Part 1

4.3K 99 1
                                    

Menjejakkan kaki ke tempat asing.

Namaku any.setelah habis tingkatan 5 saya mendapat panggilan untuk melanjutkan pendidikan ke 1 tempat pedalaman.(ketika itu) tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju dengan tawaran tersebut.sewaktu mengemas pakaian memang ada terdetik perasaan yang berat dan kurang selesa dengan keputusan yang saya ambil,namun saya buang perasaan itu jauh-jauh.saya cuba berfikir positif peluang keemasan mungkin hanya datang sekali,mungkin perasaan itu datang sebab saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
Sementara menunggu orentasi selesai selama 3 hari di tempat itu.pada hari pertama saya dan penuntut yang lain ditempatkan di 1 asrama atas kedai.semuanya berjalan lancar dan tidak ada perkara pelik berlaku lagi sehinggalah nama saya disenaraikan sebagai penghuni di 1 asrama yang jauh sedikit dari pekan.saya dan 20 pelajar lain ditempatkan di 1 asrama yang lama.dengar kahbar dulu asrama itu merupakan 1 pusat asuhan kanak-kanak namun bila ditanya kenapa pusat asuhan tersebut ditutup warden asrama tidak menjawap.
Saya memilih katil double decker yang diletakkan di ruang tamu.pada malam yang pertama saya terjaga dari tidur,bila saya tengok jam dinding,jarum panjang dan pendek sudah menunjukkan angka jam 2 pagi,namun rasa panas di saat itu amat menyengat sedangkan kipas siling berputar pada angka 5.saya cuba tidur semula tetapi tidak sampai 5 saat saya merasa ada 1 tangan yang berbulu lebat sedang mengenggam pergelangan tangan saya.saya tarik tangan saya dan terus bangkit dari tidur.saya lihat skliling tidak ada sesiapapun yang bangun ketika itu.dada saya berombak kencang.tidak mungkin hanya imigenasi sebab memang saya terasa kesejukan tangan asing itu tadi.saya cuba baring semula namun saya ternampak sekilas bayangan seorang perempuan berambut panjang hilang di balik dinding yang menghala ke dapur.saya bangkit balik.saya cuba beranikan diri untuk pergi melihat.mungkin ada penghuni senior asrama yang cuba mengusik penghuni junior.tapi bila sampai di kawasan dapur (waktu itu kami tidak dibenarkan mematikan lampu di kawasan dapur,tandas,dan kamar mandi) tidak ada sesiapapun di situ.cuma tingkap dapur yang terbuka sedikit dengan tiupan angin yang berpusar lemah di kawasan tersebut.saya bingung lagi.imigenasi? Tidak mungkin sebab saya melihat dengan jelas bayangan perempuan tadi.saya balik ketempat tidur.saya tidak dapat lelapkan mata sampai ke pagi sebab setiap kali saya menutup mata,saya terasa seperti ada seseorang sedang mengintai di tepi cermin berhampiran katil.
Sewaktu kuliah pagi,fikiran saya melayang memikirkan pasal kejadian semalam.badan saya pagi tu lemah sikit dan sakit-sakit.terasa macam mau demam pn ada.seorang kawan baru yang duduk bersebelahan dengan saya mencuit bahu saya.kami saling berpandangan.kawan tersebut menjuihkan bibir ke arah tangan saya,dia tanya "kenapa tangan kau tu? kau jatuh semalam atau terkehel waktu membersihkan kawasan asrama pagi semalam?" Bila saya tengok...ya ampun.ada kesan lebam warna hitam kemerahan di pergelangan tangan.tapi yang pasti ini bukan lebam biasa.lebam tu berbentuk tangan orang dewasa.kenapa saya tidak perasan pasal kewujudan lebam tu waktu mandi tadi?
Saya cuba buat-buat tidak tahu psl pertanyaan kawan tu.saya senyum kambing sahaja sebab kalau mau cerita apa yang berlaku semalam tu susah sikit.sebab saya jarang bercakap kalau tidak ada benda penting.

PUAKA ASRAMA LAMAWhere stories live. Discover now