Part 2

2.3K 52 3
                                    

Setelah habis kuliah pada petang itu,saya mengambil keputusan untuk balik awal ke asrama dengan menaiki kenderaan awam.sewaktu tunggu van penuh seorang makcik bertegur sapa dengan saya."kamu pelajar baru di kolej yang baru buka tu ka?" Saya tersenyum lalu mengangguk."kau duduk asrama mana nak?" Makcik itu bertanya lagi.saya cakap,asrama pasir putih bekas tempat asuhan lama.makcik itu terdiam.mukanya perlahan-lahan menjadi pucat.saya kehairanan,"ada saya terlepas cakap ka? Kenapa makcik?" Perasaan saya mula bergolak.saya ingin tahu kenapa warden asrama tidak menjawap pertanyaan saya kelmarin? Kejadian penampakan kelibat di dapur semalam dan kenapa pergelangan tangan saya lebam? Adakah pasal sentuhan dari tangan misteri semalam? Pandangan mata makcik itu hinggap di tangan saya yang berbekas.terjengil mata dia,makcik tu keluarkan sesuatu dari bag tangan dia,dia hulurkan sebotol air mineral pada saya."banyak-banyak berdoa,waktu tidur semburkan sikit air ni di tempat tidur kau.air ni "holy water"",saya menyambut pemberian makcik itu.sepanjang perjalanan makcik tu hanya membisu.sesampai di simpang masuk ke kawasan asrama saya meminta driver van untuk menurunkan saya.saya turun dengan segera.waktu saya sedang mengorek duit di dalam kocek seluar untuk membayar tambang bas saya sempat melihat penumpang-penumpang yang ada di dalam van berkelakuan pelik.ada yang berbisik,ada yang memandang saya seperti seorang alien dan ada juga berpura-pura tidak melihat ke arah asrama.pelbagai persoalan yang mula tumbuh di benak fikiran.
Sesampai di pintu asrama saya membuka kasut.penghuni asrama yang lain belum pulang lagi kesemuanya.saya tengok jam tangan baru pukul 4 petang.mungkin yang lain melencong pi mana-mana lagi.almaklumlah,di tempat baru.tapi kalau saya bukan jenis yang suka berpeleseran.sewaktu bersandar di atas kerusi depan pintu saya terdengar suara perempuan bernyanyi.bahasanya saya tidak pernah dengar sebelum ini.saya melepaskan nafas lega.dah ada pelajar yang balik awal dari saya rupanya.taklah rasa seram solo-solo di dalam asrama yang luas tu.saya masuk kedalam.saya main campak ja bag dengan buku-buku latihan yang baru diberi tadi,suara nyanyian semakin jelas.ianya datang dari bilik paling hujung asrama tu.saya tersenyum ja,"waktu inilah saya nak berkenalan dengan kawan baru di dalam asrama ni!".langkah diatur,sampai depan pintu saya beri salam.suara nyanyian tadi termati.lama saya tercegat di pintu,orang dalam tu belum bagi respon.saya ketuk pula daun pintu.kali pertama senyap...? Kali ke 2 pun senyap juga.terdetik dalam hati."sombongnya penghuni ni?" Bila saya pusing tombol pintu ianya terkunci pula dari dalam."aik??" Pukulan di bahu sebelah kiri buat saya terkejut."kau buat apa tu?" Seorang perempuan yang saya jangkakan seorang  senior sudah berdiri di belakang saya.saya cuma tersengih."saya nak berkenalan dengan penghuni-penghuni di sini sebab tu saya mau...." belum habis saya cakap perempuan tu terus potong cakap saya."bilik ni tidak ada penghuni.ada pun tempat simpan barang-barang lama dulu." Berderu darah saya.kan tadi ada bunyi suara dari dalam tu? Melihat air muka saya yang berubah dia sambung cakap lagi."semua student belum balik lagi kalau jam-jam macam ni,saya ni pun baru ja sampai tadi.tengok ko macam orang dungu ketuk-ketuk bilik kosong saya pi sinilah." Saya menjadi kelu.bulu roma di bahagian tengkuk mula meremang.
Selepas menjamah makan malam dan mengosok gigi.saya cuma berdiam diri di atas katil.fikiran saya masih bingung bila memikirkan benda-benda pelik yang dialami sedangkan baru hari ke 2 tinggal di asrama tu.kepala mula berdenyut-denyut.tidak sedar saya terlelap.
Bunyi seperti benda besar jatuh di atas lantai buat saya terbangun dari tidur.dengan bantuan cahaya malap dari lampu di luar asrama saya melihat 1 lembaga hitam berketinggian hampir sama dengan siling asrama melintas pantas di hadapan saya.sebelum sempat saya menjerit suara jeritan lantang dari penghuni yang lain membuatkan asrama kami menjadi terang benderang.seorang pelajar junior telah diserang histeria.

Bersambung.....

PUAKA ASRAMA LAMAWhere stories live. Discover now