Part 16

265 8 0
                                    


Pisang goreng habis agak awal hari itu Farah Dhia mengemas dan mencuci segala barang yang diguna semasa brniaga tadi. Dia hendak pulang awal hari ini sebab sudah berjanji dengan Pak Tih hendak memasak sup ayam. Dhia menunggang motorsikal ke arah kedai Pak Mail di hujung kampung, Dhia mengambil bahan-bahan untuk memasak sup ayam.

Sebaik sahaja Dhia sampai di halaman rumah dia nampak ada sebuah kereta yang diparkirkan di halaman rumah Pak Tih, "Ada orang datang melawat Pak Tih ke?"Dhia memberi salam namun salamnya tidak berjawab, Dhia membuka pintu depan tapi berkunci dari dalam. Dhia hairan tadi sebelum dia pergi gerai dia kunci pintu dari luar, Dhia mengetuk pintu dan memanggil-manggil nama Mak Tih.

Tidak berapa lama kemudian pintu di buka dari dalam, Mak Tih keluar dengan baju terbalik dan mempakai kain pelikat. Rambut tidak payah cakaplah kusut masai macam baru bangun dari tidur, Dhia memandang Mak Tih dengan pandangan pelik.

"Mak Tih kereta siapa di halaman rumah tu?."soal Farah Dhia.

"Hai perempuan sundal, kau jangan nak ambil peduli kereta siapa pun. Cepat masuk dalam dan masak aku lapar, aku tak makan apa-apa lagi dari tadi. Masak lebih sikit."terus Mak Tih berlalu masuk semula ke dalam biliknya yang jauh sedikit ke belakang.

Selepas Pak Tih kemalangan Mak Tih sudah tidak tidur bersama dengan Pak Tih, Mak Tih cakap Pak Tih busuk, dia tak boleh kongsi bilik dengan orang yang busuk. Terhiris hati Farah Dhia bila dengar kata-kata kesat Mak Tih pada Pak Tih. Dia hanya mendengar apatah lagi Pak Tih tuan punya badan lagi terluka dan terhiris bagai di susuk sembilu.

Farah Dhia mengunci semula pintu depan dan turun ke ruang dapur meletak barang-barang yang baru di belinya tadi di singki, kemudian Dhia naik semula ke atas hendak menuju ke bilik Pak Tih. Ketika Dhia melalui bilik Mak Tih, Dhia terdengar suara garau lelaki di dalam bilik Mak Tih, yang sedang bergelak ketawa.

"Ya Allah, apa yang Mak Tih buat ni, kesiannya dekat Pak Tih ada isteri yang curang."dia bermonolog sendiri. Dhia tidak mempedulikan suara-suara itu ketika Dhia sampai di muka pintu bilik Pak Tih, Dhia tengok Pak Tih tidak bergerak dan menyahut bila Dhia memanggil dan matanya tutup rapat seperti sedang tidur dengan nyenyak sekali.

Farah Dhia mengejutkan Pak Tih tapi tiada tindak balas dari Pak Tih, Dhia memegang tangan Pak Tih. Allah sejuknya tangan Pak Tih, Dhia meletakkan jarinya di hidung Pak Tih tidak bernafas. Dhia terduduk di sisi Pak Tih, "Ya Allah Pak Tih pergi tinggalkan Dhia sorang-sorang dekat dunia ini. Pak Tih bawalah Dhia sekali, mengapa Pak Tih tinggalkan Dhia."Farah Dhia menangis teresak-esak dan menjerit memanggil Mak Tih.

"Pak Tih kenapa tinggalkan Dhia sorang-sorang dekat dunia ni, bawalah Dhia sekali."Farah Dhia menggoncang tangan tua Pak Tih. Air mata berjujuran menangisi permergian insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya.

"Hoi perempuan, yang kau dok menjerit macam laki mati ni dah kenapa haaa...?."tengking Mak Tih dengan berkemban di muka pintu bilik Pak Tih.

Farah Dhia mendongak memandang wajah Mak Tih yang berdiri sambil bercekak pinggang merenungnya macam hendak di telan sahaja.

"Mak Tih......Pak Tih dah takde."Farah Dhia menangis semula bila dia menyebut perkataan Pak Tih dah takde, sebak dadanya Dhia cuba menahan air mata yang gugur dari terkena Pak Tih.

"Hoi perempuan, kau jangan nak main-main dengan aku ya?."Mak Tih berjalan mendekati katil yang Pak Tih baring dan melabuhkan punggungnya di sebelah Pak Tih. Farah Dhia bangun bila Mak Tih melabuhkan punggung di situ.

Mak Tih memegang nadi di tangan Pak Tih, dengan perlahan-lahan Mak Tih meletak tangan Pak Tih kemudian dia menoleh memandang muka Farah Dhia.

"Dah lama ke Pak Tih meninggal?."tanya Mak Tih pada Farah Dhia dengan suara yang perlahan.

