Aku sedikit meremang bila membaca surat yang ditulis oleh Mas. Balas dendam? Mungkin dekat pengetua tu. Aku sampai sekarang tak paham apa kena mengena aku dengan pengetua tu. Aihhh.. Aku mengeluh. Kalau macam ni sampai bila-bila pun aku takkan paham.
Uwekkkk!! Aku terkejut. Dengar macam bunyi orang muntah. Mas?! Aku terus berlari menuju kearah bunyi tersebut. Mas sedang muntah di sink dapur. Tapi yang peliknya muntah dia, bukan muntah biasa. Mas muntah darah dan paku.
"Mas pasaipa ni?!" Tanya aku yang sudah cemas. Mana tidaknya muntah paku kot.
"Uhukk!! Dhia.. To.. Tolong aku" kemudian dia terus rebah diatas lantai. Aku menggeletar dan cemas tak tahu nak buat apa.
Tiba-tiba aku teringat yang jiran sebelah aku seorang ustaz. Nilah kepentingan hidup berjiran ketika susah. Tapi tak bermakna aku hanya bergaul dengan mereka ketika susah sahaja. Ehh, apa aku merepek ni? Salah timing la..
Aku terus berlari kerumah jiran sebelah. Tok! Tok! Aku mengetuk pintu dengan menggelabah. Ishh, cepatla.. Akhirnya ustaz Firdaus membuka pintu rumahnya.
"Assalamualaikum, ustaz tolong saya." Ustaz tersebut kelihatan tenang dan hanya mengikut langkahku kearah Mas. Sebenarnya aku tak percaya sangat dengan ustaz Firdaus ni. Maklumlah ustaz muda dan belum berkahwin. Aku lebih percayakan ustaz yang lebih tua sebab nampak lebih berilmu. Tapi sekarang bukan masanya untuk aku memilih ustaz mana.
"Ni mesti kena santau ni" kata ustaz tersebut sambil melihat sinki yang dipenuhi darah dan paku. Dia menyuruhku untuk mengangkat Mas keruang tamu semetara dia mengambil peralatannya untuk berubat.
Ustaz Firdaus memulakan bacaan ayat al-Quran sambil memegang kepala Mas. Pakai sarung tangan ok. Sedap pulak suara dia, dahla hensem aku mengelamun. Tapi dia nak ka dekat aku ni. Dahla rupa nampak macam tak beriman ja.
"Hihihih!!!" Aku terkejut terdengar mengilai Mas. Aku mula meremang.
"Sapa hantaq hang?" Ustaz tersebut cuba bercakap dengan jin dalam badan Mas. Mas tidak menjawab sebaliknya menoleh kearah aku dengan senyuman. Peluh mula mengalir di dahi dek kerana terlalu takut. Ustaz Firdaus mula memandang aku dengan hairan.
"Bukan saya" kata aku ingin pertahankan diri sendiri. Dia kembali fokuskan diri untuk membuang jin dalam badan Mas.
"Boleh Dhia masuk bilik sekejap? Saya nak bercakap dengan kawan awak" kata ustaz Firdaus. Wajahnya kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu.Mas telahpun kembali seperti biasa. Nasib dia tak meracau sangat. Awat pulak takbagi aku dengaq? Aku kawan dia kot. Tanpa berkata apa-apa aku terus masuk kebilik dengan muka yang masam.
"Ada sesiapa yang berdendam dengan awak ka?"