Serah

4 0 0
                                    

Aku serah semuanya pada Dia.
Kau nak aku, cari Dia dulu baru cari aku.

Maaf,
bukan sombong dan
takpernah ada istilah memilih dalam hidup aku.

Cuma aku masih lagi tidak mampu.
Tidak mampu lagi untuk melangkah
sementara hati ini juga milik Allah.
Aku penat dengan kata-kata manusia.
Jujur,
aku terlalu penat.

Biar aku kecap apa yang aku mahu.
Dan tika itu siapa saja, datanglah.
Datang saja dengan sejuta harapan,
aku tidak akan menolak jika ianya sudah tertulis.

Tapi sekarang,
hati aku masih belum cukup kuat
bangkit dari luka lalu.

Aku mohon tika itu,
jangan sekadar bertandang lalu pergi.
Maka aku tekadkan,
kini biar aku punya segala,
baru aku mampu miliki cinta ☺

Effa Ayda, 3 Dec 2015

DiaWhere stories live. Discover now