27 MAY 2017
Sepatutnya prolog ini ditulis pada malam sebelum puasa seperti yang ditugaskan oleh Guild Master Inkfinity tapi dek kerana kemalasan yang membalut daging hati aku tak buat apa yang ditugaskan. Tapi adalah faktor-faktor kenapa aku jadi malas dan antara salah satu sebab terbesar, aku tak aktif dalam wattpad. Lagi pula, sejak dah masuk alam universiti ni aku dah tak catit diari sebab yang aku sendiri tak tahu kenapa. Maybe sebab aku dah jumpa beberapa manusia yang aku boleh berkongsi rasa. Yelah... kot? Ok stop dekat pengenalan!
Seperti yang diumumkan malam semalam, 27 May 2017 bersamaan hari Sabtu merupakan Ramadan yang pertama pada tahun 2017. Hari ini juga merupakan Ramadan yang pertama aku berpuasa bersama keluarga sejak dua tahun aku menjadi perantau di bumi semenanjung. Jadi, memandangkan aku orang Sabah yang merantau di Semenanjung masa pun berubah. Biasanya di Sabah, kami akan berbuka sejam awal dari diSsemenanjung. Disebabkan masa yang berubah drastik ini jiwa aku tiba-tiba TERindu tanpa sengaja dengan bumi Semenanjung.
Aku ingat lagi Ramadan pertama aku di Universiti, kira-kira pada tahun 2015. Aku dengan semangatnya kejutkan housemateku untuk bangun sahur tepat pukul 3.30 pagi. Dua hari berturut-turut pula tu sampailah dia orang jelaskan keadaan yang sebenar dekat aku. Oh... aku memang jakun bila dia orang kata sahur kat semenanjung pukul 4.40. Begitu juga dengan masa berbuka, memandangkan aku dah biasa berbuka pukul 6 suku aku pun terus homesick bila teringatkan keluarga yang sudah berbuka puasa. Tapi ini semua masa aku baru pertama kali merantau dan merasakan Ramadan pertama di perantauan.
Tak sangka pula 2016 merupakan Ramadan terakhirku di Semenanjung (entah boleh ke tak lagi study semenanjung ni). Masa ni aku dah biasa dengan suasana hidup di asrama. Tak ada lagi homesick sebab cuma mampu makan roti, biskut kering dan yang paling mewah pun maggi ketika bersahur. Aku tak lagi innocent kejutkan housemate seperti semester satu dulu. Lantak dia oranglah nak bangun ke tak. Masa berbuka juga begitu, disebabkan 'kokurikulum' aku sampai tak sempat beli makanan berbuka jadi maggi dan kurma jugalah yang menjadi penyelamat.
Menikmati Ramadhan sebagai anak perantau yang berjauhan dari keluarga taklah seteruk mana. Keseronokan dan pengajaran sama-sama menyedarkan aku bahawa aku harus bersyukur dengan apa yang ada. Yalah, bayangkan penduduk Syria dan Palestin mahupun negara yang ditindas tak langsung menjamah makanan. Apa yang paling dekat pun dengan orang kurang berkemampuan.
Semoga Ramadan kali ini bukan Ramadan yang terakhir dan semoga Ramadan kali ini akan memberikan kita sejuta pengajaran untuk membaiki siapa kita sebelumnya... dan aku harap aku akan konsisten menulis catatan ini selama 30 hari
YOU ARE READING
Ada Apa Dengan Ramadhan?
SpiritualMasa zaman kanak-kanak dulu, orang tua-tua selalu ugut kalau tak puasa tak ada duit raya 😏 so sebab aku nak duit raya aku puasa. Tapi sekarang bila dah tua bangka ni ada lagi ke orang tua yang ugut kalau tak puasa tak ada duit raya? Memang taklah k...