1 || Rumors

3.5K 560 153
                                    

Drt.. Drt.. Drt..

Hujan.

Drt.. Drt.. Drt..

Adakah langit sedang menangis...

Drt.. Drt.. Drt..

...Bagi pihak aku?

Drt.. Drt.. Drt-

"Yeoboseyo?"

"..."

"Hello?"

Wah, dia benar-benar menjawab panggilan aku.

"Ada sesiapa di sana?"

Suaranya.. Masih sama..

Aku pernah mendengar bahawa suara seseorang akan berubah jika didengarkan di dalam talian. Tetapi suaranya langsung tidak pernah berubah.

Begitu juga dengan perasaan aku setiap kali mendengarkannya.

"Kalau macam tu saya tamatkan panggi-"

"Jeon Jungkook. Ini saya."

*****

"Gunakan tuala saya ni dulu. Saya hidup berseorangan jadi.. Iya.. Semua tak ada. Maaf ya.."

Aku hanya tersenyum tipis sambil menyambut huluran tuala itu. Sementara otak aku mula membayangkan apa yang dia pernah lakukan dengan tuala ini.

Tuala inilah.. Yang digunakannya untuk mengeringkan badannya.

Tidakkan dia tahu bahawa aku lebih menyukai tualanya ini berbanding tuala lain?

Sebaik sahaja aku menyarungkan tuala itu di badan aku, aku seakan-akan lemas dengan haruman badannya yang tersisa di tuala itu. Bibir aku sedikit terbuka, menahankan rasa yang membuak-buak di hati.

Oh Tuhan.. Aku sangat sukakannya.

"Jadi.. Uhm.. Awak perlukan apa-apa lagi?"

Aku hanya menggeleng pendek. Biarpun begitu, jawapan aku sepertinya tidak memuaskan hatinya. Jadi setelah itu dia terus mengambil tempat di sebelah aku, di atas sofa ini, lalu memandang aku dengan kerisauan yang tertulis di wajahnya.

"Saya minta maaf untuk bertanya, tapi awak ada masalah?"

Aku menoleh sedikit ke arahnya, tidak sanggup untuk melihatnya sedekat ini. Takut dengan perasaan aku ini, takut dengan hati aku yang menyeru-nyeru, supaya aku terus menangkap wajahnya itu lalu menciumnya.

"Kenapa bertanya?"

"Saya cuma tertanya-tanya.. Iyalah, awak tiba-tiba telefon saya dan.. Saya.. Agak terkejut."

"Kenapa terkejut?"

"Iyalah sebab dah lama kita tak berjumpa. Dan kita.. Tak begitu rapat di Universiti dulu." Katanya dengan nada yang rendah. Tangannya menggosok-gosok belakang lehernya tanda bahawa dia segan.

Archenemy ▶ Jeon JungkookWhere stories live. Discover now