Bab 4:Fatihah Asrar

174 10 5
                                    

1/11/17

Pemergian Aisyah dan Ariefah sangat diingati walaupun 2 hari sudah berlalu.Tahlil arwah dan bacaan yassin kerap kali dilakukan bagi memperingati mereka yang telah pergi.

Esoknya,di kelas 3 Kathir.Mereka semua sedih atas kehilangan dua orang rakannya.Tetapi,semangat mereka ingin belajar tetap takkan hilang.

Pagi itu,cikgu subjek matematik tidak masuk kelas kerana ada mesyuarat.Jadi,mereka berbincang siapakah RAHSIA yang dimaksudkan oleh pembunuh.

"So,Taylor Swift tu Ariefah sebab dia minat Taylor Swift.Kalau rahsia pulak,siapa yang suka berahsia?"tanya Fazlin.

"Ermm,,entahlah."jawab Fatihah.Dalam tak sedar,mereka tidak perasan ada orang memerhatikan mereka dari luar kelas.

"Rahsia eh..Asrar kot!Maksudnya rahsia kan?"tanya Aini.

"Eh,takkanlah aku..Aku tak nak mati weyhh!!"kata Fatihah.

"Ok,setakat ni kita jaga Teha dulu.."kata Ainul sebagai ketua kelas yang sayang akan anak muridnya.

"Jaga aku tau.Series takut dokk!"kata Teha.

6:45 petang,Dorm K303

"Weyh,Teha!Aku turun dulu tau!"jerit Zana,dormmatenya.

"Ok2!Cakap dengan pengawas aku lambat sikit tau sebab mak aku datang tadi!"sambut Teha.Mak Teha rajin datang pada hujung minggu untuk melawat Teha dan abangnya.

"(Knock2)Teha?Asal tak turun lagi?"tanya Huda sebagai pengawas yang bertugas untuk round block.

"Mak aku datang ah tadi."jawab Teha.

"Jangan lama2.Kau tu yang 'dicari' sekarang ni."kata Huda.Kata2 itu membuatkan Teha lebih takut.

"Jangan takutkan aku!Ok2,kejap lagi aku turun!"kata Teha.Huda melambaikan tangan lalu turun ke Musolla Fatimah.Ketika Teha sedang kemas barang,ada bunyi ketukan pintu tetapi tiada orang lain selain Teha di aras itu.Dengan pantas,Teha terus memakai tudung dan mempercepatkan langkah untuk turun ke musolla.

Apabila sudah sampai di tangga,Teha terjatuh.Apabila Teha lihat ke belakang,terdapat seorang perempuan yang memakai topeng sambil memegang parang.Tanpa berlengah lagi,Teha menjerit dan berlari sembunyi di tandas aras 2.

"Jangan kacau akulah!!!Apa yang kau nak?!!"jerit Teha.

"Aku nak kau!"kata pembunuh itu.Teha tidak dapat mengecam suara itu.Teha menggigil ketakutan.Pintu tandas tempat Teha bersembunyi telah dikopak oleh pembunuh itu.

"ARGHHHHH!!!!"

Tiba-tiba,Nasuha rasa hatinya tidak sedap.Dia pusingkan badannya ke belakang untuk lihat sama ada Teha sudah turun musolla atau belum.Dia tidak jumpa Teha di mana.Dia terus meminta izin pengawas untuk naik ke dorm kerana barang tertinggal.Nasuha terpaksa tipu kerana jika menggunakan alasan untuk mencari Teha,pengawas tidak akan terima.Nasuha dan Huda pergi naik ke aras 2 untuk melihat Teha.

"Teha?"kata Nasuha sebaik sahaja membuka pintu tandas itu.

Apabila Nasuha membuka pintu tandas kelima,alangkah terkejutnya dia melihat sekujur mayat yang mempunyai kesan tetakan di kepala.

"TEHAAA!!"jeritan Nasuha didengari satu blok.Kak Hazwani,selaku ketua asrama telah naik ke aras 2 untuk melihat apa yang terjadi.Nasuha hampir pengsan lalu Huda menenangkannya.

Kak Hazwani terus menelefon Ustaz Norzaidi dan sekaligus ustaz menelefon polis.Kejadian pada petang amat terkesan buat 3 Kathir kerana itu kali terakhir mereka berbincang dengan Teha.

"Eh,tengok ni!Sticky note!"Huda telah menjumpai sticky note di dinding tandas.

'You're next,BB!'

"BB?Siapa pulak?"tanya Huda.

"Kenapa weyh?"tiba2 Faiqah datang menegur dari belakang.

"Ni hah,BB.Tak dapat expect siapa."jawab Huda.

"Alah,korang tak payah susah2.Korang just kena jaga diri masing2."kata Faiqah.

"Ha?Tak faham dok."kata Huda.Tanpa berkata,Faiqah berlalu pergi meninggalkan Huda yang terpinga-pinga.

Kening kanan Teha telah dicukur sama seperti apa yang dilakukan oleh Aisyah dan Ariefah.Ini masih menjadi tanda tanya ramai pihak.

Sekarang,BB masih menjadi persoalannya.

WHO IS BB?🔪

27 Hari PembunuhanWhere stories live. Discover now