3 || Don't You Want Me?

2.3K 410 91
                                    

Keceriaan di wajahnya serta merta memudar. Matanya terbuka lebar lalu badannya sedikit menegak sebelum dia melambaikan tangannya dengan laju di depan muka aku.

"B-bukan macam tu.. Seolbi saya.. Minta maaf kalau kata-kata saya ada sakitkan hati awak." Katanya dengan nada rendah sambil memegang lembut lengan aku. "Lagipun saya tahu awak ni seorang yang baik."

Aku? Baik? Psh.

"Jadi apa perancangan awak dan Jungkook?" Soal aku, tidak mempedulikan permohonannya tadi. Matanya terkedip-kedip, tidak faham dengan soalan aku mungkin.

"Perancangan apa?"

"Bila awak dan dia akan putus?"

Sekali lagi dia kelihatan terkejut dengan soalan yang diajukan aku itu. Dia menjadi gelisah lalu mencuba untuk tertawa walaupun ia kedengaran aneh.

"K-kami tak ada fikirkan lagi tentang tu.. Uhm cuma.. Iyalah, selagi kami setia dengan satu sama lain mungkin itu takkan terjadi."

Setia?

"Maksudnya kalau Jungkook curang, awak akan lepaskan dia?"

"M-mungkin." Jawabnya dengan tidak yakin. Wajahnya menjadi muram sementara dia memikirkan keadaannya sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Sambil itu jarinya bermain dengan satu sama lain. "K-kalau dia cintakan perempuan lain saya tak boleh nak buat apa."

Bagus. Senanglah kerja aku nanti.

*****

Sementara menunggu Jungkook pulang, aku sempat mengemas rumah serba sedikit. Biar dia balik nanti dia dapat berehat dengan selesa. Baguslah perempuan itu sudah pulang, aku juga malas mahu melayan percakapan membosankannya itu.

Dalam jam 6 petang, aku mendengar bunyi pintu berkuak di ruang tamu. Segera aku menyiapkan diri di dalam bilik dengan lebih kemas. Tadi aku sempat membersihkan diri aku dengan lama sehingga aku tertidur di dalam tab mandi. Aku pasti, badan aku sudah pastinya wangi sekarang.

Aku berjalan dengan agak laju ke ruang tamu lalu menemukan dirinya sedang membuka kasutnya di muka pintu. Nafas aku diambil lalu aku menghelanya dengan berdebar.

"Jungkook." Sapa aku tanpa menunggu-nunggu lagi. Tangan aku menggenggam hujung baju yang dipakai aku sambil aku menunggu balasan daripadanya.

Namun dia hanya memandang aku sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke kasutnya semula. "Hi."

"Awak dah makan? Mesti penat bekerja, kan?"

"Saya tak apa-apa." Dia berdiri dengan tegak semula lalu berjalan melintasi aku tanpa mempedulikan aku lagi di belakangnya.

Aku hanya kaku di tempat tadi. Ingin sahaja aku menjerit kemarahan di situ kerana tidak suka akan sikapnya yang biadap tetapi aku menahan diri sedaya upaya.

"Seolbi." Tiba-tiba aku mendengar nama aku disebut olehnya dengan perlahan. Langsung aku berpaling ke belakang, hanya untuk melihat badannya yang membelakangi aku.

"Iya?"

"Tolong jangan.. Pakai pakaian semacam itu bila saya ada di rumah."

Archenemy ▶ Jeon JungkookWhere stories live. Discover now