"Mas?!"
Aku sedikit terkejut orang yang aku baca didalam surat khabar sebentar tadi telah pun muncul didhadapan aku. Kenapa mesti dia datang kembali? Aku tak berhutang apa-apa pun. Tanganku sedikit menggeletar dek kerana ketakutan. Adakah ini realiti? Dia sedikit tersenyum kepadaku.
"Dhia.." Katanya sambil melangkah kearah aku. Satu langkah dia kehadapan, satu langkah juga aku kebelakang. 'Duukk!!' Aku terlanggar meja yang separas pinggangku. Ini bermakna aku sudah tidak boleh kebelakang lagi.
"Arrgghhh!!" Aku menjerit ketakutan sambil mencapai pasu untuk memukul Mas. Dia terus menepis tanganku sehingga pasu tersebut terlepas dari genggaman tanganku. Dia terus memusingkan badanku lalu menekup mulutku.
"Hmmm!!" Aku tidak boleh menjerit. Nafasku menjadi semakin laju, peluh didahi juga jelas kelihatan.
"Shhh... Aku takkan apa-apakan hang" bisiknya. Terasa nafas hangat di leherku. Dia terus menarikku masuk kedalam pejabat pesendirianku lalu mencampak aku ke atas sofa. Dia terus mngunci pejabat tersebut.
"Apa hang nak hah?!" Kataku sambil terketar-ketar. Tiba-tiba air mata mengalir kerana terlalu takut.
"Aku cuma nak mintak tolong dari hang"
"Tolong apa?! Kenapa mesti aku?!"
"Jangan banyak tanya. First tolong bagi aku baju satu nak tukaq. Takkan nak keluaq pakai baju ni" aku bersetuju untuk menolongnya. Aku pun tidak tahu kenapa aku bersetuju untuk menolong dia. Aku memberi salah satu pakaian dari butik aku kepada dia. Aku juga memberi topi kepadanya agar dia dapat menutup mukanya.
"Boleh aku tumpang rumah hang buat sementara? Nanti aku cerita benda sebenaq" aku hanya menurut, jika dilihat kembali aku seperti orang yang sedang dipukau kerana hanya menurut.
***********
Habis sahaja masa bekerja aku membawa Mas pulang kerumah. Nasib baik aku tinggal seorang. Ibu bapaku mempunyai rumah lain yang sederhana lalu aku tinggal disitu kononnya hendak berdikari. Padahal aku tidak mahu dikongkong maklumlah anak tunggal. Bukan mahu riak, tetapi keluargaku sedikit kaya namun sunyi kerana mempunya seorang sahaja pewaris. Ayahku pernah berniat untuk berkahwin lain kerana ibuku hanya boleh melahirkan seorang anak iaitu aku. Namun niat tersebut ditolak keras oleh ibuku.
Masuk sahaja kedalam rumah, aku menyuruhnya berehat sebentar dan mandi. Usai berehat, aku mengajaknya untuk makan diruang tamu. Hidangan kami malam itu hanyalah mee goreng yang aku sempat beli sebelum pulang tadi.
"Cerita la apa yang berlaku" kataku tidak sabar.
"Ok. Semuanya terjadi beberapa tahun lepas sebelum aku masuk kolej. Time tu aku still sekolah menengah. Aku... "