Part 4

2.2K 64 26
                                    

Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri untuk sementara waktu.kalau saya ceritakan pada warden asrama pun mana mungkin dia percaya tanpa bukti.setakat itu biarlah saya sahaja yang mengalaminya.kalau saya hebohkan sudah tentu semua penghuni di sana akan diselubungi ketakutan.masuk waktu petang suhu  badan saya tiba-tiba naik secara mendadak.lebam di pergelangan tangan masih belum hilang,malah terasa berdenyut-denyut seperti ditusuk jarum,namun saya masih mampu melawan.pengumuman ketua asrama tentang ceramah malam akan di adakan di kolej bermula pada jam 7 malam diumumkan.tanpa membuang masa penghuni asrama mula bersiap-siap menyalin pakaian.jam sudah menunjukkan jam 6 petang.kami dimaklumkan kenderaan yang mengangkat rombongan itu akan tiba tidak lama lagi.sewaktu menyalin pakaian saya terasa kepala seakan berpusing.pandangan mata saya berpinar.rasa pening membuatkan saya jatuh ke atas lantai.ketua asrama segera meluru ke arah saya."hei...kenapa ni?" Saya bangun perlahan-lahan.ketua asrama membantu menyandarkan saya di kaki katil."eh...any...panasnya badan kau.kau demam ni!" Saya mengurut-ngurut dahi saya."tak apa sikit ja ni".kehadiran warden asrama membuatkan kumpulan pelajar yang mengelilingi saya berpecah."hah...apa yang terhegeh-hegeh lagi ni! Bas dah tunggu  dekat depan tu pergilah naik! Yang ini ni apa masalah pulak? Belum habis bersiap lagi!?" Penghuni lain sudah bersurai dan keluar menaiki bas yang sudah berhenti di hadapan asrama."warden,budak any ni demam ni...dia kena ikut yang lain jugak ke pergi ceramah tu?" Warden asrama yang dikenali sebagai sir ardy mendekati saya.diletakkan telapak tanganya di permukaan dahi saya."eh...panas gila badan kau ni!" Ketua asrama dan sir ardy saling berpandangan.keluhan warden itu dilepaskan."kau duduk dalam asrama sahaja lah.nanti saya suruh orang hantarkan ubat pi sini"."tidak apa sir saya boleh lawan semua ni.saya mau pergi dengar ceramah juga" saya cuba gagahkan diri untuk bangun namun badan terasa amat lemah."lawan apa lemah macam ni?? sudah! Jangan berdegil,kau rehat sahaja di sini.karang kau pitam dekat dewan nanti tambah masalah lagi!"
Tidak...setelah baring dan selimutkan saya,mereka terus angkat kaki dari situ.kali ini memang saya merasa tidak sedap hati.walaupun kesemua lampu di dalam asrama dihidupkan,tapi suasana sunyi di dalam asrama lama itu membuatkan saya merasa seram sejuk.bunyi enjin bas semakin jauh meninggalkan tapak asrama.kini hanya saya seorang yang tinggal di dalamnya.segala kejadian aneh menerjah ke ruang ingatan.
Pada jam pertama keadaan tenang.sehinggalah jam dinding menunjukkan jam 9 malam.kedengaran lolongan anjing liar bersahut-sahutan.saya cuba lelapkan mata dan membuang semua fikiran-fikiran negative dan liar yang bermain di kepala..lampu yang menerangi tempat tidur mati secara tiba-tiba.keadaan menjadi gelap gelita."black out?" Saya bersuara di dalam hati,saya meninjau rumah yang terletak tidak jauh dari rumah asrama.(melalui balik tingkap.katil saya berdekatan dengan tingkap) rumah yang lain masih terang benderang.suara perempuan menangis membuatkan saya tersentak.dalam pandangan yang samar saya terlihat 1 kelibat perempuan sedang berdiri tegak di tepi dinding( berhampiran pintu utama).saya menjadi kelu.bayangan itu lenyap seketika dan timbul semakin hampir dengan katil saya.peluh sudah mengalir membasahi seluruh badan.saya cuba gerakkan anggota badan tetapi badan seolah-olah diikat oleh tali.bayangan wanita tadi hilang lagi dan timbul betul-betul di kaki katil.di saat itu baru saya perasaan,bukan hanya seorang kelibat perempuan berambut panjang mencecah lantai sedang memandang tajam ke arah saya.di tepi wanita itu,seorang budak turut berada di situ.semangat saya seakan hilang bila bertentangan mata dengan nya.ianya bukanlah budak biasa,kerana bebola matanya bercahaya dan berwarna merah tanpa anak mata yang bewarna hitam.
Badan saya terasa semakin lemah.saya pitam lalu tidak sedarkan diri.
Yang kedengaran di saat itu hanyalah hilaian wanita dan suasana bilik terasa panas umpama duduk bersebelahan dengan unggun api.

Bersambung........

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 25, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUAKA ASRAMA LAMAWhere stories live. Discover now