2 || Are You Afraid?

2.7K 479 90
                                    

Wajahnya kaku. Mulutnya terbuka mahu mengatakan sesuatu tetapi pada akhirnya dikatupkan semula, memberi harapan palsu kepada aku yang menantikan jawapan daripadanya. Tidak mahu menunggu lagi, aku meneruskan apa yang terhenti tadi.

"Kenapa? Sekarang awak jijik dengan saya?"

"B-bukan.. Maksud saya, awak bergurau, kan?"

"Tak."

"Awak..?"

"Iya, saya pelacur. Saya jual badan saya. Apa komen awak sekarang?"

Matanya terbuka luas. Badannya menegak lalu dia memandang aku dengan pandangan yang susah untuk diertikan dengan kata-kata. Seolah-olah dia tidak menjangka itu, seolah-olah dia berasa bahaya berada dalam bilik yang sama dengan aku. Bukannya aku tidak sedar bahawa kakinya sedikit melangkah ke belakang dalam diam, mahu menjauhi aku yang baginya amat kotor sekarang.

Baiklah, aku mengerti.

"Kenapa diam?"

"Saya.. Tak tahu nak cakap apa, Seolbi.."

Lihatlah, dia sudah mula jijik dengan aku.

"Jadi keluarlah dari bilik ini. Mesti awak rasa takut kan terpaksa berada dalam bilik dengan pelacur murahan macam saya?"

Aku menunggu dia menidakkan kata-kata tadi tetapi apa yang dilakukannya hanyalah menundukkan kepalanya, lalu kakinya bergerak untuk meninggalkan aku.

"Saya minta maaf, saya keluar dulu.." Katanya dengan suara yang perlahan sambil berjalan melintasi aku.

Aku masih lagi tidak berganjak daripada tempat tadi, mengenang nasib aku sekarang. Lalu aku tersenyum sinis penuh ironi meskipun hati aku berteriak supaya aku menangis di sini juga.

"Baiklah. Saya faham."

Lalu aku mendengar bunyi pintu bilik itu ditutup dengan perlahan.

*****

"Siapkan ini semua sebelum hari Khamis. Dan oh ya, kau dah sediakan atau belum slide untuk pembentangan aku nanti?"

"Y-yang itu.. Belu—"

"Jadi aku macam mana?!" Buku yang berada dalam genggaman tangannya terus dihempaskan di depan aku dengan kuat, mengejutkan aku sehingga bahu aku sedikit terhinjut ke atas. "Bukan ke dah 3 hari aku bagi tugasan tu kepada kau? Kenapa tak boleh nak siap lagi?!"

"A-awak kata kena hantar minggu depa—"

"Kesah apa aku? Oh, mentang-mentang kau ni pandai sengaja kau nak rendahkan aku macam ni?"

"B-bukan.."

"Aku tak peduli, esok, aku nak tengok kau hantar slide tu ke e-mail aku. Tak ada, aku akan—"

"Shh.. Tolong diam." Kata salah seorang petugas di perpustakaan ini kepada perempuan yang berdiri di hadapan aku ini. Dia menoleh ke arahnya lalu mendengus tidak puas hati sebelum kakinya menapak untuk keluar dari sini. Sempat lagi dia menghadiahkan tatapan penuh amaran kepada aku sebelum dia keluar.

Archenemy ▶ Jeon JungkookWhere stories live. Discover now