Mac, 2030

70 0 0
                                    

Pengenalan

                 Nama aku adalah Kayos Warren dan aku berumur 26 tahun. Aku bekerja sebagai seorang pembantu doktor di klinik berdekatan tempat tinggal aku dan aku mempunyai ijazah dalam bidang perubatan.

                Aku bercita-cita dari kecil untuk menjadi seorang doktor selepas ibu dan ayah aku kemalangan dan mati disebabkan oleh kecuaian doktor. Selepas aku menerima ijazah, aku tidak dapat menjadi doktor disebabkan kelayakan aku masih tidak cukup dan aku tidak mempunyai wang untuk sambung belajar.

                 Lagipun pada waktu itu, sudah ramai doktor yang hebat dan peluang untuk bekerja sebagai doktor adalah sangat tipis. Aku mencoret diari ini adalah disebabkan aku ingin mencatat apa yang berlaku dari permulaan hingga pengakhiran perjalanan hidup aku bersama teman-temanku. Aku berharap sesiapa yang jumpa diari ini sedikit sebanyak dapat memberi iktibar pada diri mereka kelak dan aku harap kepada pembaca diari ini, janganlah mencari aku kerana aku mungkin sudah tiada di dunia ini.

3 Mac

                 Hari ini adalah hari yang pertama aku mencoret diari. Aku akan menceritakan permulaan berlakunya peristiwa yang paling teruk dalam sejarah manusia.

               Ilmu perubatan semakin pesat berkembang, sehinggakan segala penyakit dapat disembuhkan, tidak kira AIDS maupun HIV, bahkan CANCER ada penawarnya. Ini semua disumbangkan oleh doktor yang terkemuka iaitu Dr Bastian, bekas pensyarah aku. Dr Bastian terkenal dengan kehebatannya mencari penawar, segala uji kaji pasti akan berjaya jika dibawah tunjuk ajarnya.

               Tetapi satu hari dunia dikejutkan dengan berita kematian beliau dan punca kematiannya tidak diketahui. Segala projek dan eksperimen beliau telah diambil alih oleh anak buahnya Dr Fort. Semenjak Dr Fort mengambil alih, ilmu perubatan semakin merosot.

              Beliau mencipta ubat yang mendatangi penyakit, dan ada di antara mereka yang tidak dapat diselamatkan. Oleh yang demikian, kerajaan telah membuat tindakan menyuruh Dr Fort untuk meletak jawatan. Tetapi Dr Fort berdegil dan meneruskan jawatannya dan beliau memberitahu akan melepaskan virus yang sangat berbahaya sekiranya kerajaan tetap terus memaksa beliau untuk meletak jawatan. Kerajaan tidak peduli akan amaran Dr Fort dan menangkap Dr Fort dikediamannya.

6 Mac

              Hari ini adalah tarikh Dr Fort didakwa oleh mahkamah setelah beliau didapati bersalah mencipta ubat yang berbahaya yang mengandungi elemen yang terlarang yang membawa kesalahan gantung sampai mati, dan beliau juga didapati bersalah membunuh Dr Bastian dengan ubatnya.

             Aku gembira mendengar keputusan dari mahkamah. Aku memang berharap agar punca kematian Dr Bastian dapat diselesaikan. Dr Fort telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Ramai pihak maupun rakyat menyokong keputusan mahkamah dan memohon untuk mempercepatkan tarikh hukuman Dr Fort.

12 Mac

             Hari ini adalah tarikh Dr Fort dihukum gantung selepas mendapat persetujuan dari pelbagai pihak untuk percepatkan tarikh hukumannya. Sebelum beliau dihukum gantung, beliau memberitahu bahwa selepas dia mati, pada tanggal 17 Mac, dunia akan mengalami malapetaka yang amat dahsyat. Mereka menyoalkan apa yang Dr Fort maksudkan tetapi Dr Fort hanya ketawa sehingga tali gantung dilepaskan.

            Dr Fort dikebumikan pada petang itu, dan segala eksperimen dan risalah kepunyaan Dr Fort telah dirampas oleh kerajaan. Aku bersama-sama kawan aku yang lain gembira mendengar berita kematian Dr Fort.

16 Mac

             Aku baru balik dari beli barang-barang dapur untuk minggu ini. Seperti biasa rutin aku setiap hari sabtu selepas aku pulang dari tempat kerja, aku akan singgah di pusat beli-belah berdekatan dengan kediamanku.

The Diary Of Kayos WarrenWhere stories live. Discover now