman tapi mesra". Si lelaki Cina, memang jenis yang tak rajin text. And, dia pun tak rajin call. Cuma, lately ni, sebab dah makin rapat, beliau suka. Kadang kadang, email je dah cukup. Teknologi di hujung jari kan? :D Contact macam tu pun, jadi laa. Hahaha! Kata kata manis dari si lelaki Cina, selalu menjadi status si gadis Melayu. Cumanya, si gadis Melayu, tidak terlampau menaruh perasaan, sebab si gadis tau. Itu adalah hubungan 2 bangsa yang berbeza dan tak mungkin terjadi. Tapi, si gadis Melayu, layankan jugak. 

❤ cinta mr. kreatif 👔Where stories live. Discover now