"Dhia tak tahu, tadi selepas Dhia simpan barang di dapur terus Dhia masuk bilik Pak Tih. Bila Dhia panggil Pak Tih, Pak Tih tidak menyahut jadi Dhia datang dekat Pak Tih dan bila Dhia pegang tangan Pak Tih dah sejuk."dengan teresak-esak Farah Dhia menceritakan pada mak Tih, dengan langkah kaki yang perlahan Dhia atur berlalu keluar dari bilik itu.

"Kau nak ke mana pulak tu?."soal Mak Tih.

"Dhia nak telefon tuk ketua beritahu yang Pak Tih dah meninggal dunia."Farah Dhia terus melangkah keluar dengan langkah lemah longlai. Dhia rasa macam nyawa dia sekali di bawa bersama-sama dengan Pak Tih.

Ketika Farah Dhia mencari nombor telefon tuk ketua ada kelibat seseorang lalu di belakangnya dan Dhia menoleh menlihat kelibat itu, apa yang buat Dhia terkejut, seseorang yang Dhia tidak kenali berada di dalam rumah Pak Tih. "Adakah lelaki yang bersama dengan Mak Tih di dalam bilik tidur Mak Tih tadi."detik hati Farah Dhia.

"Kau siapa?macam mana kau masuk haa?."soal Farah Dhia yang terkejut.

Lelaki itu tidak mempedulikan pertanyaan Farah Dhia, terus dia berjalan sambil membetulkan bajunya ke arah pintu depan dan turun ke halaman. Kemudian Dhia dengar enjin kereta dihidupkan dan kereta itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah Pak Tih.

Usai dia memberitahu kepada tuk ketua, Dhia mencari nombor telefon abang Adam Mikael. Terkial-kial jari Dhia menekan nombor telefon Adam Mikael. Mulanya panggilan tidak berjawab, Dhia mencuba lagi dan akhirnya panggilan berjawab.

"Assalamualaikum, abang Adam ni Dhia."dengan suara tersekat-sekat Farah Dhia bercakap, air mata tidak henti menuruni di kedua belah pipinya.

"Waalaikummusalam, ya Dhia. Kenapa Dhia menangis ni?cuba beritahu dekat abang. Dah-dah jangan menangis lagi Dhia."pujuk Adam Mikael di sebelah sana.

"A....ab..ang.....Pak Tih dah takde, Pak Tih baru saja meninggal dunia. Pak Tih dah pergi jauh dari Dhia. Kenapa Pak Tih tak bawa Dhia sekali."lagi kuat Farah Dhia menangis dan air mata tak henti-henti mengalir.

"Innalillahiwainnailaihirojiun...ya Allah Dhia, sabar Dhia bawa mengucap, dik. Jangan menangis Dhia, maaf abang tak dapat balik dik. Dhia tolong abang uruskan jenazah walid ya, maafkan abang, Dhia. Sepatutnya abang yang uruskan semua ini dik, maafkan abang."sayu kedengran suara Adam Mikael, tanpa Dhia tahu Adam Mikael sedang menangis.

"Abang tak dapat balik Dhia faham, Dhia cuma nak bagitahu dekat abang. Okeylah abang Adam, tu tuk ketua dan orang-orang kampung dah sampai."

"Dhia, abang ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Sepatutnya abang yang uruskan jenazah walid. Maafkan Adam, walid. Kalau dekat sekarang juga abang terbang Dhia, Dhia lepas ini Dhia jaga diri baik-baik ye dik. Abang sayangkan Dhia. Sekali lagi abang mohon jutaan kemaafan dari Dhia dan terima kasih adik abang. Assalamualaikum."bergetar suara Adam Mikael di penghujung kata.

"Waalaikummusalam, abang. Abang takde salah pada Dhia, apa yang mampu dan patut Dhia buat Dhia akan lakukan."setelah sekian lama berpisah dengan Adam Mikael inilah pertama kali Dhia mendengar suara abang kesayangannya itu.

Terduduk Farah Dhia di tepi dinding berdekatan meja telefon dan gagang telefon masih lagi di tangannya, menangis dan terus menangis itu saja yang Dhia tahu.

"Dhia bangun ambil wudhu dan baca yasin buat arwah Pak Tih kau, kalau kau sayangkan dia biarlah arwah pergi dengan tenang. Bila arwah nampak kau menangis macam ni tentunya dia sedih, roh dia tak tenang dan tenteram." satu suara berbisik di cuping telinga Farah Dhia. Dan ketika Dhia hendak bangun dia dengar suara orang memberi salam dari luar rumah.

Farah Dhia berjalan mendekati pintu depan dia nampak ramai orang kampung yang datang menziarahi jenazah Pak Tih, Dhia mempelawa tuk ketua dan orang-orang kampung masuk ke dalam rumah.

Siapa aku di hatimu?...Where stories live. Discover now