Bab 13:Farhana Yusof

123 13 5
                                    

"Kenapa semua ni terjadi?!"kata Firzanah.Dia sangat sedih kerana tinggal dia seorang sahaja tingkatan 3  yang tinggal di dalam dorm itu.

Walaupun masih dalam kesedihan,sesuatu perkara mestilah diteruskan iaitu rombongan ke Tanjung Surat.Kor Kadet Polis Smakj lelaki dan perempuan telah menyertai rombongan itu.

Pada pukul 8:00 pagi,mereka berkumpu di depan blok pentadbiran.Kem itu berlangsung selama 2 hari 1 malam.

"Ok,Zakirah,kira berapa semua sekali perempuan."kata Cikgu MT Sairi kepada kak Zack.

"34 orang,cikgu."kata Kak Zack.

"Ok perempuan naik bas dulu eh."kata Cikgu MT lagi.Mereka semua menaiki bas itu dan dalam tak sedar,pembunuh misteri itu sedang memerhati mereka semua kerana dia salah seorang anggota kor kadet polis juga.

Sesampai sahaja mereka di sana,mereka mengemaskan barang dan tidur di bilik masing2.

Pada malam itu,mereka semua tidur awal kerana penat membuat aktiviti Night Walk di hutan yang agak seram itu kecuali Farhana.Dia seorang sahaja yang tak tidur lagi kerana dia berasa tak sedap hati.

"Ermm,pergj tepi laut jap ah.Cari ketenangan."monolog Farhana.Dia pun keluar dari bilik itu senyap2 dan jalan menuju ke pantai.Dia terlihat seorang perempuan yang sedang duduk di sebatang kayu.

"Eh,ada juga orang yang tak tidur lagi.Nasib baik!"monolog Farhana lagi.Dia berjalan semakin hampir dengan perempuan itu.

Farhana pegang bahu perempuan itu dan perempuan itu terus mencucuk pisau ke tangan Farhana.Farhana terus terjatuh sambil memegang tangannya yang dicucuk pisau tadi.Perempuan itu menarik tudung Farhana dan tarik dia ke tengah laut.Dia melemaskan muka Farhana selama beberapa saat dan keluarkan balik mukanya dari air.

"Ni balasan kau,Farhana!"kata pembunuh itu.Dia melemaskan muka Farhana berkali2 sehingga Farhana hilang nafas.Akhir sekali,dia melemaskan Farhana sehingga Farhana hilang nyawa.Dia mencampak Farhana ke tengah laut dan mayat Farhana terapung-apung.

Keesokkan paginya,abang Farhana bangun awal dan niatnya ingin pergi ke laut untuk mengambil angin.Tiba2 dia ternampak mayat yang terapung.Dia pun memeriksa dan,

"FARHANA!!!!!"jerit abang Farhana.Semua terkejut lalu pergi ke laut untuk lihat apa yang berlaku.

Pagi itu,mereka semua bukan membawa pulang senyuman ke SMAKJ tetapi bawa pulang MAYAT.

Sampai sahaja di SMAKJ,pihak polis telah menunggu.Sedang mayat Farhana dibawa masuk ke dalam van polis,ada sticky note yang terjatuh dari tangannya.Syazana pun mengutip sticky note tersebut dan membaca tulisan itu.'NEXT TARGET,FA!'.

"Siapa pulak FA nih?Faiqah,kau tengok ni!"marah Syazana dan menunjuk kertas itu ke arah Faiqah.Faiqah hanya tergelak kecil dan bersiul dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa menjawab soalan Syazana.

"Eh lawak ke?!"jerit Syazana.Faiqah hanya memandang Syazana sambil tersenyum jahat.

"Tak faham aku dengan Faiqah ni lah!"kata Syazana.

27 Hari PembunuhanWhere stories live. Discover now