RAMADHAN 5

36 5 0
                                    

Sejujurnya, aku tak tahu perkongsian apakah yang ingin aku catit dalam catatan untuk hari ini. Kadang-kadang aku rasa tiada yang menarik dalam hidupku melainkan aku sering diberikan persoalan demi persoalan yang sukar untuk aku temui jawapannya. Ada orang bilang, jawapan itu sebenarnya ada tapi kau harus berusaha untuk mendapatkan jawapan yang kau mahukan itu. Usaha? Sungguh, perkataan itu tak asing lagi di halwa telinga ini. Senang saja mahu diungkapkan perkataan itu namun untuk dilakukan semuanya terasa payah. Malas barangkali? Kurang keyakinan diri? 

Ya, indeed I think I am. 

Maybe sebab itu aku masih belum bisa membuang anxiety yang membalut dinding hati meskipun aku sudah cuba berkali-kali. Mengubah persepsi dan sikapku yang terlalu naif ketika di sekolah dengan menonjolkan diri di Universiti. Sehinggakan pensyarah sendiri mencariku untuk menjadi performer namun malangnya namaku tak begitu dikenali membuatkan dia susah mahu mencariku. Hanya wajah ini yang berada di ingatannya. Barangkali kerana wajahku yang begitu unik. Hahaha. Ok then, maaf aku terlalu hyper malam ini. Namun, ketika itu jugalah sebahagian hatiku berbisik... 'kau dah hampir menjejak sebuah impian di mana kau tak mahu terus-terusan menjadi seorang yang naif dan digelar 'kurang cerdik' oleh sesetengah manusia-manusia. Maka, kau harus teruskan menonjolkan bakatmu di khalayak ramai'

Ok, cukup berbicara tentang anxietyku yang setia menjadi 'temanku'. Sebenarnya malam ini aku cuma nak buat flashback tentang zaman kanak-kanak ketika disuruh berpuasa buat pertama kali.

Aku tahu, bukan aku seorang saja yang lalui benda mengarut ini tapi kalian yang membaca juga pasti pernah melaluinya. Dipaksa untuk berpuasa kalau tak nanti tak dapat duit raya. Jadi, dengan hati yang terpaksa aku relakan itu kalian berpuasa. Sudah tu, siap dengan peringkat duit raya lagi. Puasa penuh lebih banyak bilangan duit raya berbanding puasa setengah hari. Bukan itu saja, bagi sesiapa yang puasa sepenuh hari pasti terpaksa menahan seksanya di saat melihat rakan-rakan sebaya makan aiskrim dengan enaknya tanpa mengendahkan kau yang sedang berpuasa kerana duit raya. Siap dengan bonus menghasutmu untuk berbuka puasa pada siang hari pula tu. 

Memandangkan pada ketika itu aku juga sekolah agama selepas pulang dari sekolah kebangsaan, satu hari tu dek kerana penat yang melampau aku pun dengan naifnya minum air paip tanpa rasa bersalah. Sungguhlah, betapa kuatnya nafsu melihat rakan sebaya makan di hadapanku ditambahkan pula dengan bahang mentari. Bak kata orang, 'puasa yuk-yuk'.

Namun semua itu hanyalah tinggal kenangan memandangkan usiaku semakin hari semakin lanjut. Aku juga sudah mengerti kenapa ibu bapaku memaksaku untuk berpuasa. Sudah pastinya, untuk melatih diri anaknya berpuasa dan melaksanakan tuntutan rukun ketiga dalam rukun islam itu. 


Ada Apa Dengan Ramadhan?Where stories live. Discover now