INTRODUCTION

6.9K 855 261
                                    

Jatuh cinta adalah sesuatu yang biasa, umum. Itu bermaksud yang semua orang bakal mengalaminya..

..termasuklah aku.

Sebiasa-sebiasa yang dikatakan itu, tiada siapakah yang tahu apa kesannya jatuh cinta?

Angau, sering tersenyum seorang diri, pagi dan petang hanya dia di fikiran. Malah, cinta memberikan suatu perasaan yang menghairahkan. Ada sahaja yang bermain di fikiran. Nah, positif sahaja semuanya.

Namun, cinta mengubah aku ke arah lain. Sehingga aku menjadi sebegini, watak antagonis. Atau boleh juga dikatakan, orang ketiga. Bukannya aku jahat, bukannya aku kejam. Aku cuma jatuh cinta.

Tidak salah jatuh cinta, bukan?

Jadi tidak salah jugalah jika aku mempertahankan cinta aku dengan cara.. Sebegini, bukan?

♣♣♣♣♣

Jeon Jungkook. Wah, untung sekali lelaki itu kerana dicintai oleh gadis seperti aku. Sudah lama aku memendam perasaan terhadapnya, tetapi itu tidak bermaksud aku tidak menunjukkannya. Aku sudah, banyak kali, pelbagai cara. Cuma dia terlalu buta dan bodoh untuk menyedarinya.

Sehinggakan dia memilih pasangan yang salah. Bahkan semua orang memanggil mereka sebagai pasangan yang serasi, sepadan atau dalam konteks perkataan menjijikkan yang lain, sejoli. Mendengarkan sahaja sudah membuatkan aku hampir termuntah.

Entah apa yang difikirkan mereka, huh?

Aku pasti, aku adalah gadis yang patut bersamanya. Bukan wanita sundal itu.

Jadi sekarang aku menggalas tanggungjawab yang besar, iaitu untuk menghancurkan hubungan mereka. Meski dengan cara kotor sekalipun.

Aku akan berubah. Aku akan membalas dendam. Aku akan menggoda lelaki itu. Aku akan menjadi lebih seksi daripada sekarang.

Dan aku akan memastikan, Jeon Jungkook menjadi milik aku seorang.

----------------------

Ini first time aku tulis fanfis bts so hm hm tatau lah caner hahahahaha harapnya okaylah sebab aku bukan army so tak tahu menahu pasal bts ni. Kalau ada apa-apa cadangan bagitahu yaaa..

Oh ya aku tahu ini agak menghampakan tapi aku takkan start lagi activity fic ni. Still tengah rangka storyline so doakanlah aku boleh buat. And hm doakan aku untuk spm jugak ya hahaha tak sedar diri betul nak buat fic baru.

Love you gais ;)

xoxo♥

Archenemy ▶ Jeon JungkookWhere stories live. Discover now