28 MAY 2017
Sekejap ja masa berlalu dah hari kedua umat islam menunaikan puasa. Sejujurnya aku pun mati kutu nak cerita pasal apa hari ini cuma ada beberapa aktiviti yang berlaku sepanjang sehari aku berpuasa.
Di awali dengan kejadian aku childish sebab tiba-tiba liat nak bangun sahur. I don't knowlah what happen to me yesterday sampai sebegitu liat nak bangun sahur. Adik perempuan aku dah kejutkan tapi aku lebih memilih untuk tidur. Yalah, apa tidaknya aku tidur dekat pukul 2 pagi cuba nak cari feel untuk edit manuskrip aku yang dah hampir setahun terbengkalai. Sahur pula pukul 3.30 pagi. Tapi end up aku tak dapat feel juga. Indeed aku insomnia! Akhirnya ayah aku juga pergi kejutkan aku dan nasib baik aku jenis yang cepat bangun bila orang kejut. Dengan mamainya aku terus turun dan tengok adik-adikku sudah hampir selesai makan sahur. Rasa-rasanya dah lama aku tak buat perangai gedik macam ni sebelum aku merantau sebagai seorang pelajar.
Petangnya pula, dek kerana otak terlalu tepu untuk edit manuskrip aku pun ikut keluargaku untuk membeli barang dapur di supermarket. Manalah tahu aku dapat idea kat luar biarpun end up aku tak dapat pun ilham mahupun idea. Aku cuma perhati pekerja dan orang ramai yang sedang sibuk di supermarket tersebut. Sampailah dua orang kanak-kanak lelaki menarik perhatianku. Memujuk si ayah untuk membelikan mereka mainan. Aku rasa nak gelak pun ada. Sebab masa aku zaman-zaman dia orang dulu aku suka memberontak kalau ayah tak nak belikan aku mainan. Malu kut bila ingat benda mengarut tu.
Lepas pulang dari supermarket, mulalah aktiviti menyediakan juadah berbuka. Mak aku sediakan nasi hujan manakala ayah aku pula duk sibuk tengok tutorial macam mana nak buat cendol. Aku pun duduk tolong ayah aku yang masih terkial-kial melihat tutorial di youtube. Bahan-bahannya, tepung pulut, tepung tapioca, tepung gandum, gula merah, santan dan daun pandan. Sukatan? Entahlahnak sebab semuanya ayah aku yang buat aku cuma ditugaskan untuk uruskan daun pandan. Memandangkan ini merupakan kali pertama kami membuat cendol maka teruklah keadaan cendol tersebut. Melekat! Aku tak tahu macam mana ayah aku sukat tepung. Katanya kena kenyal macam onde-onde tapi dah setengah jam tak kenyal-kenyal langsung. End up, kita orang rendam dalam ais. Dapatlah tekstur cendol tu dan cendol kami pun berjaya disiapkan. Oh ya, kalau kau orang nak tahu gula merah dan santan tu digunakan sebagai air cendol tersebut.
Malamnya pula selepas menunaikan solat Isya, dengan diimamkan oleh ibuku aku solat terawih di rumah. Sebenarnya hati ni nak sangat solat kat masjid tapi sebab separuh lagi hati ni takut kalau kejadian unexpected berlaku maka aku ambil insiatif untuk tunaikan solat terawih di rumah saja. Adalah beberapa manusia yang aku tak nak bertembung lagi. Aku tahu apa yang aku buat ni childish nak lari dari sesuatu tapi apa boleh buat kalau sang hati belum bersedia dengan segala kemungkinan tersebut. Betullah bak kata pepatah ni, 'memories stay, people don't'
Aku harap Ramadan kali ini akan memberikan sejuta hidayah dan rahmat kepada diri ini dan semoga aku dapat meneruskan mencatit kisah 30 hari Ramadhan dalam 'Ada Apa Dengan Ramadhan?'
YOU ARE READING
Ada Apa Dengan Ramadhan?
SpiritualMasa zaman kanak-kanak dulu, orang tua-tua selalu ugut kalau tak puasa tak ada duit raya 😏 so sebab aku nak duit raya aku puasa. Tapi sekarang bila dah tua bangka ni ada lagi ke orang tua yang ugut kalau tak puasa tak ada duit raya? Memang taklah k...