Bab 3:Ariefah

182 14 5
                                    

(Yang pakai tudung hitam)

27/10/17

Kejadian semalam masih lagi segar dalam ingatan.Aisyah telah dikebumikan semalam.Pemergian Aisyah amatlah sedih.Mereka semua berdoa agar Aisyah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

"Rindu Aisyah"kata Izza.Rindunya pada Aisyah tidak terkata kerana mereka sering melakukan aktiviti di asrama bersama.Malah basuh baju juga bersama.

Pada malam ini,selepas solat isyak,Ustaz Norzaidi selaku guru disiplin sekolah ingin berjumpa dengan semua murid termasuklah pelajar lelaki di Dewan Harun Ar-Rasyid.

"Assalammualaikum,hari nih aku nak pesan sikit.Semalam baru terjadi kes pembunuhan di sekolah kita.Perkara ni tak pernah berlaku lagi di Smakj.Hal ini amat membimbangkan semua guru kerana kes ini masih menjadi tanda tanya.Persoalannya sekarang ni ialah 'Siapa Pembunuhnya?'.Aku rasa pembununhya bukan orang luar tapi budak Smakj sendiri.Kes ni masih dalam siasatan polis.Harapnya Jilul Munir boleh tabah menghadapi segala dugaan."ini diantara pesanan yang telah disampaikan.

Jam menunjukkan 10:30 malam.Semua pelajar dikehendaki pulang ke asrama masing2.pelajar tingkatan 3 dikehendaki tunggu sebentar kerana ustaz ingin berjumpa.Ustaz memesan kepada mereka supaya berhati-hati dengan orang sekeliling.Pengawas pelajar lelaki haruslah mengawasi pelajar perempuan pada waktu malam di sayap Dewan Khaldun.Pelajar tingkatan perempuan mula melangkahkan kaki keluar dari dewan tersebut.Mereka jalan beramai-ramai menuju ke asrama.

"Wei,Ariefah mana?Tak nampak dia pulak hari ni.."tanya Atiqah.Mereka semua menggelengkan kepala tanda tidak tahu ke mana hilangnya Ariefah.Tiba-tiba,ketika mereka berjalan di susur gajah,mereka terasa ada air yang menitis dari atas bumbung susur gajah.Tetapi air tersebut berwarna merah pekat.Nabila,salah seorang dari mereka telah lihat keatas dan ternampak mayat Ariefah yang tersangkut di bumbung susur gajah sambil mata dan mulutnya terbuka.

"ARGHHHHHHHH!!!!!!!"jerit Nabila.Budak lelaki yang berada di belakang mereka terkejut lalu terus berlari menuju ke arah mereka.

"Kenapa ni?"tanya salah seorang pengawas lelaki itu.

"Tu...."tunjuk Nabila.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat mayat Ariefah.Mereka terus berlari ke public fon untuk menelefon Ustaz Norzaidi.5 minit kemudian,ustaz sampai dan mereka beritahu apa yang terjadi.Ustaz Norzaidi terus melefon pihak polis.Ketika pihak polis membuat siasatan,mayat Ariefah jugak telah dicukur kening kanannya dan ada sticky note di belakang badannya.Sticky note itu juga ditulis oleh darah Ariefah sama seperti apa uang berlaku pada Aisyah.Sticky note itu tertulis 'Mangsa seterusnya,RAHSIA!'.Kemungkinan orang yang telah membunuh Ariefah ialah orang yang sama yang telah membunuh Aisyah.

kawan baik Ariefah iaitu Atiqah Akhtar amat sedih dengan pemergian Ariefah.Ariefah kemungkinan telah ditusuk 14 kali di perutnya.Tetapi,polis masih tidak dapat tahu siapakah pembunuhnya kerana dia tidak meninggalkan kesan.Sejak peristiwa Aisyah dan Ariefah,mereka jadi lebih berhati2.

Tetapi masih menjadi tanda tanya kepada semua,mengapa tingkatan 3 sahaja yang terbunuh?Mengapa mangsa yang terbunuh telah dicukur kening kanannya?Mereka mula mencari siapa RAHSIA yang dimaksudkan oleh pembunuh.

SIAPAKAH RAHSIA?

27 Hari PembunuhanWhere stories live. Discover now